Sabtu, 24 Disember 2011

Utusan Online - Rekreasi


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rekreasi


Skuad Rusa juara KLFFC 2011

Posted:

Skuad Rusa juara KLFFC 2011

Skuad Rusa juara KLFFC 2011

PERLUMBAAN KL Fabulous Food Challenge 2011 (KLFFC) yang diadakan di Amphitheatre Wangsa Walk Mall, Wangsa Maju, Kuala Lumpur, baru-baru ini berakhir dengan menyaksikan kumpulan Skuad Rusa dari Negeri Sembilan muncul juara.

Menariknya kumpulan Skuad Rusa disertai oleh sebuah keluarga yang terdiri daripada sepasang suami isteri bersama anak-anak mereka.

Dengan kemenangan itu, Syukor Jamaluddin, 46, isterinya, Salmah Abu Bakar, 46, bersama dua anak mereka, Amirul Shuhaireey, 14, dan Amirul Syafiq, 17, membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000. Selain itu, Syukor turut memenangi hadiah utama cabutan nombor bertuah iaitu set dapur.

Mengulas kemenangan tersebut, Syukor berkata, beliau biasa memasuki pertandingan ala explorace seperti itu.

Justeru, katanya, sebagai persediaan, mereka sekeluarga datang awal ke lokasi perlumbaan untuk meninjau lokasi restoran dan kedai makan berhampiran.

Ini kerana melihat pada nama perlumbaan iaitu berkaitan cabaran makanan, maka mereka menjangka tugasan yang perlu diselesaikan mestilah berkaitan restoran yang menyajikan masakan tertentu.

"Seawal pukul 8.30 pagi, kami telah sampai dan mula meninjau kawasan persekitaran. Tinjauan ini akan memudahkan kami mencari lokasi restoran seperti yang diarahkan dalam soalan tugasan," katanya kepada S3.

Menetap di Taman Perwira, Seremban, Salmah mencelah dengan berkata, perlumbaan seperti ini sesuai disertai seisi keluarga kerana ia tidak melibatkan aktiviti lasak yang terlalu mencabar.

"Dengan cara ini, kami dapat merapatkan hubungan kekeluargaan," katanya yang turut membawa anak bongsu, Nur Ameera Syasya, 6 tahun.

Perlumbaan ala explorace ini dianjurkan oleh Pejabat Pelancongan Malaysia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur/Putrajaya dengan kerjasama Red Adventure, Nurin Production dan Persatuan Penulis Pelancongan Malaysia (TRAM).

Acara ini diadakan bagi mempromosikan dan memartabatkan industri pelancongan Malaysia dengan memberi fokus kepada sudut makanan tempatan.

Dalam perlumbaan ini, sebanyak 20 kumpulan termasuk tiga kumpulan dari Utusan Malaysia menyertainya. Para peserta terdiri daripada dua, tiga atau empat orang dalam satu pasukan. Mereka dikehendaki menyelesaikan lima tugasan di lima buah restoran di sekitar pusat beli-belah Wangsa Walk.

Perlumbaan yang bermula tepat pukul 11.15 pagi itu memerlukan peserta memotong bawang dan cili, menyediakan sate, membungkus nasi lemak dengan daun pisang, makan roti canai dan char kuetiau, selain menjawab soalan.

Pengarah Urusan Red Adventure, Narimah Samat berkata, pemilihan jenis makanan itu adalah sejajar dengan pilihan menu yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelancongan.

"Sebab itulah, kami memilih menu nasi lemak, sate, roti canai, char kuetiau, laksa dan nasi beriani bagi acara perlumbaan ini," katanya.

Sementara itu, pemenang tempat kedua jatuh kepada pasukan Swift 2 yang membawa pulang hadiah wang tunai RM800 dan tempat ketiga dimiliki pasukan Santai Travel Magazine yang meraih hadiah wang tunai RM500.

Hadiah wang tunai turut diberi kepada pasukan Lomak Cili Api di tempat kelima, Bernama TV 502 di tempat keenam, Tempoyak Ikan Patin (Bloggers) di tempat ketujuh, Fairy Tail di tempat kelapan, Medklinn di tempat kesembilan dan Dats A di tempat ke-10. Manakala pasukan di tempat ke-11 hingga ke-20 menerima hamper. Setiap peserta turut menerima sijil penyertaan.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved