Ahad, 4 Mei 2014

Utusan Online - Rekreasi


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rekreasi


Tour De KL : Eratkan Malaysia Indonesia

Posted: 03 May 2014 06:24 AM PDT

PENUNGGANG dari Malaysia dan Indonesia bergambar kenang-kenangan di salah satu jambatan Putrajaya.

Jika dahulu basikal sering digunakan sebagai pengangkutan utama terutama bagi mereka yang berada di kampung, namun kini berbasikal menjadi aktiviti bersantai dihujung minggu bersama rakan-rakan.

Ia bukan sahaja menyihatkan bahkan juga menjadi medan bertemu rakan-rakan yang meminati aktiviti yang sama dalam berkongsi cerita diantara satu sama lain sama ada mengenai basikal mahupun sebaliknya.

Basikal fixie terkenal dengan gear tetap ditambah pula rekaan basikal yang berwarna-warni dan cantik menambahkan lagi minat mereka terhadap basikal itu.

Baru-baru ini kumpulan berbasikal fixie Lesgone dari Kuala Lumpur, Malaysia dan Psyclo dari Bali, Indonesia bersama-sama melakukan aktiviti berbasikal santai yang dinamakan Tour De KL 2014 yang disertai oleh 28 orang penunggang.

Hubungan kumpulan berbasikal dua negara ini bermula apabila salah seorang dari penunggang Lesgone, Eddie Khalil Hasbullah mengenali kumpulan Psyclo dari Bali beberapa tahun lalu melalui laman sosial.

Rentetan itu dia turut menyertai beberapa acara yang dianjurkan oleh kumpulan dari Bali itu menunggang di sana dan jalinan ukhuwah tersebut berkekalan sehingga kini.

"Sudah beberapa kali saya menunggang di sana dan tahun ini saya menjemput mereka datang ke Kuala Lumpur untuk menunggang di sini bersama rakan-rakan penunggang dari kumpulan Lesgone.

"Acara ini dinamakan Tour De KL 2014 yang dimulakan di Dataran Merdeka hingga ke Putrajaya dan balik semula ke Kuala Lumpur," jelasnya.

Acara tersebut diceriakan lagi dengan acara pemanas badan dengan mengadakan acara mini di Veledrome Kuala Lumpur yang terletak di Cheras untuk semua peserta merasai pengalaman berbasikal di atas litar sehari sebelum Tour De KL 2014.

Kayuhan dimulakan pada pagi Ahad lalu dari dataran Merdeka menyusuri jalan-jalan sekitar kuala Lumpur, Bukit Jalil, Serdang dan terus ke Putrajaya.

Pelbagai halangan dihadapi oleh peserta dengan ada antaranya mengalami masalah tayar pecah dan rantai putus namun semua dapat diatasi dengan baik kerana kumpulan ini turut disertai oleh dua buah motosikal yang bertugas sebagai pengawal lulu lintas dan mekanik.

Pemilihan Putrajaya sebagai destinasi dibuat dalam rangka memberi pendedahan kepada penunggang luar negara akan kecantikan dan lokasi yang amat mesra kepada penunggang basikal.

"Sudah pasti ramai antara penunggang akan mengambil gambar kenang-kenangan di sini terutama dengan keindahan seni bina yang terdapat di Putrajaya.

"Tour De KL 2014 dianggap berjaya dan rata-rata antara mereka merasakan acara ini perlu diteruskan pada masa hadapan secara bergilir-gilir antara Kuala Lumpur dan Bali memandangkan Singapura agak sukar untuk mengadakan aktiviti berbasikal seperti ini," katanya.

Biasanya, jarak dari Kuala Lumpur ke Putrajaya hanya 88 kilometer dan mengambil masa hanya dua jam, tetapi pada tunggangan kali ini mereka terpaksa menghadapi perjalanan yang panjang iaitu selama empat jam.

Perjalanan yang dimulakan dari pukul 8 pagi itu hanya berakhir pada pukul 5 petang kerana keadaan cuaca yang tidak mengizinkan ditambah pula dengan hujan lebat yang memperlahankan kayuhan.

Aktiviti seperti ini perlu diteruskan lagi di kalangan peminat-peminat basikal untuk mengadakan aktiviti santai berbasikal yang pastinya memberi kesan dari segi kesihatan dan alam sekitar.

Penyertaan penunggang luar negara seperti Indonesia dan Singapura sedikit sebanyak dapat mempromosikan

aktiviti berbasikal sebagai sebahagian cara hidup yang akan membantu pelbagai sektor terutama pelancongan. - AMIRUL/LESGONE

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved