Rabu, 14 Disember 2011

Utusan Online - Kota


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Tidak perlu bangunan tinggi

Posted:

Tidak perlu bangunan tinggi

Tidak perlu bangunan tinggi

Oleh NUR NAZLINA NADZARI
kota@utusan.com.my


SEBAHAGIAN penduduk berhimpun secara aman untuk membantah cadangan membina dua blok apartmen 25 tingkat berhampiran Jalan Batai, Bukit Damansara, Kuala Lumpur, baru-baru ini.


KUALA LUMPUR 14 Dis. – Kira-kira 150 penduduk di Bukit Damansara berkumpul bagi membantah projek pembangunan bangunan tinggi di tapak yang kini merupakan kawasan komersial di sepanjang Jalan Batai, di situ, baru-baru ini.

Presiden Persatuan Pemilik Rumah Bukit Damansara, Tan Seri Abdul Aziz Abdul Rahman berkata, penduduk sebulat suara membantah projek itu dan merayu agar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menolak permohonan untuk pembinaan dua buah blok bangunan apartmen 25 tingkat di tapak itu.

"Penduduk telah pun menulis surat dan berjumpa dengan DBKL bagi menyuarakan mengenai bantahan mereka terhadap pembangunan itu.

"Kawasan komersial sedia ada sudah pun wujud di situ hampir 40 tahun yang lalu dan menjadi tempat untuk penduduk mendapatkan keperluan harian," katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Katanya, persatuan mendesak agar DBKL hanya membenarkan pembinaan bangunan komersial rendah sahaja bagi memenuhi keperluan penduduk di situ dan membenarkan kedai makanan dan perkhidmatan sedia ada untuk terus beroperasi.

Penyanyi popular, Datuk Sheila Majid yang turut menghuni kawasan itu berkata, pusat komersial tersebut menyimpan banyak memori pada dirinya dan komuniti itu akan kehilangan salah satu identiti mereka jika tempat itu tiada lagi.

"Saya risau dengan masalah keselamatan memandangkan pertambahan bilangan bangunan komersial di kawasan ini.

"Pembangunan baru ini (jika dilaksanakan) akan membawa lebih banyak trafik ke dalam kejiranan ini dan membuatkan lebih sukar buat komuniti di sini memantau keselamatan," ujarnya.

Full content generated by Get Full RSS.

JAS 'buru' pemilik tanah benar pembakaran terbuka

Posted:

JAS 'buru' pemilik tanah benar pembakaran terbuka

JAS 'buru' pemilik tanah benar pembakaran terbuka

KUALA LUMPUR 14 Dis. - Jabatan Alam Sekitar Selangor akan melakukan semakan nama individu yang didakwa membenarkan pembakaran terbuka dilakukan di tanah miliknya sehingga menyebabkan berlaku pencemaran udara di Seksyen 23, Shah Alam.

Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dalam kenyataan akhbarnya di sini memaklumkan, tindakan penguatkuasaan itu akan diambil berdasarkan Seksyen 29A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

Menurut kenyataan itu, berdasarkan siasatan didapati tapak yang berlaku pembakaran terbuka itu merupakan satu lot tanah yang baru hendak dibangunkan.

Pemeriksaan JAS, kata kenyataan itu, menemui sisa-sia binaan seperti kayu, plastik dan sisa simen telah ditambak dan diratakan sebagai tapak baru.

"Bagaimanapun, ketika pemeriksaan tiada sesiapa di lokasi berkenaan dan hanya terdapat kesan pembakaran kayu dianggarkan seluas kira-kira 1 meter x 1 meter dan telah ditimbus.

"Asap nipis masih kelihatan keluar dari tanah berikutan kawasan itu merupakan kawasan tanah gambut dan dikelilingi pokok kelapa sawit.

"Berdasarkan semakan rekod JAS, pernah berlaku pembakaran terbuka di kawasan tersebut sewaktu musim kering dan panas pada bulan Jun lalu dan pihak Bomba dan Penyelamat telah berjaya memadamkan kebakaran sepenuhnya," kata kenyataan itu.

Kenyataan itu bagi mengulas laporan Utusan Malaysia pada 9 Disember lalu berhubung desakan pekerja sebuah kilang memproses lampin pakaian berhampiran kawasan berkenaan.

Mereka meminta pihak berwajib bertindak terhadap kegiatan pembakaran terbuka lot berkenaan kerana mendakwa ia menyebabkan asap tebal menyelubungi persekitaran tempat kerja mereka.

Rata-rata pekerja mendakwa sudah tidak tahan lagi kerana saban hari terpaksa menyedut asap tebal akibat perbuatan tidak bertanggungjawab itu yang bukan sahaja mengganggu mereka bekerja malah mengakibatkan kesihatan terjejas.

"JAS Selangor juga akan terus melakukan pemantauan dari semasa ke semasa di kawasan tersebut dan akan memaklumkan kepada pihak Bomba dan Penyelamat untuk memadamkan kebakaran sekiranya asap dari tapak berkenaan masih belum hilang sepenuhnya," kata kenyataan itu lagi.

Full content generated by Get Full RSS.

60,000 borang BR1M diedar di Ampang

Posted:

60,000 borang BR1M diedar di Ampang

60,000 borang BR1M diedar di Ampang

AMPANG 14 Dis. - Parlimen Ampang merupakan antara kawasan tertinggi mengagihkan borang program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) apabila sebanyak 60,000 set diedarkan kepada anggota masyarakat semua kaum yang berkelayakan.

Penyelaras Parlimen Ampang, Datuk Ismail Kijo berkata, pihaknya juga menyediakan hampir 50 pusat mengisi borang tersebut di lokasi strategik yang mendapat sambutan menggalakkan.

''Antara syarat kelayakan untuk pemohon program Bantuan Rakyat 1Malaysia RM500 ialah warganegara Malaysia dan ketua isi keluarga berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah,'' katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui semasa meninjau ke beberapa lokasi pengisian borang tersebut di sini baru-baru ini.

Pemberian bantuan wang RM500 kepada golongan berkelayakan itu adalah antara perkara terkandung dalam Bajet 2012 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Parlimen baru-baru ini.

Menurut Ismail, bagi mereka yang tidak berkesempatan mengisi borang permohonan itu boleh mendapatkannya di Pejabat UMNO Bahagian Ampang dalam tempoh sebulan dari sekarang.

Katanya, pemohon diminta membawa salinan kad pengenalan dan penyata gaji bagi yang bekerja tetap.

Ismail merangkap Ketua UMNO Bahagian Ampang berkata, langkah memperkenalkan BR1M oleh Najib itu membuktikan Perdana Menteri amat prihatin dengan kesusahan rakyat.

"Bantuan sedemikian sekurang-kurangnya akan dapat meringankan beban ketua keluarga dalam sesebuah rumah untuk menyediakan keperluan anak-anak mereka bagi menghadapi penggal persekolahan akan datang," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved