Selasa, 3 Disember 2013

Utusan Online - Hiburan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Rabbani bergandingan dengan Nash di Johor Bahru

Posted: 03 Dec 2013 12:18 AM PST

Oleh MOHD. KHAIRUL MOHD. ALI

KUALA LUMPUR 3 Dis. - Kumpulan nasyid Rabbani bakal berpadu suara dengan penyanyi rock, Nash dan Aishah dalam satu majlis makan malam di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Johor Bahru 25 Disember ini.

Menurut salah seorang ahli kumpulan Rabbani iaitu Azadan Abdul Aziz, paduan suara antara mereka pastinya suatu yang unik, apatah lagi kesemua mereka mempunyai latar belakang muzik yang berbeza.

"Selain gabungan persembahan kami, pengunjung yang hadir pada malam itu turut berpeluang beramah mesra dan berkenalan dengan artis yang selama ini hanya dikenali melalui media massa.

"Majlis seperti itu turut memberi peluang kepada masyarakat untuk berhibur dan meluangkan masa secara berfaedah bersama ahli keluarga dan rakan-rakan," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Majlis yang dianjurkan Mahabbah Event & Management ini mendapat kerjasama Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) dan tempahan meja boleh dibuat dengan menghubungi talian 012-3736897. - UTUSAN ONLINE

Kumpulan Hujan masih bersama - Noh

Posted: 02 Dec 2013 11:53 PM PST

Oleh MOHAMAD ARIFF MOHD YUSOF

KUALA LUMPUR 2 Dis.- Kumpulan Hujan masih lagi bersatu dan buktinya mereka telah menjayakan konsert di Dewan Filharmonik Petronas (DFP) semalam.

"Kami tidak berpecah, masih lagi bersama dan akan terus mengadakan persembahan bersama dengan izin Allah.

"Konsert ini membuktikan bahawa kami masih wujud dan teguh. Atas sokongan anda semua, Hujan terus kekal dalam industri muzik," kata vokalisnya, Noh.

Hujan merupakan kumpulan 'indie' pertama yang diberi kesempatan mengadakan konsert di DFP.

Noh yang merupakan suami kepada penyanyi Mizz Nina itu berjaya menghibur penonton sekitar 900 orang itu dengan gayanya yang tersendiri.

Pada persembahan yang berlangsung dalam suasana meriah itu, Noh diiringi oleh anggota Hujan yang lain, Izat (bes) dan AG Coco (gitar) dan Am (dram) dan beberapa pemuzik lain.

Konsert pada malam itu turut diserikan dengan penampilan khas Datin Seri Tiara Jacquelina berduet dengan Noh menerusi lagu Aku Skandal. - UTUSAN ONLINE

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved