Rabu, 18 Disember 2013

Utusan Online - Utara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


RM23j naik taraf pelancongan

Posted: 17 Dec 2013 10:41 AM PST

KANGAR 17 Dis. - Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan memperuntukkan lebih RM23 juta kepada kerajaan negeri dalam usaha meningkatkan kemudaan dan menaik taraf tempat pelancongan di Perlis.

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri, Abdul Jamil Saad berkata, ia melibatkan projek menaik taraf, peningkatan kemudahan, pengindahan dan pembinaan prasarana pelancongan di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK10).

"Kawasan dan kemudahan pelancongan terlibat ialah di Kuala Perlis, Gua Kelam, Sungai Perlis, Kuala Sungai Baru, Padang Besar, Tasik Melati, Wang Kelian, Ujung Bukit, Mata Ayer, Kampung Paya Guring dan Taman Ular," kata beliau ketika menjawab soalan Asmaiza Ahmad (BN-Chuping).

Menurut beliau, Pejabat Tourism Malaysia Perlis juga menerima peruntukan RM70,000 daripada kementerian berkenaan bagi mempromosi Tahun Melawat Malaysia 2014 di negeri ini.

"Antaranya, kerajaan negeri akan mengadakan Karnival Perlis-Segi Tiga Pertumbuhan Indonesia, Malaysia- Thailand (IMT-GT) sebagai usaha mempromosikan produk pelancongan, makanan, kraf tangan, kebudayaan dan kesenian Perlis dari 27 Disember 2013 hingga 1 Januari 2014," katanya.

Isu daun ketum curi perhatian sidang DUN

Posted: 17 Dec 2013 10:41 AM PST

KANGAR 17 Dis. - Isu penyalahgunaan daun ketum turut mencuri perhatian sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis apabila dibangkitkan pada sesi perbahasan Bajet Negeri Perlis 2014 yang berlangsung hari ini.

Ia dibangkitkan Mohd. Shukri Ramli (Pas-Sanglang) yang memuji tindakan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis mengharamkan penyalahgunaan daun ketum dan produk berasaskannya.

"Ini adalah keputusan cukup baik kerana daun ketum membawa mudarat dan kerosakan kepada masyarakat khususnya di negeri Perlis.

"Saya bersetuju dengan Mufti Perlis (Datuk Dr. Juanda Jaya) yang mendedahkan bahawa penagihan air daripada daun ketum melibatkan bukan sahaja remaja dan orang dewasa, malah kanak-kanak sekolah rendah," kata beliau.

Malah, Mohd. Shukri sendiri mendedahkan bahawa beliau pernah melihat murid-murid sebuah sekolah rendah 'melompat' pagar pada waktu rehat persekolahan untuk membeli air ketum.

Semalam, Dr. Juanda mengumumkan bahawa Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis yang bermesyuarat Oktober lalu memutuskan bahawa penyalahgunaan daun ketum dan produk berasaskannya adalah haram kerana ia boleh memudaratkan kesihatan dan mengancam masa depan masyarakat khususnya di negeri ini.

Keputusan tersebut diambil selepas jawatankuasa itu mendapat maklum balas mengenai keburukkannya daripada Jabatan Kesihatan dan Polis Di Raja Malaysia (PDRM).

Sementara itu, ketika mencelah perbahasan, Datuk Ismail Kassim (BN-Tambun Tulang) memberitahu, mereka yang melakukan kesalahan berkaitan daun ketum hanya boleh didakwa di bawah Akta Racun tetapi hukumannya agak 'ringan'.

Sehubungan itu, Mohd. Shukri berkata, kerajaan negeri perlu membantu usaha membanteras penyalahgunaan daun ketum termasuk mengusulkan cadangan kepada Kerajaan Persekutuan agar ia diletakkan di bawah peraturan atau undang-undang lebih tegas.

"Jika boleh, undang-undang sebagaimana dadah atau Akta Dadah diperlukan bagi menagani gejala daun ketum supaya ia tidak menular secara berleluasa," tambah beliau.

Dalam perkembangan lain, Mohd. Shukri berkata, beliau sanggup membantu pihak berkuasa agama negeri dalam usaha membanteras ajaran Syiah di negeri ini.

Bagaimanapun, kata beliau, pihak berkuasa seharusnya menahan mereka yang terlibat dengan ajaran tersebut tanpa mengira fahaman parti politik.

JKR kaji semula aliran trafik di Perak tahun depan

Posted: 17 Dec 2013 10:41 AM PST

IPOH 17 Dis. - Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri akan membuat kajian semula terhadap keseluruhan laluan termasuk di Lebuh Raya Ipoh-Lumut bagi memastikan kelancaran trafik di negeri ini bermula tahun depan.

Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air negeri, Datuk Zainol Fadzi Paharudin (gambar) berkata, kajian itu merangkumi aspek teknikal termasuk pemasangan lampu isyarat di kawasan luar bandar.

"Kita mendapat terlalu banyak permintaan daripada orang kampung kerana mungkin mereka ingat kalau ada lampu isyarat, semuanya akan selamat. Kalau tiada, kemungkinan akan berlaku kemalangan, padahal semua ini tidak betul.

"Saya ingin tegaskan bahawa 80 peratus kemalangan yang berlaku adalah disebabkan oleh faktor manusia sedangkan hanya enam peratus disebabkan oleh faktor kemudahan awam," katanya pada sidang akhbar selepas menyempurnakan sambutan Hari Inovasi dan Majlis Penghargaan Pesara JKR Perak 2013, di sini hari ini.

Pada majlis tersebut, JKR Ulu Kinta muncul sebagai johan keseluruhan apabila berjaya muncul sebagai pemenang Anugerah Inovasi Pengurusan Projek Jalan Terbaik dan Anugerah Inovasi Penyelenggaraan Jalan Terbaik.

Selain itu, Anugerah Inovasi Pengurusan Kewangan Terbaik pula dimenangi oleh JKR Kuala Kangsar diikuti oleh Anugerah Inovasi Pengurusan Projek Bangunan Terbaik (JKR Manjung), Anugerah Inovasi Pengurusan Kontrak Terbaik (JKR Kerian) dan Anugerah Inovasi Pengurusan Aset Terbaik (Cawangan Elektrik).

Dalam pada itu, Safry berkata, pihaknya akan mengetengahkan lebih banyak kumpulan inovasi pada tahun depan untuk diaplikasi dan dimanfaatkan oleh jabatan tersebut pada masa depan.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved