Rabu, 23 November 2011

Utusan Online - Feminin


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Feminin


Beg tangan raih kepuasan

Posted:

Beg tangan raih kepuasan

Beg tangan raih kepuasan

Oleh NOOR FAZRINA KAMAL
Gambar ANYA HINDMARCH


Beg tangan Anya Hindmarch mampu memenuhi keperluan.


SEBUAH laman web saveme4later.com pernah mengadakan kaji selidik tentang barangan yang dikatakan membawa kegembiraan besar pada wanita.

Kajian tersebut telah dijalankan ke atas wanita Inggeris dan tidak mengejutkan apabila beg tangan menjadi pilihan utama. Tempat kedua jatuh kepada kasut dan ketiga baru pakaian.

Justeru, disebabkan itu jugalah beg tangan menjadi pilihan kebanyakan pereka fesyen kerana permintaannya yang tinggi.

Namun memilih beg tangan yang cantik sebenarnya adalah satu perkara yang cukup subjektif.

Ada wanita yang memandang kepada jenama. Ada pula yang tidak kisah asalkan beg tersebut menarik pada pandangan mata.

Tetapi sudah pasti yang berjenama mempunyai nilai kualiti dan kepuasan pemakaian yang tinggi.

Tetapi untuk mencari beg tangan yang bukan saja cantik dipakai malah menjadi pelengkap kepada keperluan seharian bukannya mudah.

Apatah lagi jika beg tangan tersebut boleh dibawa ke apa jua majlis sama ada formal atau santai dek kerana kesuntukan masa untuk mengubah isi kandungannya dari satu beg ke satu beg.

Himpunan rekaan terkini beg tangan Anya Hindmarch yang diperkenalkan baru-baru ini memang kelihatan mampu memenuhi keperluan itu selain tampak elegan dan menarik.

Tampil dengan rona klasik seperti hitam, coklat, merah jambu dan putih rekaan ini pastinya menjadi pilihan wanita yang ingin tampil anggun dalam semua acara.

Istimewanya beg Anya Hindmarch terdapat dalam pelbagai ukuran sama ada berbentuk comel dan kecil, berukuran sederhana atau selesa dengan jenis tote.

Bagi wanita yang inginkan gaya ringkas pastinya boleh memilih beg tangan saiz kecil boleh pegang (clutch) yang sesuai untuk wanita ingin tampil bergaya dalam acara koktel.

Manakala beg tangan sederhana sesuai untuk acara kasual sama ada ke tempat kerja atau memenuhi undangan majlis makan malam.

Beg tote pula nampak elegan dan santai memenuhi selera wanita yang ingin menghadiri majlis minum petang atau keluar membeli-belah bersama rakan. Menariknya selain berukuran besar coraknya unik kerana menggunakan gambar-gambar yang dicetak pada beg.

Bagi wanita yang ingin mengubah gaya atau mahukan sesuatu lebih elegan dan versatil boleh mendapatkan koleksi terkini Anya Hindmarch yang sudah ada di pasaran atau mengunjungi butik Anya Hindmarch di KLCC.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved