Khamis, 16 Jun 2011

Utusan Online - Kota


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Peniaga bantah sewa baru MPS

Posted:

Peniaga bantah sewa baru MPS

Peniaga bantah sewa baru MPS

Oleh ROSLAH OTHMAN
kota@utusangroup.com.my


kumpulan peniaga di Gerai MPS Batu 16 membuat bantahan terhadap kadar sewa baru gerai di Rawang, semalam. - UTUSAN/Jeffri A. Rahman


RAWANG 15 Jun - Sekumpulan peniaga di Gerai Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Batu 16 di sini telah mengadakan bantahan secara aman kerana tidak berpuas hati dengan pihak berkuasa tempatan itu yang didakwa telah menaikkan kadar sewa gerai hampir sekali ganda.

Mereka mendakwa kadar sewa baru itu memaksa mereka membayar antara RM250 hingga RM450 sebulan untuk satu unit gerai mulai tarikh notis yang dikeluarkan sebulan lalu.

Peniaga yang ditemui menyifatkan kadar sewa baru itu akan membunuh perniagaan mereka yang diusahakan sejak lebih 10 tahun lalu.

Ahmad Husni Anuar, 47, berkata, tindakan itu seolah-olah cuba memberi tekanan kepada peniaga bumiputera sedia ada di situ.

"Kami yang telah berniaga di sini sejak 10 tahun lalu memang kecewa dengan keputusan ini yang dianggap membebankan dan merayu agar pihak MPS mempertimbangkan semula keputusan ini demi masa depan kami," ujarnya yang ditemui semasa hadir pada sesi bantahan secara aman.

Terdapat kira-kira 40 unit gerai di situ dan disewakan kepada peniaga sejak lebih 10 tahun lalu dengan kadar sewa sebelum ini bergantung kepada keluasan gerai dan kerja-kerja pengubahsuaian masing-masing iaitu antara RM180 hingga RM690.

Utusan Malaysia difahamkan, nasib sama turut menimpa peniaga di kawasan Taman Tun Teja, Taman Bukit Rawang dan Taman Perindustrian Rawang.

Penyelaras Parlimen Selayang, Chan Wun Hoong yang turut hadir pada sesi itu berkata, tindakan itu dilihat seolah-olah tidak mengambil kira kepentingan peniaga apabila menaikkan kadar sewa yang dianggap terlalu tinggi dan membebankan.

Katanya, tindakan itu juga sekali gus membayangkan kerajaan negeri bukanlah negeri kebajikan seperti yang dilaung-laungkan selama ini.

"Kami akan berjumpa dengan Yang Dipertua MPS dalam tempoh terdekat bagi merayu agar perkara ini dapat dipertimbangkan sekali lagi," ujarnya.

Turut hadir, Penyelaras DUN Rawang, Lee Li Yew.

Seorang lagi peniaga, Rohidah Rasip, 41, berkata, MPS perlu melihat beberapa perkara terlebih dahulu sebelum memutuskan untuk menaikkan kadar sewa di situ.

Katanya, ini termasuklah menaik taraf kemudahan di kawasan itu serta memaklumkan pihak manakah yang bertanggungjawab menguruskan kerja-kerja penyenggaraan di kawasan itu.

"Sehingga kini peniaga masih tertanya-tanya pihak manakah yang bertanggungjawab dalam kerja-kerja penyenggaraan di kawasan ini. Ketiadaan sebarang kerja-kerja penyenggaraan menyebabkan keadaan di kawasan persekitaran di sini cukup menyakitkan mata.

"Lihat sahaja keadaan longkang besar di belakang gerai kami," ujarnya yang membuka salon kecantikan sejak 10 tahun lalu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

'Kadar baru hanya untuk gerai berpotensi maju'

Posted:

'Kadar baru hanya untuk gerai berpotensi maju'

'Kadar baru hanya untuk gerai berpotensi maju'

RAWANG 15 Jun - Ahli Majlis Zon 19, Md. Sabri Md. Taib berkata, kadar kenaikan sewa gerai milik Majlis Perbandaran Selayang (MPS) Batu 16 seperti yang didakwa peniaga mahal dan membebankan merupakan hasil keputusan penyelarasan baru yang melibatkan kesemua gerai di kawasan milik MPS.

Bagaimanapun, katanya, bukan semua gerai milik MPS terlibat dalam kenaikan tersebut, sebaliknya hanya melibatkan gerai-gerai yang terletak di lokasi yang berpotensi maju dan dikunjungi ramai pelanggan.

"Penyelarasan kenaikan kadar sewa telah dipersetujui pada Mei tahun lalu, bagaimanapun disebabkan terdapatnya bantahan daripada peniaga ia terpaksa ditangguhkan.

"Atas permintaan Ahli Parlimen Selayang, William Leong sendiri, kajian terperinci dan proses mengenal pasti gerai-gerai berpotensi dijalankan demi memastikan tidak ada pihak yang teraniaya dan notis kadar baru dikeluarkan semula pada bulan lalu," ujarnya.

Md. Sabri berkata, dakwaan peniaga bahawa kadar sewa di Gerai MPS Batu 16 yang dikenakan berganda adalah tidak benar sebaliknya kadar baru tersebut hanya melibatkan kenaikan sebanyak RM70.

"Apa yang didakwa peniaga itu kemungkinan melibatkan mereka yang mempunyai dua atau tiga lot gerai. Jika sebelum ini mereka dikenakan sewa secara pukal iaitu RM260 untuk dua lot berbanding RM180 untuk satu lot, tetapi dengan penyelarasan kadar baru ini ia mungkin dilihat agak tinggi dan membebankan," ujarnya.

Sehubungan itu beliau meminta agar peniaga terlibat lebih bersyukur dan melihat peluang yang diberikan kepada mereka untuk menyewa gerai milik MPS adalah lebih baik berbanding kedai komersial berhampiran.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Boleh fail tuntutan ganti rugi

Posted:

Boleh fail tuntutan ganti rugi

Boleh fail tuntutan ganti rugi

Oleh AZIAN AZIZ
kota@utusangroup.com.my

SHAH ALAM 15 Jun - Sebanyak 61 kontraktor bumiputera yang dibatalkan kontrak kutipan sisa pepejal tanpa sebab munasabah oleh Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) baru-baru ini, boleh menuntut ganti rugi daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) itu.

Ini kerana semua kontraktor itu sepatutnya memulakan kerja-kerja kutipan sisa pepejal bermula 1 Mac lalu selepas menang bidaan untuk tender selama dua tahun campur satu tahun (2+1) yang dikeluarkan oleh MPSJ pada Disember tahun lalu.

Pengamal undang-undang, Kamaruddin Ahmad berpandangan, kesemua kontraktor terlibat boleh menuntut ganti rugi dengan memfailkan kes di mahkamah ekoran MPSJ telah mungkir dalam melaksanakan kontrak yang telah dimenangi oleh 61 kontraktor terlibat.

"Ini kerana kontraktor terbabit dikehendaki membuat persiapan pembelian peralatan dan kenderaan sebelum memulakan kerja kutipan sisa pepejal seperti disyaratkan oleh MPSJ semasa mereka membuat pembidaan namun pembatalan itu menyebabkan mereka kini terpaksa menanggung kerugian.

"Mereka juga boleh menuntut ganti rugi kehilangan keuntungan yang sepatutnya boleh diperoleh dalam tempoh dua tahun," katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Pada 10 Jun lalu, salah seorang kontraktor yang terlibat menggesa Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan MPSJ memberi penjelasan mengenai pembatalan tender bagi kontrak kerja mengutip sampah tersebut.

Ini kerana pembatalan kontrak itu tidak dimaklumkan kepada mereka, sebaliknya hanya diketahui menerusi lawan web Tender Selangor.

Pembatalan tender itu telah menimbulkan rasa tidak puas dalam kalangan kontraktor berkenaan, setelah sebelum itu, Abdul Khalid mengakui telah menangguhkan kontrak itu atas alasan untuk mengasingkan operasi pelupusan sisa pepejal dan pembersihan kawasan di antara pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Alam Flora.

Mereka pernah merayu agar Abdul Khalid menarik balik penangguhan kontrak tersebut kerana mereka bimbang akan bankrap akibat tidak mampu membayar ansuran pinjaman lori mengangkut sampah berharga RM300,000 yang telah dibeli sebagai persiapan memulakan kerja mengutip sisa pepejal.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved