Khamis, 5 Disember 2013

Utusan Online - Utara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


Bagan Datoh bakal jadi pusat sukan

Posted: 04 Dec 2013 10:54 AM PST

Oleh AIN SAFRI BIDIN
utusanperak@utusan.com.my

BAGAN DATOH 4 Dis. - Kawasan pesisir Sungai Perak di sini bakal berubah wajah apabila beberapa projek pelancongan seperti kawasan rekreasi dan sukan air, taman permainan, pusat makanan segera dan lain-lain dibangunkan di kawasan tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia negeri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rungkup, Datuk Shahrul Zaman Yahya berkata, apabila siap kelak, kawasan Bagan Datoh bakal menjadi tarikan pelancong dalam dan luar negara.

Menurutnya, kawasan berkenaan memiliki potensi untuk dibangunkan dengan projek sedemikian dan dijangka memberikan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.

"Kerajaan negeri bercadang untuk menambak tebing Sungai Belukang dan Sungai Tiang, melibatkan kawasan seluas 3,000 hektar iaitu projek yang akan dimajukan oleh pihak swasta dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP).

"Ini merupakan sebahagian daripada perancangan untuk menjadikan kawasan tersebut sebagai daya tarikan pelancong dan ketika ini masih pada peringkat mengkaji konsep yang sesuai untuk dilaksanakan.

"Apabila siap kelak, akan membawa perubahan ekonomi di kawasan pesisir sungai di Bagan Datoh," katanya selepas mengadakan lawatan kerja di kawasan Bagan Datoh semalam.

Sementara itu, jelas beliau, bagi memajukan lagi pekan Bagan Datoh, kerajaan negeri akan memohon peruntukan di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) bagi membina sebuah jambatan sepanjang dua kilometer yang menghubungkan pekan Bagan Datoh ke Kayan, dekat sini.

"Kita juga berharap mendapat peruntukan untuk menaik taraf jalan Simpang Empat ke Bagan Datoh," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Nolee Ashilin Mohammed Radzi berkata, jambatan yang menghubungkan kedua-dua pekan berkenaan akan menghidupkan semula aktiviti ekonomi di kawasan berkenaan.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved