Jumaat, 22 Julai 2011

Utusan Online - Dalam Negeri


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


RM100 juta untuk 607 kampung

Posted:

RM100 juta untuk 607 kampung

RM100 juta untuk 607 kampung

Oleh YUSRI SAHAT
dan ALI MAHMOOD
pengarang@utusan.com.my


MUHYIDDIN Yassin berdialog dengan penduduk setempat ketika melawat masyarakat Cina di Kampung Baru, Temerloh, semalam. – UTUSAN/RUSHDI SALLEH


TEMERLOH 21 Julai – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini melancarkan dana pinjaman yang memberi manfaat kepada 1.2 juta penduduk di 607 kampung baru di seluruh negara.

Menerusi dana tersebut, kerajaan menyediakan dana pusingan sebanyak RM100 juta bagi tempoh Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) dengan peruntukan RM15 juta pada tahun ini, sebelum dinaikkan kepada RM35 juta (2012) dan RM50 juta pada 2013 hingga 2015.

Berucap melancarkan dana berkenaan, Muhyiddin berkata, pelancaran dana itu bukan bertujuan memancing undi masyarakat Cina sebaliknya merupakan usaha berterusan kerajaan membantu semua kaum di negara ini.

Tegas beliau, pelancaran dana itu juga tiada kaitan dengan Pilihan Raya Umum Ke-13 yang dikatakan bakal diadakan tidak lama lagi.

"Kita berharap tiada pihak memutarbelitkan pelancaran dana ini kononnya mahu mendapatkan sokongan masyarakat Cina," katanya pada majlis perasmian dana pinjaman itu di Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Mentakab 1 dekat sini.

Turut hadir pada majlis yang disertai kira-kira 2,000 orang itu ialah Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob; Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Chor Chee Heung dan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Muhyiddin menjelaskan, dana pinjaman tersebut merupakan antara usaha kerajaan membasmikan kemiskinan di kalangan rakyat pelbagai kaum.

''MCA antara pihak yang berusaha mewujudkan dana ini bagi membantu masyarakat Cina di kampung-kampung baru," jelasnya.

Sementara itu, Chee Heung menjelaskan, objektif program itu adalah untuk membantu penduduk kampung baru yang majoritinya masyarakat Cina memiliki hartanah selain meningkatkan taraf sosial mereka menerusi aktiviti perniagaan dan menaiktaraf keperluan tempat tinggal penduduk berkenaan.

Menurut beliau, dana tersebut meliputi tiga komponen iaitu:

* Skim A - pinjaman membiayai bayaran premium dan memperbaharui tempoh pajakan tanah kediaman.

* Skim B - pinjaman perniagaan mikro.

* Skim C - pinjaman menaik taraf rumah.

Chee Heung memberitahu, melalui dana itu, beban penduduk untuk membayar premium, memperbaharui tempoh pajakan tanah dan menaiktaraf rumah uzur dapat diatasi.

"Dana pinjaman bagi perniagaan kecil dapat meningkatkan kegiatan ekonomi setempat terutama bagi golongan muda kampung baru," katanya.

Beliau menambah, pihaknya akan mengadakan kursus latihan kemahiran kepada peminjam untuk menguruskan pinjaman bagi menjalankan perniagaan dengan kaedah terbaik sekali gus menjamin pulangan dan meningkatkan pendapatan.

''Kementerian akan memantau kemajuan dan prestasi dana pinjaman itu dan melaporkan perkembangan tersebut kepada Kabinet sekurang-kurangnya setiap tiga bulan sekali," jelasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Kukuhkan kesatuan ummah berpandukan al-Quran – TPM

Posted:

Kukuhkan kesatuan ummah berpandukan al-Quran – TPM

Kukuhkan kesatuan ummah berpandukan al-Quran – TPM

KUALA LUMPUR 21 Julai – Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, cabaran terbesar umat Islam pada masa ini adalah untuk mengembalikan semangat dan mukjizat al-Quran sebagai kitab suci bagi tujuan menyatukan ummah.

Timbalan Perdana Menteri berkata, telah terbukti masyarakat Arab jahiliah yang pernah mengalami perpecahan paling parah akhirnya dapat disatukan dengan keimanan kepada Allah setelah mereka menerima sepenuhnya ajaran al-Quran yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW.

"Oleh itu sewajarnya umat Islam mengambil iktibar daripada mukjizat yang paling istimewa ini untuk memperkukuhkan kesatuan ummah di bawah lembayung dan panduan al-Quran," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Seminar al-Quran Peringkat Antarabangsa anjuran Darul Quran, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi dekat sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim dan Ketua Pengarah Jakim, Othman Mustapha.

Dalam perkembangan lain, Muhyiddin turut menyentuh peranan Jakim dalam meneruskan inisiatif menaik taraf Darul Quran yang terletak di Kuala Kubu Bharu, Selangor sebagai sebuah kolej universiti dalam masa terdekat ini.

Beliau berkata, langkah itu penting kerana melalui proses tersebut Darul Quran akan dapat memainkan peranan lebih berkesan dalam usaha memperluaskan pengajian ilmu al-Quran di negara ini.

"Apabila telah dinaik taraf sebagai sebuah kolej universiti, Darul Quran sudah tentu dapat menawarkan lebih banyak bidang pengajian berteraskan ilmu al-Quran dan dalam masa sama mampu menampung lebih ramai pelajar.

"Dengan pencapaian cemerlang Darul Quran selama ini, saya percaya ia akan muncul sebagai sebuah institusi pendidikan tinggi berteraskan pengajian al-Quran yang terkemuka di negara ini," katanya.

Dalam perkembangan sama, Muhyiddin berkata, kerajaan sentiasa memberi perhatian serius terhadap pendidikan al-Quran di negara ini antaranya berusaha melahirkan graduan-graduan yang menghafaz kitab suci itu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Perdana Menteri turun padang ke Subang hari ini

Posted:

Perdana Menteri turun padang ke Subang hari ini

Perdana Menteri turun padang ke Subang hari ini

KUALA LUMPUR 21 Julai - Masyarakat sekitar Kampung Melayu Subang, Selangor berpeluang beramah mesra dengan Datuk Seri Najib Tun Razak sempena program Sepetang Bersama Perdana Menteri, esok.

Najib yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor akan melawat Subang pada pukul 12 tengah hari sejurus tiba di tanah air selepas 11 hari berada di luar negara atas tugasan rasmi.

Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Dr. Mohd. Zin Mohamed berkata, pelbagai aktiviti telah diatur sempena lawatan Perdana Menteri itu.

"Antara program yang dirancang termasuk membaik pulih rumah penduduk, mengagihkan sumbangan wang kepada masyarakat memerlukan dan lawatan ke rumah pemimpin setempat," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, Perdana Menteri juga akan melakukan lawatan secara santai dengan berjalan kaki ke tempat awam serta kawasan perumahan di sekitar Subang Perdana dan Kampung Melayu Subang.

Beliau menjemput orang ramai yang tinggal di sekitar kawasan Subang untuk beramah mesra dengan Perdana Menteri dalam program itu yang dijangka berakhir pukul 6 petang.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved