Khamis, 16 Jun 2011

Utusan Online - Selatan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


Hindari vandalisme di Dataran Nilai

Posted:

Hindari vandalisme di Dataran Nilai

Hindari vandalisme di Dataran Nilai

Oleh MAZLINDA MURTADZA
utusanN9@utusan.com.my


PENDUDUK sekitar Nilai mengadakan pelbagai aktiviti riadah di waktu malam di Dataran Nilai, baru-baru ini.


SEREMBAN 15 Jun - Pernahkah anda berkunjung ke Dataran Nilai yang kini menjadi mercu tanda baru kawasan Majlis Perbandaran Nilai (MPN) dekat sini?

Jika tidak, mengapa anda tidak membawa keluarga khususnya pada hujung minggu ke kawasan riadah awam yang baru ini bagi merapatkan hubungan antara masyarakat di kawasan itu yang sedang membangun dengan pesat.

Namun begitu, ada mesej yang perlu disampaikan kepada pengunjung di Dataran Nilai ini dan pastinya ia berkaitan dengan vandalisme.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kampung Baru dan Pengangkutan Awam negeri, Datuk Siow Chen Pin berkata, lokasi riadah yang cantik hendaklah dikekalkan keindahannya tanpa sebarang perbuatan vandalisme.

"Masyarakat perlu bersama-sama menjaga kawasan riadah awam, apatah lagi yang baru dibina dan diperkenalkan seperti di Dataran Nilai ini. Masyarakat harus mengambil peranan bersama menjaga kawasan riadah agar ia terus dikunjungi," katanya di sini hari ini.

Katanya, Dataran Nilai merupakan hentian strategik kerana letaknya di laluan keluar dan masuk ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selain laluan pelabur di sekitar Bandar Baru Nilai serta Enstek.

"Bila beriadah di Dataran Nilai, kadangkala orang ramai membawa bekalan makanan dari rumah. Buang sampah ke dalam tong sampah yang disediakan pihak MPN," katanya.


BEBERAPA orang kanak-kanak turut bermain buaian yang disediakan di Dataran Nilai, baru-baru ini.


Pada masa sama, Chen Pin mengingatkan golongan muda dan remaja supaya tidak menjadikan Dataran Nilai lokasi untuk membuat maksiat terutama pada waktu malam dan hujung minggu.

"Hormatilah pengunjung lain kerana perbuatan tidak senonoh itu akan hanya mengundang persepsi buruk kepada diri sendiri dan kawasan riadah keluarga ini," ujarnya.

Dataran Nilai yang mempunyai menara jam menjadi mercu tanda baru MPN dengan seni bina menampakkan ciri-ciri negeri ini melalui pembinaan pusat kraftangan yang menonjolkan binaan rumah di Kuala Pilah, Rembau dan Jempol.

Kawasan riadah yang masih belum dirasmikan ini dan dibuka pada awal tahun ini turut menyediakan padang permainan kanak-kanak serta padang bola untuk kegunaan orang ramai.

Turut disediakan adalah bangunan kraftangan, pentas, tempat letak kereta, pondok bas dan sebagainya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Hormati 5 Zon Bebas Rokok

Posted:

Hormati 5 Zon Bebas Rokok

Hormati 5 Zon Bebas Rokok

Oleh NORIZAN ABDUL MUHID
utusankedah@utusan.com.my


ZAINOL Abidin Ariffin turun padang mengedar risalah panduan Zon Larangan Bebas Asap Rokok di lima lokasi seluruh Melaka di Alor Gajah, semalam. - utusan/GAIE UCHEL


ALOR GAJAH 15 Jun - Golongan perokok perlu diberi kesedaran tentang pelaksanaan peraturan Zon Bebas Rokok sebelum melaksanakan langkah penguatkuasaan di lima lokasi di negeri ini termasuk daerah Alor Gajah.

Ketua Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Pejabat Kesihatan Alor Gajah, Zainol Abidin Ariffin berkata, ia bagi memastikan objektif pelaksanaan penguatkuasaan Zon Bebas Rokok menepati matlamat dan berkesan mendidik golongan perokok.

Menurutnya, bagi memastikan usaha itu mencapai matlamat, operasi penguatkuasaan pada hari pertama sekitar Alor Gajah sebagai lokasi Zon Bebas Rokok tertumpu kepada usaha menyedarkan perokok mengenai pelaksanaan peraturan tersebut.

''Pada hari pertama penguatkuasaan Zon Bebas Rokok di Alor Gajah, kita menemui lima perokok yang merokok di gerai makan.

''Namun kita hanya menasihatkan mereka agar tidak mengulangi perbuatan itu di kawasan zon serta pada masa sama kita mengedar risalah kesedaran tentang larangan merokok di tempat zon," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Melalui pelaksanaan Zon Bebas Rokok di lima lokasi tersebut, orang ramai yang didapati menghisap rokok di kawasan itu kecuali bangunan persendirian, boleh dikenakan kompaun minimum RM300 atau maksimum RM5,000 berkuat kuasa hari ini.

Selain Alor Gajah, empat lokasi lain yang diwartakan sebagai Zon Bebas Rokok ialah Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Jasin, Melaka Raya dan Bandar Warisan Dunia seperti sekitar Bukit St. Paul yang menempatkan beberapa bangunan kerajaan, muzium, gereja, bangunan Stadthuys, Kota A'Farmosa dan pesisiran Sungai Melaka.

Menurut Zainol, pihaknya tidak mengeluarkan kompaun pada hari pertama kerana kebanyakan mereka didapati pengunjung luar dan tidak mengetahui tentang pewartaan Zon Larangan Merokok di Alor Gajah.

Bagaimanapun katanya, selepas ini, pihaknya dengan kerjasama penguat kuasa Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) tidak akan teragak-agak mengeluarkan kompaun minimum RM300 kepada mereka yang didapati merokok di zon larangan merokok.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

RM2 juta diperlukan atasi banjir kilat di Jempol

Posted:

RM2 juta diperlukan atasi banjir kilat di Jempol

RM2 juta diperlukan atasi banjir kilat di Jempol


SHAMSHULKAHAR Mohd. Deli (tiga dari kiri) melawat longkang yang sering dinaiki air ketika hujan di Jempol, baru-baru ini.


JEMPOL 15 Jun - Sebanyak RM2 juta diperlukan untuk mengatasi masalah banjir kilat di beberapa kawasan sekitar Raja Alias, dekat sini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serting, Datuk Shamshulkahar Mohd. Deli berkata, jumlah berkenaan amat besar dan oleh itu masalah berkenaan tidak boleh diatasi secara serentak.

''Justeru, mana-mana kawasan yang menjadi keutamaan akan diberikan fokus terlebih dahulu.

''Kita akan jalankan kerja naik taraf dan membaiki sistem pengaliran secara berperingkat-peringkat," katanya selepas melawat lokasi banjir di Raja Alias, dekat sini, hari ini.

Tambahnya, kita akan memberi tumpuan pada longkang terutamanya di hadapan Pejabat Kesihatan daerah ini, sekitar kawasan Felda Gugusan Raja Alias 1 dan 2 serta Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Serting.

Ujarnya, dengan pelaksanaan projek ini, ia diharap dapat mengatasi masalah banjir kilat yang kerap melanda kawasan tersebut.

''Hasil perbincangan dengan kontraktor Selia Selenggara, Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), kita bercadang membina dua buah jambatan di kawasan itu.

''Buat masa ini, JPS akan membersihkan sungai berkenaan," ujarnya.

Shamshulkahar sebelum itu telah mengadakan pertemuan dengan wakil dari Felda, Majlis Daerah Jempol (MDJL) dan Pejabat Daerah Jempol bagi membincangkan senario banjir kilat yang melanda kawasan berkenaan.

Pada Mei lalu, hampir 10 premis perniagaan dan 14 buah rumah di perkampungan Felda Gugusan Raja Alias 2, dekat sini dilanda banjir kilat dalam kejadian hujan lebat.

Peniaga di situ mendakwa kejadian banjir kilat yang berlaku itu disebabkan longkang berhampiran Pejabat Kesihatan daerah ini yang telah rosak dan tidak dibaiki sehingga menyebabkan aliran air tersekat.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved