Ahad, 4 Mei 2014

Utusan Online - Jenayah


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


3 penyamun bersenjata ditembak mati

Posted: 04 May 2014 11:23 AM PDT

Oleh HANIZA HASSAN
pengarang@utusan.com.my

BEBERAPA anggota polis memeriksa kereta jenis Toyota Vios yang digunakan oleh tiga penjenayah yang ditembak mati di persimpangan Jalan Taman Desa Tebrau, Johor Bahru, malam, semalam.

JOHOR BAHRU 4 Mei - Polis menembak mati tiga penjenayah yang disyaki terlibat dalam beberapa kes samun bersenjata selepas berbalas tembakan di persimpangan Jalan Taman Desa Tebrau di sini malam tadi.

Dua daripada suspek mempunyai sembilan rekod jenayah lampau melibatkan kes samun di Johor dan Pahang, sejak dua tahun lalu.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin berkata, dalam kejadian pada pukul 10.15 malam itu, dua lelaki mati di tempat kejadian manakala seorang lagi mati ketika dalam perjalanan ke hospital.

Beliau berkata, ketiga-tiga suspek berusia 39 hingga 41 tahun itu menaiki sebuah kereta Toyota Vios dan cuba ditahan oleh sepasukan anggota polis untuk pemeriksaan.

Bertindak atas maklumat samun cash in transit (CIT), pihak polis bergegas ke tempat kejadian dan ternampak sebuah kereta yang dinaiki tiga lelaki dalam keadaan mencurigakan.

Polis cuba menahan kenderaan tersebut namun dalam masa yang sama terdengar beberapa das tembakan dari arah kereta suspek dan kelihatan salah seorang daripada mereka memegang sepucuk senjata api," katanya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri di sini hari ini.

Tambah Mohd. Bakri, bagi mempertahankan diri, pihak polis telah membalas tembakan dan pemeriksaan didapati, dua lelaki mati di tempat kejadian manakala seorang lagi cedera parah.

Suspek yang cedera itu dibawa ke Hospital Sultan Ismail (HSI) untuk mendapatkan rawatan namun mati dalam perjalanan," katanya.

Katanya, susulan kejadian itu, polis melancarkan operasi mengesan saki baki kumpulan berkenaan dan berjaya menahan lapan suspek berusia 26 hingga 38 tahun dengan tiga di Taman Setia Tropika manakala lima lagi di Taman Puteri Wangsa.

Mohd. Bakri berkata, antara yang dirampas dalam kejadian dan serbuan berkenaan adalah empat kenderaan dengan salah satunya bernombor pendaftaran palsu, tiga pucuk pistol semi auto, sepucuk pistol tiruan, peluru hidup dan sebilah parang.

Maklumat yang diperoleh juga mendapati kumpulan itu aktif sejak dua tahun lalu dengan menjadikan premis perniagaan dan pengurup wang sebagai sasaran.

Mereka juga mempunyai kepakaran dalam melakukan jenayah samun. Difahamkan ketika kejadian, mereka merancang melakukan jenayah samun di sekitar kawasan sebuah pusat beli-belah di sini," katanya yang turut mempercayai mereka terlibat dalam kegiatan kongsi gelap.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 3(1) dan Seksyen 8 Akta Senjata Api 1971 serta Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

Penyokong bola JDT, Pahang diingat jangan buat masalah

Posted: 04 May 2014 11:23 AM PDT

JOHOR BAHRU 4 Mei - Orang ramai terutama penyokong pasukan Johor Darul Tazim (JDT) dan Pahang yang akan berentap dalam saingan separuh akhir Piala FA di Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos, Larkin, di sini malam esok, diingatkan supaya menjaga kelakuan masing-masing.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, pihaknya akan memastikan perlawanan tersebut berjalan lancar.

Beliau berkata, pihaknya juga mengarahkan ketua polis daerah untuk menentukan penugasan polis secukupnya sepanjang 90 minit perlawanan.

Saya nasihatkan penyokong kedua-dua pasukan untuk menjaga kelakuan masing-masing, baik di dalam, mahupun di luar stadium. Kita datang nak tengok bola, bukan untuk perkara lain," katanya di sini hari ini.

Rentetan beberapa insiden tidak diingini yang dikaitkan dengan pasukan JDT, kebelakangan ini, Kelab Penyokong Bolasepak Johor Darul Tazim menggerakkan kempen Anti Keganasan dan Provokasi dengan menaikkan poster dan kain rentang selain pemberian risalah.

Menurut Bendahari II kelab itu, Mardiana Badura Sakek, satu kain rentang dan 30 banting akan dipasang di sekeliling stadium ketika perlawanan.

Ia adalah kempen lanjutan daripada pemberian plak penghargaan Kita Bersaudara yang dilakukan sebelum ini bersama penyokong lawan," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved