Rabu, 14 Disember 2011

Utusan Online - Selatan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


Projek monorel kedua tetap diteruskan

Posted:

Projek monorel kedua tetap diteruskan

Projek monorel kedua tetap diteruskan

Oleh RIZANIZAM ABDUL HAMID
utusanmelaka@utusan.com.my


Mohd. Ali Rustam tertarik dengan model monorel yang baru selepas majlis pelancaran Pecah Tanah Pembangunan Monorel Fasa ke 2 di Jalan Tun Mutahir, Melaka, semalam.


MELAKA 13 Dis. - Kerajaan negeri tetap akan meneruskan fasa kedua projek Monorel Melaka menggunakan teknologi dari China walaupun fasa pertama projek itu sering berlaku kerosakan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, fasa kedua projek yang bernilai RM13.2 juta itu meliputi pembinaan rel dari Stesen Hang Jebat di Taman Rempah ke Jalan Tun Mutahir dan Jalan Tun Ali ke Stesen Hang Tuah di Jalan Bunga Raya sepanjang 1.3 kilometer.

Menurut beliau, projek fasa pertama monorel itu dari Stesen Hang Jebat ke Stesen Hang Tuah sejauh 1.6 kilometer sering mengalami kerosakan sejak mula beroperasi 20 Oktober tahun lalu.

"Monorel Melaka ini memang terkenal di seluruh dunia kerana ia mungkin menjadi monorel pertama di dunia yang kerap mengalami kerosakan iaitu sebanyak 27 kali sejak beroperasi.

"Namun kita ada banyak sebab untuk terus menyokong teknologi China. Kita tak boleh asyik beli barang dari Barat sahaja kerana ia mahal selain kita ada hubungan yang baik dengan mereka sejak zaman dahulu lagi," katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis pecah tanah pembangunan Monorel Fasa 2 di Jalan Tun Mutahir di sini hari ini.

Menurut Mohd. Ali, fasa kedua projek itu yang dijangka siap pada Februari 2013 akan menjadikan keseluruhan Monorel Melaka sepanjang 2.9 kilometer.

Laluan monorel itu akan membentuk satu pusingan mengelilingi Sungai Melaka dari Taman Rempah melalui Jalan Bunga Raya, Jalan Tun Ali, Jalan Tun Mutahir dan kembali semula ke Taman Rempah.

Mohd. Ali berkata, fasa kedua projek itu juga akan mengandungi satu stesen penyelenggaraan di persimpangan Jalan Tun Ali dan Jalan Tun Mutahir bagi memastikan sistem monorel itu menepati piawaian yang ditetapkan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

"Antara penambahbaikan yang dilakukan pada fasa kedua projek ini adalah terdapat pintu bantuan kecemasan di gerabak, menyediakan laluan antara gerabak, pusat kawal trafik dan sistem pemindahan automatik selain generator.

"Setiap tren juga membawa dua gerabak di mana setiap gerabak boleh memuatkan 12 penumpang dan setiap perjalanan dengan kelajuan 15 kilometer sejam dianggarkan memakan masa 45 minit mengelilingi Sungai Melaka," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

50 murid miskin terima sumbangan IRM

Posted:

50 murid miskin terima sumbangan IRM

50 murid miskin terima sumbangan IRM

MELAKA 13 Dis. - Seramai 50 murid terpilih dari sekolah di negeri ini diraikan sempena program Kembali ke Sekolah yang dianjurkan Islamic Relief Malaysia (IRM) di pasaraya Mydin, Ayer Keroh, semalam.

Dalam program itu, setiap murid diberi peluang memilih sendiri barangan persekolahan berupa dua pasang pakaian seragam sekolah, kasut, alat tulis dan beg yang dianggarkan bernilai RM200 seorang.

Pengarah IRM, Zairulshahfuddin Zainal Abidin berkata, program itu merupakan aktiviti tahunan IRM dan negeri ini dipilih sebagai negeri pertama yang diadakan program sedemikian sebelum pihaknya menjelajah ke seluruh negara.

Menurutnya, sumbangan itu adalah daripada hasil derma inidividu dan badan korporat yang bertujuan meringankan beban keluarga yang kurang berkemampuan dalam menghadapi musim persekolahan tidak lama lagi.

"Kita harap dengan sumbangan ini dapatlah meringankan beban keluarga terlibat untuk menyediakan keperluan persekolahan anak-anak kerana musim persekolahan akan tiba tidak lama lagi," katanya pada program Kembali ke Sekolah yang disempurnakan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam, semalam.

Zairulshahfuddin berkata, selepas program berkenaan, IRM akan menjelajah ke seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak bagi menyampaikan bantuan persekolahan kepada kira-kira 800 murid miskin dari semua kaum yang telah dikenalpasti.

Katanya, selain menyediakan peralatan sekolah, pihaknya juga turut mengadakan sesi motivasi bagi meningkatkan semangat murid terlibat untuk belajar bersungguh walaupun dalam serba kekurangan.

"Kita tidak hanya memberikan barangan yang nampak sahaja malah IRM juga akan turut mengadakan sesi motivasi sebagai pengisian dada murid terlibat agar dapat menghadapi rintangan dan cabaran mendatang," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

6 pelajar terima Anugerah Khas MSS Melaka

Posted:

6 pelajar terima Anugerah Khas MSS Melaka

6 pelajar terima Anugerah Khas MSS Melaka

MELAKA 13 Dis. - Tidak pernah kenal erti putus asa dan berbekalkan minat yang mendalam terhadap bidang sukan menjadi kunci utama kejayaan enam pelajar sekolah negeri ini merangkul Anugerah Khas Majlis Sukan Sekolah (MSS) Melaka.

Pelajar berkenaan adalah Badrul Hisham Ab. Manaf yang dianugerahkan Atlet Harapan Putera, Yap Su Ling (Atlet Harapan Puteri), Alex Tan Ming Han (Anugerah Khas Putera), Alya Anin Azwa Bakri (Anugerah Khas Puteri), Mohamad Salman Jaffri (Atlet Cemerlang Putera) dan Ismahani Mardhiah Mornie (Atlet Cemerlang Puteri).

Pengarah Pelajaran negeri, Mohamad Yusoff Osman berkata, kesemua pelajar terbabit telah menunjukkan prestasi terbaik dalam bidang sukan dan telah mengharumkan nama sekolah masing-masing serta negeri dalam pelbagai kejohanan di peringkat negeri dan kebangsaan.

Menurutnya, seramai 21 pelajar lainyang mempamerkan prestasi cemerlang dalam Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) tahun ini turut diraikan dan diberikan insentif berupa wang tunai dan sijil penghargaan di sini semalam.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved