Selasa, 16 Julai 2013

Utusan Online - Dalam Negeri


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


673,339 saman AES dikeluarkan setakat 11 Jun

Posted: 16 Jul 2013 02:15 AM PDT

KUALA LUMPUR, 16 Julai - Sebanyak 673,339 saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) setakat 11 Jun lalu.

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, jumlah bayaran kompaun pula sebanyak RM20 juta sejak ia dikuatkuasakan September 2012.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada soalan anggota Parlimen Kota Melaka Sim Tong Him (DAP) yang diedarkan kepada media di lobi Parlimen hari ini.

Hishammuddin berkata, setakat ini sebanyak 14 kamera AES beroperasi di lokasi yang ditetapkan di seluruh negara kecuali di Melaka yang masih dalam proses mengenal pasti lokasi pemasangan yang sesuai.

AES ialah sistem kamera automatik berteknologi tinggi yang dipasang di lokasi yang dikenal pasti sering berlaku kemalangan, selain bertujuan meningkatkan keberkesanan dan kecekapan sistem penguatkuasaan, ia sebagai kaedah mengurangkan kadar kemalangan jalan raya. - BERNAMA

DBKL jadikan Jalan Alor syurga makanan antarabangsa

Posted: 16 Jul 2013 02:14 AM PDT

KUALA LUMPUR 16 Julai - Jalan Alor di kawasan Bukit Bintang di sini yang menjadi tumpuan penggemar pelbagai jenis masakan Cina, bakal dinaik taraf dan dijadikan sebagai syurga makan bertaraf antarabangsa.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib berkata, projek bernilai RM12 juta itu akan bermula November ini dan dijadual siap Ogos tahun depan, membabitkan antaranya penyusunan semula tempat makan dan pengindahan kawasan.

"Untuk itu kita berharap komuniti di Jalan Alor memberi kerjasama dengan mengemukakan pandangan bagi projek menaik taraf kawasan ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sesi Mendengar Pandangan bagi Cadangan Menaik taraf dan Pengindahan Jalan Alor, di sini hari ini.

Selain itu katanya, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) juga akan menyediakan tempat letak kereta yang lebih sistematik bagi mengatasi masalah lalu lintas di situ.

Menerusi projek itu juga DBKL akan menyediakan laluan pejalan kaki dan menyusun semula jadual kutipan sampah bagi memastikan tahap kebersihannya sentiasa terjaga, katanya. - BERNAMA

Nur Idayu tiba di Jakarta, sampai di KL esok

Posted: 16 Jul 2013 02:10 AM PDT

Daripada SAHARUDIN MUSTHAFA

JAKARTA 16 Julai - Nur Idayu Abd. Aziz, 34, yang dilarikan empat warga Indonesia akan tiba di Malaysia esok selepas semua urusan dan dokumen membawanya pulang ke pangkuan keluarga berjaya diselesaikan dengan bantuan pejabat imigresen Malaysia di sini.

Nur Idayu yang tiba di Jakarta dari Surabaya awal pagi tadi ditemani suaminya, Mohd. Riduan Abd. Razak, dalam keadaan selamat tetapi difahamkan masih 'kebingungan'.

Usaha Utusan Online bertemu Nur Idayu dan Mohd Riduan juga tidak dibenarkan oleh seorang pegawai Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) yang membantu usaha membawa Nur Idayu kembali ke tanah air. - UTUSAN ONLINE

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved