Selasa, 3 Disember 2013

Utusan Online - Agrobiz


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Agrobiz


Penternak ikan air tawar digesa tingkat produktiviti

Posted: 03 Dec 2013 10:35 AM PST

TANAH MERAH 3 Dis. - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan meningkatkan industri akuakultur di negara ini selepas sumber perikanan dari laut telah mencapai tahap penerokaan maksimum.

Ketua Pengarah Perikanan, Datuk Ahamad Sabki Mahmood berkata, pihaknya sedang merangka program untuk menyokong peningkatan pengeluaran dengan memberikan sokongan kepada pembangunan akuakultur menerusi pembangunan teknologi ternakan dan pembangunan induk, sokongan teknikal dan latihan tenaga kerja mahir.

Beliau berkata, pada masa sama, pihaknya berharap penglibatan generasi muda untuk merealisasikan hasrat tersebut memandangkan industri ini mempunyai potensi yang luas untuk berjaya.

"Jabatan Perikanan juga telah mengadakan perbincangan dengan beberapa pengusaha dan penternak ikan air tawar yang berjaya untuk memberi latihan kepada orang ramai yang berminat menceburi industri ini," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Bengkel Memperkasa Industri Akuakultur Kelantan yang dihadiri kira-kira 100 penternak ikan air tawar dari negeri ini.

Dalam perkembangan lain, Ahamad Sabki memberitahu, pengeluaran ikan air tawar Kelantan masih terendah dalam negara walaupun memiliki kemudahan seperti kawasan luas serta sistem bekalan air sesuai untuk menjalankan aktiviti menternak ikan.

Justeru, beliau menggesa penternak ikan air tawar di negeri ini meningkatkan produktiviti pengeluaran mereka bagi menampung permintaan tinggi daripada pengguna.

"Pengeluaran akuakultur air tawar di negeri ini pada tahun lalu adalah sebanyak 1,995.4 metrik tan dengan nilai RM10 juta, melibatkan kawasan seluas 173 hektar.

"Namun, jumlah tersebut masih belum mencukupi untuk menampung permintaan dalam negeri yang memerlukan peningkatan sebanyak sekali ganda sepanjang tempoh tersebut," katanya.

Tambah beliau, pihaknya turut memberi bantuan dengan memperkenalkan teknologi baharu penternakan ikan air tawar kepada pengusaha-pengusaha sedia ada bagi meningkatkan lagi pengeluaran ikan air tawar di negeri ini.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved