Jumaat, 8 Julai 2011

Utusan Online - Utara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


Beribu ikan mati di Sg. Merbok

Posted:

Beribu ikan mati di Sg. Merbok

Beribu ikan mati di Sg. Merbok

Oleh ABD RAZAK OSMAN
utusankedah@utusan.com.my


MOHD Zubib (tiga kiri) menunjukkan pelbagai jenis ikan sungai yang ditemui mati dalam Sungai Merbok di Bikan, Labu Besar Kulim semalam.


KULIM 7 Julai - Beribu ekor ikan mati di Sungai Merbok di Mukim Bagan Sena dekat sini dipercayai akibat air sungai tercemar dan beracun.

Kejadian itu memeranjatkan hampir 1,000 penduduk di Kampung Bikan Atas, Bikan Bawah dan Kampung Petani terutama yang sering menjala, menahan pukat dan menahan candik di sungai sepanjang 15 kilometer itu.

Penduduk mendakwa, kejadian itu mungkin berpunca daripada sebuah kilang tidak jauh dari kampung tersebut yang dikatakan telah membuang sisa kumbahan ke dalam sungai berkenaan.

Berikutan itu, banyak ikan seperti lampam, sisik,, pucuk pisang, haruan, keli dan bujuk ditemui mati sepanjang sungai itu.

Seorang penduduk, Zakaria Mat, 72, berkata, mereka sedih dengan kejadian itu dan ia boleh menjejaskan pencarian penduduk yang bergantung kepada sungai berkenaan.

''Pihak berkenaan sepatutnya lebih prihatin dan tidak membuang sisa kumbahan kilang secara sesuka hati ke dalam sungai,'' ujarnya.

Seorang penoreh getah, Khalid Sudin, 62, pula memberitahu, air sungai tersebut juga selama ini dipam masuk ke Loji Air Bikan daripada dulu sampai sekarang dan menjadi sumber air bersih untuk penduduk sekitar.

"Saya lihat banyak bangkai ikan terapung dalam sungai selepas selesai menoreh getah dan air sungai pula ketika itu berwarna ungu," katanya.

Seorang lagi penduduk, Jamil Abdel Nasser Zakaria, 42, berkata, penduduk di kawasan terlibat boleh mendapat ikan hampir 20 kilogram jika menjala atau menahan pukat di sungai itu sebelum ini.

"Apabila kes seperti ini berlaku, pasti pihak terbabit lepas tangan dan enggan bertanggungjawab dan yang susahnya penduduk kampung yang mencari ikan sungai," katanya.

Setiausaha UMNO Bahagian Padang Serai, Drs. Mohd. Zubib Saad berkata, Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan kerajaan Pas Kedah perlu membuat pemeriksaan dan siasatan mengenai perkara itu.

"Masalahnya sekarang, air sungai sudah dipenuhi bangkai ikan dan tidak wajar air sungai itu terus diminum oleh penduduk sepanjang sungai," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

RM4.8j naik taraf bekalan elektrik

Posted:

RM4.8j naik taraf bekalan elektrik

RM4.8j naik taraf bekalan elektrik

OPAT RATTANACHOT
uspetani@utusan.com.my


SUID Othman (dua dari kiri) bersama Mohd. Tajuddin Abdullah (dua dari kanan) menyampaikan sumbangan kerusi roda kepada Hamidan Seman (kiri) untuk membantu suaminya Abu Bakar Lebai Chik yang lumpuh di Kampung Cemara, Sik, Kedah baru-baru ini. - utusan/OPAT RATTANACHOT


SIK 7 Julai - Tenaga Nasional Berhad (TNB) memperuntukkan sebanyak RM4.8 juta bagi menaik taraf bekalan elektrik di sekitar kawasan Sik dalam tempoh terdekat.

Pengurus Besar TNB negeri, Suid Othman berkata, peruntukan itu melibatkan penggantian wayar dan kabel baru serta penambahan bekalan 33 Kilovolt (KV) ekoran pertambahan kapasiti penggunaan.

"Sebelum ini, daerah Sik kerap mengalami gangguan bekalan elektrik. Bagaimanapun, TNB kini berusaha mempertingkatkan kualiti perkhidmatan sejajar dengan keperluan pengguna," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan rumah Baiti Jannati TNB dan kerusi roda kepada keluarga Abu Bakar Lebai Chik, 64, di Kampung Cemara, dekat sini baru-baru ini.

Hadir sama ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Belantek, Mohd. Tajuddin Abdullah.

Suid berkata, TNB juga komited menyalurkan bekalan elektrik berkualiti kepada penduduk di setiap kawasan bagi memastikan tiada golongan yang tercicir daripada arus pembangunan.

Sementara itu, beliau berkata, program bantuan rumah tersebut merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial TNB untuk membantu golongan yang memerlukan.

Pada majlis itu, TNB menyumbangkan bantuan rumah bernilai RM20,000 kepada Abu Bakar yang lumpuh sejak lima tahun lalu.

Abu Bakar bersama isteri, Hamidan Seman, 41, dan anak mereka Iskandar, 16, sebelum ini tinggal di rumah usang tanpa bekalan elektrik.

Dalam perkembangan berkaitan, Mohd. Tajuddin mengucapkan terima kasih atas keprihatinan TNB dan kakitangannya membantu meringankan beban keluarga yang memerlukan di kawasan Sik.

Beliau berharap, usaha murni itu dijadikan contoh kepada syarikat korporat lain dalam usaha membantu kerajaan mengurangkan masalah kemiskinan di negara ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Bahasa: Nilai komersial bukan alasan

Posted:

Bahasa: Nilai komersial bukan alasan

Bahasa: Nilai komersial bukan alasan

Oleh HAMDEN RAMLI

IPOH 7 Julai - Peringatan tegas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir supaya pihak berkuasa tempatan (PBT) mengutamakan bahasa Melayu di Bandar Diraja Kuala Kangsar pasti melegakan banyak pihak.

Selain pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan persatuan yang lantang memperjuangkan supaya amalan tersebut dihentikan, banyak pihak termasuk rakyat jelata pasti gembira dan menyokong ketegasan itu.

Malah, Dewan Pemuda Pas Perak yang kerap menghentam Zambry turut menyatakan sokongan terhadap ketegasan dalam mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Tidak sukar untuk memahami mengapa sokongan terhadap ketegasan itu begitu mudah diperoleh. Malah, kita tidak perlu untuk melihat kepada faktor yang lebih jauh seperti jati diri dan sebagainya bagi memahami sentimen tersebut, memadai melihatnya daripada aspek kesesuaian pun sudah tidak kena.

Sebagai sebuah bandar yang dinobatkan sebagai Bandar Diraja, sudah pasti kita mengharapkan segala yang berlaku di dalam bandar tersebut termasuk dalam penggunaan bahasa di tempat awam mesti membawa imej diraja iaitu Raja Melayu.

Aura diraja Melayu yang telah wujud di bandar itu sama ada kerana gelaran yang diberikan itu ataupun sejarahnya, serta monumen-monumen penting keluarga diraja perlu dipertahankan.

Penggunaan bahasa Inggeris secara berleluasa di kawasan dan tempat tumpuan ramai boleh menjejaskan aura tersebut, malah, ia mungkin akan menimbulkan kekeliruan di kalangan pengunjung.

Pengunjung mungkin akan berasa pelik, mengapa Bandar Diraja banyak menggunakan bahasa Inggeris di tempat tumpuan ramainya dan tidak mengutamakan bahasa Melayu. Sekali gus ia akan menimbulkan persoalan sama ada Kuala Kangsar sebuah Bandar Diraja Melayu atau pun Bandar Diraja Inggeris.

Jika kita tidak boleh untuk menguatkuasa 100 peratus di tempat awam melibatkan premis-premis persendirian, memadai kawalan dilakukan terhadap tempat, kawasan, bangunan milik orang ramai yang selalunya terletak di bawah kuasa PBT.

Sebagai pihak yang berkuasa di daerah itu, mereka mesti menunjukkan teladan dan bukannya mengajak rakyat untuk melakukan tindakan sebaliknya.

Benar, pada hari ini, isu ini dilihat sangat kecil tetapi apa akan berlaku jika ia tidak dihentikan? Bayangkan jika amalan ini dibiarkan, lebih banyak tempat, bangunan dan kawasan tumpuan orang ramai akan dihiasi bahasa Inggeris yang dikatakan lebih tinggi nilai komersialnya itu.

Selepas tempat, bangunan dan kawasan tumpuan ramai dihiasi bahasa Inggeris, sudah tentu papan tanda bagi menunjuk arah akan dihiasi bahasa yang sama. Hari ini kesannya sudah dilihat dan ia akan bertambah jika amalan itu dibiarkan.

Alasan nilai komersial dan kemudahan pelancong juga tidak logik. Jika alasan itu digunakan, PBT terbabit perlu menggantikan semua nama dengan bahasa Inggeris. Istana Iskandariah mungkin lebih sesuai ditukarkan kepada Iskandariah Palace, jika kedua-dua alasan itu diguna pakai.

Sehubungan itu, sangat mudah untuk kita memahami ketegasan Menteri Besar dalam isu ini. Diharap pihak terbabit akan memahami ketegasan itu dan lebih penting hasrat rakyat yang lebih besar.

Tidak rugi untuk bertindak dan janganlah digunakan alasan jika tempat lain boleh, mengapa Kuala Kangsar tidak boleh?

Ingatlah, Kuala Kangsar telah diberikan identiti Bandar Diraja - Raja Melayu dan bukannya Raja Inggeris.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved