Sabtu, 20 Julai 2013

Utusan Online - Feminin


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Feminin


Edisi terhad untuk setiap rekaan

Posted: 19 Jul 2013 10:25 AM PDT

Oleh NOOR FAZRINA KAMAL

BAJU kurung moden turut dijual di Sweet Hijab untuk mereka yang sukakan gaya sepanjang zaman.

JIKA mahu tampil mengikut trend terkini fesyen wanita Melayu di Malaysia, Butik Sweet Hijab adalah pilihannya. Butik berkonsepkan trend terkini Muslimah ini mempunyai strategi pemasarannya yang tersendiri, iaitu mengikut trend terkini. Sebab itulah, kata pemiliknya, Hafizah Abdul Latiff, setiap rekaan hanya mempunyai lebih kurang 30 set sahaja.

"Jika habis rekaan itu, bermakna tiada lagi rekaan itu di pasaran. Ini kerana kami mahu bertukar kepada rekaan terbaharu.

"Misalnya, pada masa sekarang ini, kami perkenalkan trend menggunakan corak tribal. Corak tersebut akan dikeluarkan untuk koleksi sempena Hari Raya Aidilfitri nanti," jelas Hafizah kepada S2 ketika ditemui di Studio Utusan Malaysia, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Bukan itu sahaja, koleksi untuk hari raya di Sweet Hijab juga merangkumi pelbagai baju kurung berpotongan peplum. Istimewanya peplum baju kurung itu adalah potongannya lebih longgar dan labuh berbanding dengan peplum biasa yang dijual di pasaran.

"Peplum untuk baju kurung ini juga dipadankan dengan kain labuh dengan pelbagai potongan yang boleh dipilih. Ada yang berpotongan kuncup, ada yang berpotongan A dan ada juga yang potongan kembang payung.

"Terdapat juga peplum jubah dan peplum dres labuh yang mana rekaan ini juga eksklusif. Ia menggunakan fabrik daripada pelbagai warna blok mengikut cita rasa wanita Malaysia masa kini," ujarnya.

Menurutnya, material yang digunakan juga boleh dipilih daripada jenis chiffon, lycra atau lycra cotton yang sememangnya memberikan impresi menarik untuk tubuh wanita.

"Memberi nilai tambah pada koleksi kali ini adalah jahitan manik yang dibuat menggunakan tangan. Corak jahitan manik kami juga lebih ringkas dan tidak sarat, namun masih kekal anggun.

"Kesimpulannya, koleksi kali ini bukan sahaja sesuai dipakai pada hari raya, malah pada majlis formal, santai sehinggalah ke pejabat," tambah Hafizah.

Selain itu, pelanggan yang membeli-belah di Sweet Hijab tidak perlu gusar mencari tudung yang boleh digayakan dengan baju pilihan kerana di butik itu juga terdapat pelbagai pilihan tudung dan selendang yang menarik.

Menurut Hafizah, untuk pakaian, saiz yang ditawarkan adalah daripada S hingga XL.

Mengenai harga, katanya, harga tudung bermula daripada RM25 hingga RM40, manakala peplum baju kurung, jubah dan dres labuh, harganya bermula daripada RM150.

"Sweet Hijab didedikasikan kepada mereka yang suka bergaya dan sukakan kelainan. Lawati laman Facebook kami untuk melihat koleksi terkini,"katanya.

Wangian feminin Avon

Posted: 19 Jul 2013 10:25 AM PDT

Pilihan wangian diri mampu menyerlahkan personaliti selain menyuntik keceriaan dalam melalui hari-hari yang padat dengan urusan.

Memahami keperluan itu, Avon memperkenalkan Far Away Bella, wangian peribadi terbaharu yang penuh inspirasi.

Ditujukan khas kepada wanita yang sibuk dan kerap berada di jalanan, bergerak ke sana dan ke mari, wangian ini mampu menyerlahkan sisi feminin mereka.

Kesegaran aroma beri Clementine Itali, ditambah pula dengan kelembutan kuntuman Magnolia dari China serta kekacang Tonka dari Brazil, pasti memikat hati setiap wanita.

Didatangkan dalam botol lut cahaya berbentuk bujur, ia sekali gus menampilkan kelembutan seorang wanita.

Haruman Far Away Bella EDP 50ml yang menggoda ini telah berada di pasaran bermula 1 Julai lalu dan boleh didapati pada harga RM69.

Hubungi wakil Avon anda atau kunjungi Butik Kecantikan Avon yang terdekat untuk mendapatkannya.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved