Ahad, 4 Mei 2014

Utusan Online - Pemotoran


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pemotoran


Forester 2.0XT

Posted: 04 May 2014 11:23 AM PDT

Oleh JOHARDY IBRAHIM
ekonomi@utusan.com.my

MENGGUNAKAN rim 18 inci, sistem ekzos berkembar, rupa Subaru Forester 2.0XT lebih maskulin.

AGAK lama tidak memandu uji sebuah kereta yang sebegitu seronok dipandu seperti Subaru Forester 2.0XT. Kebanyakan kenderaan utiliti sports (SUV) dengan enjin kapasiti 2.0 liter di pasaran Malaysia, boleh dikatakan hanya bersifat `kereta bandar yang bosan.

Forester 2.0XT ini mengekalkan perwatakan Subaru yang terkenal sebagai sebuah jenama kenderaan berprestasi tinggi. Peminat kereta secara khususnya mengenali dan mungkin mengidam Subaru Impreza WRX yang telah memenangi pelbagai jenis perlumbaan. Namun impian itu kini boleh dialami oleh golongan berkeluarga juga, menerusi Forester 2.0XT.

Semasa memandu Forester 2.0XT di lebuh raya Persekutuan menuju ke bilik pameran Motor Image di Petaling Jaya, saya hampir terlajak terus (terlupa memasuki lorong) tetapi dengan kuasa kilas yang tinggi pada kenderaan ini, saya berjaya mengemudi SUV ini satu demi satu daripada tiga lorong itu tanpa menyebabkan kemalangan!

Subaru Forester 2.0XT menggunakan enjin 2.0 turbocaj dengan empat silinder, menghasilkan 237 kuasa kuda dan 350Nm kuasa kilas pada 3,600 revolusi per minit. Enjin yang efisyen ini digabungkan dengan transmisi CVT, serta susun atur sistem AWD simetri, Forester mampu memecut 0-100km/h dalam masa 7.5 saat, serta mencatatkan kelajuan maksimum sehingga 221km/j. Selain prestasi enjin yang bagus, penggunaan minyak adalah menjimatkan dengan Forester 2.0XT hanya memerlukan 8.5 liter untuk 100km.

Antara ciri-ciri yang telah dinaik taraf yang ada pada SUV baharu ini; sistem AWD simetri, enjin boxer yang ditala, X-Mode yang mengawal corak pemanduan dinamik SUV, dan juga Subaru Intelligent Drive (SI-DRIVE).

Kelebihan sistem AWD (pacuan semua roda) telah diuji dan terbukti formula berjaya dalam Kejohanan Rali Asia Pasific (APRC). Menggunakan teknologi canggih ini, kereta kegunaan orang awam buatan Subaru ini telah diuji dalam permukaan yang sukar, termasuk keadaan jalan di Shah Alam yang bertampung-tampung.

Falsafah Subaru dapat dirasai dalam pembikinan kereta ini. Forester memberi tindak balas seperti yang dikehendaki apabila berhenti, mengambil selekoh dan memecut. Ini didorong lagi dengan saiz sederhananya walaupun bersifat SUV. Forester benar-benar seronok dipandu. Tiada ragu-ragu.

Bahagian kabin dalaman yang lebih besar dan serba canggih, dalam memastikan keselesaan sesipa yang menaikinya. Tanpa melipat kerusi belakang, ruang kargo Forestor ini ialah 422 liter dan jika dilipat, ruang kargonya menjadi besar sehingga 1,541 liter.

Ciri-ciri peralatan antaranya HD radio stereo dengan empat pembesar suara, kamera belakang, panoramic moonroof, sistem penghidupan enjin dengan butang-tekan serta masuk tanpa kunci, navigasi, sistem amaran penukaran lorong serta banyak lagi.

Reka bentuk luarannya kini lebih agreaif dan kontemporari jika dibandingkan dengan generasi sebelumnya. Lampu hadapan baru, jeriji hadapan yang menawan mengikuti jejak Subaru Impreza. Menggunakan rim 18 inci, sistem ekzos berkembar, rupanya lebih maskulin.

Paling terkini, Pengarah Eksekutif Tan Chong International, Glenn Tan mengumumkan pihaknya sedang membuat kajian terperinci tentang kemungkinan memasang Forester di Malaysia.

Generasi keempat SUV ini, memasuki pasaran pada pertengahan tahun lalu, dengan hanya satu varian iaitu 2.0XT dan diimport sepenuhnya dari Jepun. Jika semua berjalan lancar, pemasangan CKD untuk Forester bakal bermula 2016.

Subaru Forester ini dijual pada harga RM199,800 (tanpa insurans) berserta pakej waranti lima tahun atau 100,000km, dalam lima pilihan warna iaitu Satin Putih Mutiara, Jasmine Hijau Metalik, Kelabu Gelap, Crystal Black Silica dan juga Burnished Gangsa Metalik yang bilangannya terhad.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved