Khamis, 16 Jun 2011

Utusan Online - Johor


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Pastikan cemerlang UPSR

Posted:

Pastikan cemerlang UPSR

Pastikan cemerlang UPSR

Oleh MAZNAH MOHD. ARSAD
editjohor@utusangroup.com.my


Sebahagian murid Sekolah Kebangsaan Bandar Uda 2 yang menyertai Bengkel Pemantapan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris 2011 di Johor Bahru , baru-baru ini.


JOHOR BAHRU 15 Jun - Walaupun Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) akan berlangsung tiga bulan lagi, namun Sekolah Kebangsaan Bandar Uda 2 (SKBU2) mengambil langkah proaktif menghantar 264 muridnya ke Bengkel Pemantapan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Misi SKBU2 yang telah diberikan status Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) amat jelas - ingin memastikan semua muridnya mencapai kelulusan semua subjek teras 100 peratus dalam UPSR September depan.

Ketua Panitia Bahasa Melayu, Mazrina Shaharuddin berkata, bagi menjayakan program sehari di Hotel M. Suites, di sini baru-baru ini, dua guru pakar diundang iaitu Guru Besar SK Gembut, Kota Tinggi, Adibah Khalid dan Guru Besar SK Permas Jaya 5, Masnah Abdul Hamid yang masing-masing berpengalaman luas dalam pengajaran Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu.

"Selain mencapai 100 peratus lulus dalam semua subjek teras, kami mahu SKBU2 memperoleh 5A tertinggi di negeri ini dan di peringkat kebangsaan.

"Sebelum ini, kami telah mengadakan bengkel pemantapan yang sama bagi subjek Matematik dan Sains," katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Ketua Panitia Bahasa Inggeris, M. Pushpam pula berkata, sebagai perintis SBT pada 2009 dengan seramai 103 murid mendapat 5A tahun itu dan 93 murid memperoleh 5A pada tahun lalu, ia bukan satu perkara yang mudah untuk mempertahankan kejayaan itu.

Menurutnya, atas dasar ingin meningkatkan pencapaian itu dan setelah meneliti keputusan prapeperiksaan yang diadakan pada Februari lalu, ia memberi petunjuk kepada pihak sekolah bahawa banyak ruang untuk penambahbaikan dilakukan.

"Sekarang memasuki pertengahan Jun, maknanya kita hanya ada masa tiga bulan sahaja bagi menghadapi UPSR.

"Jadi, bengkel pemantapan seperti ini akan digunakan sepenuhnya untuk meningkatkan pencapaian murid untuk memperoleh 100 peratus lulus serta mencatatkan jumlah 5A tertinggi di peringkat negeri dan kebangsaan," katanya.

Pushpam berharap menerusi bengkel itu, murid-murid yang akan menduduki peperiksaan dapat mengubah sikap supaya menumpukan sepenuh perhatian terhadap pelajaran masing-masing.

"Perkembangan pelajaran dan prestasi murid-murid sentiasa dipantau dan Guru Besar, Fuziah Hasan yang amat prihatin serta memberi sokongan padu terhadap apa juga usaha yang dilakukan oleh guru-guru bagi memastikan SKBU2 terus cemerlang," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Bengkel tingkatkan keyakinan murid

Posted:

Bengkel tingkatkan keyakinan murid

Bengkel tingkatkan keyakinan murid

JOHOR BAHRU 15 Jun - Beberapa murid tahun enam yang mengikuti Bengkel Pemantapan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris menyifatkan program itu meningkat ilmu dan persediaan menghadapi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada September ini.

Mereka berpendapat banyak tunjuk ajar dan panduan yang diberikan mampu meningkatkan keyakinan untuk menduduki peperiksaan itu.

Bagi Muhd. Hariz Zainuddin, 12, murid Tahun 6 Arif, dengan menyertai bengkel itu, dia kini lebih mengetahui teknik untuk menjawab kedua-dua subjek itu.

"Pada peperiksaan percubaan lalu, saya hanya mendapat 2A dan 3B, sedangkan matlamat saya untuk mendapat 5A. Selepas menyertai bengkel ini, saya lebih yakin apabila mengetahui teknik menjawab soalan yang diberikan.

"Ilmu yang diberikan oleh guru-guru panitia dan guru undangan pada setiap bengkel yang dihadiri akan dijadikan asas untuk mendapat 5A," katanya dengan penuh semangat.

Rakannya, Raudah Hamka, 12, murid Tahun 6 Intan pula berazam untuk memperoleh 5A pada UPSR nanti.

"Saya hanya ada masa tiga bulan untuk berusaha lebih gigih. Dengan sokongan guru-guru, ibu serta rakan-rakan, saya lebih yakin untuk mencapai sasaran berkenaan.

"Cara menjawab soalan yang diberikan oleh guru pakar yang diundang pada bengkel ini amat membantu dan ia akan dijadikan panduan untuk menghadapi peperiksaan sebenar nanti," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved