Isnin, 18 November 2013

Utusan Online - Jenayah


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


10 ahli Geng Topeng ditahan, polis selesaikan 53 kes

Posted: 18 Nov 2013 11:05 PM PST

SHAH ALAM 19 Nov. - Polis Selangor berjaya menyelesaikan sekurang-kurangnya 53 kes samun dengan tertangkapnya 10 ahli Geng Topeng dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Midah, Cheras, Kuala Lumpur hari ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd. Shukri Dahlan berkata, dalam serbuan itu polis turut merampas semula barangan yang dicuri kumpulan itu dianggarkan bernilai lebih RM100,000.

Menurut beliau, polis turut merampas tujuh buah kenderaan mewah dipercayai digunakan oleh suspek ketika melakukan jenayah samun berkenaan.

Suspek warga tempatan itu ditahan reman sehingga 25 November depan dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan. - UTUSAN ONLINE

Pulau Pom-Pom: ATM sedia bantu PDRM jika diperlukan

Posted: 18 Nov 2013 10:34 PM PST

Oleh NURULANUAR MANSOR

KUALA LUMPUR 19 Nov. - Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini menyatakan bahawa Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sentiasa bersedia untuk membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menyelesaikan kes penculikan warga asing di Pulau Pom-Pom dekat Samporna, Sabah.

Bagaimanapun, beliau menegaskan, pihaknya yakin PDRM mampu untuk menyelesaikan kes tersebut dan ATM tidak mahu mengganggu kelancaran siasatan yang sedang dijalankan.

"Walaupun insiden ini melibatkan banyak pihak, tetapi polis telah pun melancarkan operasi khas untuk menanganinya.

"Pihak ATM, di bawah semangat Kawasan Keselamatan Khas Timur Sabah (Esscom) akan sentiasa memberi sokongan padu terhadap sebarang usaha PDRM," kata beliau selepas Majlis Perasmian Buku Op Fajar: The Malaysian Success Story in The Gulf of Aden di Wisma Perwira di sini hari ini.

Dalam kejadian 15 November lalu, seorang pelancong lelaki warganegara Taiwan, Lin Min Hsu, 57, ditembak mati sekumpulan penjenayah, manakala rakan wanita senegaranya, An Wei Chang, 58, diculik. - UTUSAN ONLINE

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved