Rabu, 23 November 2011

Utusan Online - Muka Hadapan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Muka Hadapan


95% kanak-kanak Kelantan rosak gigi

Posted:

95% kanak-kanak Kelantan rosak gigi

95% kanak-kanak Kelantan rosak gigi


PERBEZAAN gigi kanak-kanak yang sihat dan kekurangan fluorida di Wakaf Baru, Kelantan.



RAMAI yang mungkin tidak sedar. Selain tercemar dengan kandungan logam berat yang melebihi paras dibenarkan, air di Kelantan juga menjadi faktor masalah kereputan gigi dan gigi berlubang di negeri itu. Ia berikutan kurangnya sebatian fluorida dalam bekalan air.

Maklumat ini bukan andaian tetapi fakta yang tidak dapat disanggah. Gejala kereputan gigi ini disebabkan hanya lima daripada 29 loji rawatan milik Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB) yang mempunyai sistem pemfluoridaan atau 17.9 peratus.

Kelima-lima loji itu pula sering berdepan masalah penyelenggaraan, akhirnya menyebabkan ketiadaan fluorida dalam air terawat kepada orang ramai. Ia pencapaian terendah berbanding negeri lain di Malaysia yang mana kebanyakannya hampir mencecah 100 peratus.

Kementerian Kesihatan menetapkan julat kandungan florida dalam air 0.4 hingga 0.6 ppm. Malangnya, sejak 2006 sehingga kini, jumlah penduduk Kelantan yang menerima air terawat berflorida berkurangan.

Siri 4 dan terakhir Laporan Khas Utusan Malaysia berkaitan kualiti air di Kelantan oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA dan TERMIZI CHE ANUAR serta jurugambar, MOHD. NAIM AZIZ ini mengupas mengenai isu ini dan juga reaksi pihak-pihak berkaitan.

KUALA LUMPUR 22 Nov. – Hampir keseluruhan kanak-kanak di Kelantan yang berumur bawah enam tahun mengalami masalah pereputan gigi atau gigi berlubang akibat air di negeri itu tidak dibekalkan dengan kandungan fluorida yang mencukupi.

Laporan Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan menyebut, pada tahun 2007, 95.3 peratus kanak-kanak di negeri itu yang berumur di bawah enam tahun menghadapi masalah gigi berlubang. Pada tahun itu, penduduk mendapat air berfluorida adalah 18.1 peratus.

Bayangkan apa yang berlaku selepas ini. Ini kerana peratusan penduduk yang mendapat air berfluorida menurun hampir setiap tahun dan tahun lalu hanya hanya 14.1 peratus.

Berita lanjut, sila rujuk edisi cetakan Utusan Malaysia atau langgani e-Paper di http://ebrowse.bluehyppo.com/utusan/index.asp

Full content generated by Get Full RSS.

Pedalaman terus dibantu - Najib

Posted:

Pedalaman terus dibantu - Najib

Pedalaman terus dibantu - Najib


Najib Tun Razak (belakang, tengah) bersama Ahmad Zahid Hamidi memakai topi suku kaum Lun Bawang bersama para pemimpin masyarakat Be'kalalan dan Lawas di Seri Perdana, semalam. - bernama


PUTRAJAYA 22 Nov. - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan akan terus memberi perhatian kepada kawasan pedalaman yang sememangnya amat memerlukan bantuan.

Perdana Menteri berkata, langkah itu telah menjadi sebahagian daripada Program Transformasi Luar Bandar yang sedang diperjuangkan oleh kerajaan.

"Mudah-mudahan dengan ini, kita akan dapat menegakkan keadilan sosial dan pembangunan yang lebih inklusif, tidak kira kita di mana dalam pelosok negara, pembangunan dan pembelaan akan tetap dapat dirasai oleh rakyat.

"Wang bantuan RM100, para pelajar telah terima. Insya Allah, tidak lama lagi wang RM500 juga akan diterima bagi mereka yang berpendapatan RM3,000 ke bawah bagi seisi keluarga," katanya.

Najib berkata demikian pada majlis meraikan ketua-ketua kampung dan masyarakat Ba'kelalan dan Bario dari Sarawak yang mengunjungi beliau di Seri Perdana di sini, hari ini.

Turut hadir Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Zahid Ahmad Hamidi dan Anggota Parlimen kawasan Lawas, Datuk Henry Sum.

Rombongan yang diketuai Sum itu menemui Perdana Menteri bagi menyampaikan ucapan terima kasih dan penghargaan masyarakat kawasan Ba'kelalan dan Bario kepada kerajaan yang berjaya membina sebuah jalan baru yang telah lama dinantikan oleh masyarakat di kawasan berkenaan.

Najib berkata, beliau berasa bangga kerana projek untuk membina jalan di Ba'kelalan dan Bario telah dapat disiapkan menerusi program Jiwa Murni yang telah diubahsuai dan dikendalikan oleh Kementerian Pertahanan, yang bertujuan memberi kemudahan dan keselesaan kepada rakyat.

Katanya, projek itu merupakan satu konsep pembangunan baru yang belum pernah dibuat sebelum ini yang dapat disiapkan dengan cepat dan juga menjimatkan kos, apabila hanya menelan perbelanjaan sebanyak RM52 juta berbanding RM250 juta sebelum ini.

"Apa yang sangat menarik hati saya dan kerajaan bahawa projek ini jika digunakan pemikiran lama, ia masih perlu menunggu satu tempoh yang agak panjang kerana peruntukan yang diperlukan agak besar, tetapi boleh disiapkan dalam tempoh yang begitu cepat setelah kita mengambil keputusan tersebut.

"Salah satu daripada prinsip yang saya pegang bersama rakan-rakan dalam kerajaan, ialah apabila kita janji, kita tunaikan janji kita kepada rakyat," katanya.

Menerusi projek Jiwa Murni itu, pembinaan jalan disiapkan oleh Angkatan Tentera Malaysia yang diberi bekalan bahan dan peralatan dengan peruntukan disalurkan melalui Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan (ICU).

Beliau menambah, kesan daripada projek jalan raya di Ba"kelalan itu amat besar, antaranya ia dapat menjimatkan tempoh perjalanan dari Lawas ke Ba"kelalan dari tiga hari dua malam sebelum ini kepada tiga jam sahaja dan ini secara langsung dapat mengurangkan juga harga bahan makanan dan minuman serta barangan lain.

"Antaranya harga Coca Cola setin, jika dulu RM3, sekarang RM2, harga LPG setong, daripada RM60 kepada RM45. Harga simen telah berkurangan, tambang bas pun telah menurun.

"Dan ada lagi kebaikan, ada yang telah bina banglo dan banyak pelancong dari luar datang kerana sudah dibina jalan baru," katanya.

Perdana Menteri berharap langkah kerajaan itu akan dapat membuka era baru kepada kawasan Ba'kelalan dan Bario.

Sum pula berkata, masyarakat di Ba'kelalan dan Lawas berterima kasih kepada Perdana Menteri kerana kawasan itu yang sebelum ini sukar dihubungi akibat keadaan geografi, kini mengalami perubahan berikutan projek-projek pembangunan yang dibawa oleh kerajaan.

Beliau seterusnya meminta kerajaan agar meneruskan usaha membekalkan kemudahan asas lain seperti bekalan elektrik alternatif dan air ke semua kawasan yang belum mendapat kemudahan itu secepat mungkin.

Sum juga berharap supaya Perdana Menteri menimbang beberapa permohonan untuk kemudahan masyarakat di kawasan itu, antaranya membina Lapangan Terbang Lawas untuk menggantikan lapangan terbang sedia ada yang sering dilanda banjir, mewujudkan sekolah menengah di kawasan tanah tinggi Ba'Kelalan dan mewujudkan sekolah teknik di Lawas. — BERNAMA

Full content generated by Get Full RSS.

Sasar RM47b nilai dagangan dengan India 2015

Posted:

Sasar RM47b nilai dagangan dengan India 2015

Sasar RM47b nilai dagangan dengan India 2015

KUALA LUMPUR 22 Nov. - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Malaysia mempunyai keyakinan yang tinggi untuk mencapai nilai perdagangan berjumlah AS$15 bilion (RM47.25 bilion) dengan India menjelang 2015.

Malah, kata Perdana Menteri, sasaran itu tidak mustahil dicapai lebih awal menerusi Perjanjian Kerjasama Ekonomi Komprehensif Malaysia-India (CECA) yang dipersetujui kedua-dua negara serta fokus berterusan oleh kerajaan.

"'Sasaran itu juga berdasarkan kepada nilai perdagangan antara kedua-dua negara sepanjang sembilan bulan pertama tahun ini yang sudah mencecah AS$9.4 bilion (RM29.61 bilion).

"Ia merupakan peningkatan sebanyak 34.8 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu serta jauh lebih tinggi daripada nilai keseluruhan perdagangan antara kedua-dua negara pada 2010 iaitu sebanyak AS$7.1 bilion (RM22.37 bilion),'' katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis makan malam CECA anjuran Dewan Perniagaan Malaysia-India (MIBC) di sini, malam ini.

Menurut Najib, dari sudut kepentingan perdagangan juga, Malaysia dan India masing-masing berada dalam kelompok negara utama perdagangan antara kedua-dua negara.

Katanya, India ketika ini merupakan negara ke-12 terbesar sebagai rakan perdagangan kepada Malaysia dan negara kesembilan terbesar dari sudut destinasi eksport.

Malaysia pula kata beliau, berada dalam 20 negara rakan perdagangan utama, destinasi eksport dan sumber import bagi India.

"'Sudah semestinya lebih banyak lagi ruang dan peluang perdagangan yang boleh direbut antara kedua-dua negara,'' katanya.

Najib dalam ucapan itu juga memberi jaminan, kerjasama ekonomi yang erat antara Malaysia dan India akan turut membuka peluang kepada negara ekonomi baru dunia itu menembusi pasaran Asia Tenggara yang mana Malaysia merupakan antara negara dengan ekonomi yang mapan di rantau ini.

Katanya, ia mampu dicapai menerusi kewujudan CECA yang boleh bergerak seiringan dengan Perjanjian Perdagangan Bebas India-ASEAN (AIFTA).

"'Para pendokong dalam sektor perdagangan dan ekonomi kami boleh memainkan peranan dalam memastikan hubungan antara India dan ASEAN menjadi lebih mudah dan semakin dekat,'' katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved