Jumaat, 22 Julai 2011

Utusan Online - Kota


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Stesen LRT mesra OKU

Posted:

Stesen LRT mesra OKU

Stesen LRT mesra OKU

Oleh ROSLAH OTHMAN
kota@utusan.com.my


Nor Hasan Ismail (kiri) melihat demonstrasi mengenai kemudahan untuk OKU, yang termasuk menaikkan ketinggian platform bagi memudahkan pergerakan golongan itu di Stesen Ampang, kelmarin.


AMPANG 22 Julai - Golongan orang kurang upaya (OKU) kini boleh menikmati kemudahan mesra OKU di empat stesen Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Ampang yang telah siap dinaik taraf.

Sebanyak 24 buah stesen LRT laluan Ampang terlibat dengan projek oleh Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana) itu untuk menyediakan kemudahan khusus bagi golongan OKU. Empat yang telah siap ialah Stesen Pandan Jaya, Pandan Indah, Cahaya dan Cempaka.

Projek itu bermula Februari tahun lalu siap sepenuhnya pada Mac lalu.

Pengarah Kumpulan Pembangunan Infrastruktur Prasarana, Nor Hasan Ismail berkata, projek naik taraf kemudahan OKU itu adalah satu daripada inisiatif bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dalam meningkatkan kemudahan awam yang bakal memberi manfaat kepada kira-kira 45,000 pengguna setiap hari.

"Dijangkakan dengan kemudahan mesra OKU ini akan membantu meningkatkan jumlah OKU menggunakan tren di laluan berkenaan pada setiap bulan berbanding kira-kira 15,000 pengguna OKU selama ini," ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sesi taklimat mengenai projek naik taraf stesen laluan Ampang, di sini.

Turut hadir Ketua Jabatan Rail, Sivil dan Struktur SPNB, Azhan Effendy Ariffin.

Antara kemudahan yang disediakan termasuk laluan khas landai, lif, eskalator dan platform untuk kerusi roda. Tandas dan surau turut disediakan untuk kemudahan dan keselesaan pengguna.

Katanya, kemudahan OKU di 20 stesen selebihnya antaranya, Plaza Rakyat, Maluri, Miharja dan Chan Sow Lin dijangka siap secara berperingkat menjelang hujung tahun ini.

"Proses menaik taraf kesemua 24 stesen ini menelan belanja kira-kira RM60 juta dan pemilihan kontraktor adalah berdasarkan tender terbuka," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Klinik Pergigian Bergerak UiTM

Posted:

Klinik Pergigian Bergerak UiTM

Klinik Pergigian Bergerak UiTM


Sahol Hamid Abu Bakar (dua dari kanan) meninjau kemudahan di dalam bas yang dijadikan klinik pergigian bergerak UiTM di Shah Alam, kelmarin.


SHAH ALAM 22 Julai - Universiti Teknologi Mara (UiTM) memperuntukkan kira-kira RM1.8 juta untuk membina klinik pergigian bergerak termasuk segala kelengkapan perubatan di dalamnya.

Menurut Naib Canselor, Prof. Datuk Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar, klinik bergerak tersebut yang dibina di dalam sebuah bas, memberi peluang yang lebih luas kepada pelajar untuk menambah pengalaman dan menjalani latihan praktikal dalam pelbagai situasi.

"Usaha ini juga adalah untuk memberi perkhidmatan pergigian kepada masyarakat di pelbagai lokasi termasuk di kawasan pedalaman dan warga UiTM di seluruh kampus di semenanjung Malaysia.

"Bas yang telah direka khas ini boleh menempatkan dua buah unit tempat rawatan pergigian dan dilengkapi dengan keperluan sokongan klinikal yang lain," katanya kepada pemberita.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Klinik Pergigian Bergerak UiTM di pekarangan lobi Fakulti Pergigian UiTM di sini semalam.

Hadir sama Dekan Fakulti Pergigian, Prof. Dr. Mohamed Ibrahim Abu Hassan; Pengarah Pergigian Angkatan Tentera Malaysia, Datuk Dr. Sukri Hussin dan wakil Timbalan Pengarah Pengurusan Pergigian, Dr. Rusni Mohd Yusoff.

Sahol Hamid berkata, fasiliti yang disediakan di dalam bas tersebut mampu menampung keperluan sebuah klinik pergigian sebenar yang beroperasi di pelbagai tempat dan keadaan.

"Selain itu, klinik ini juga menubuhkan sebuah pasukan untuk memastikan klinik sentiasa beroperasi dengan lancar dan efektif," jelasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved