Rabu, 23 November 2011

Utusan Online - Selatan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


KUIM raih enam emas sukan IPTIM

Posted:

KUIM raih enam emas sukan IPTIM

KUIM raih enam emas sukan IPTIM


Dr. Baharudin Puteh (tengah) bersama sebahagian atlet KUIM yang menyertai sukan Institut Pengajian Tinggi Islam Melaka di Petaling Jaya, baru-baru ini.


MELAKA 22 Nov. - Atlet Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) beraksi cemerlang apabila meraih enam emas dalam temasya sukan Institut Pengajian Tinggi Islam Melaka (IPTIM) yang berlangsung di Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Petaling Jaya baru-baru ini.

KUIM memenangi lima pingat emas daripada 10 acara trek yang dipertandingkan iaitu 100 meter dan 200 meter wanita, 4x100 meter wanita, 4x400 meter wanita serta 400 meter lelaki.

Selain emas, KUIM turut meraih pingat perak dalam acara 4x100 meter lelaki dan 1,500 meter lelaki di samping pingat gangsa dalam acara 200 meter wanita, 800 meter wanita dan 4x400 meter wanita.

Kejayaan para atlet cemerlang diraikan dalam satu majlis makan malam yang turut dihadiri Naib Canselor KUIM, Prof. Emeritus Datuk Dr. Mohd Yusoff Hashim, Timbalan Naib Canselor Dr. Baharudin Puteh bersama tokoh akademik institusi pengajian tinggi terbabit.

Antara pasukan yang bertanding ialah UIAM, Kolej Islam Darul Ehsan (KISDAR), Kolej Universiti Teknologi Islam (Kolej UNITI), Institut Pengajian Tinggi Islam Perlis (IPTIP), Institut Agama Islam Negeri Kedah (Insaniah), Kolej Islam Darul Redzuan (KIDR), Institut Pengajian Tinggi Islam Johor (IPTIJ) dan Pusat Matrikulasi UIAM.

Penerima pingat emas bagi kategori 100 meter (wanita), Nur Farahiyah Baziz berkata, kemenangan yang diraihnya menjadi pemangkin untuk terus berusaha dan berjaya dalam bidang olahraga.

Selain acara balapan, turut menyumbang pingat emas ialah sukan futsal yang menyaksikan pasukan wanita KUIM muncul juara.

Ketua kontinjen pasukan futsal KUIM, Mohd. Hady Mazalan berkata, kejayaan membanggakan itu hasil usaha keras pemain yang menjalani latihan setiap petang.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada atlet, kakitangan dan pihak pengurusan tertinggi KUIM serta semua yang terbabit dalam membantu pasukan KUIM sehingga mendapat tempat kedua keseluruhan kejohanan IPTIM 2011," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

1,600 pendaftaran pelajar baru

Posted:

1,600 pendaftaran pelajar baru

1,600 pendaftaran pelajar baru

Oleh AMRAN MULUP
utusanmelaka@utusan.com.my


IBU bapa menghantar anak-anak mendaftar sebagai pelajar baru untuk mengikuti Program Diploma di UiTM Kampus Alor Gajah, Melaka, baru-baru ini.


ALOR GAJAH 22 Nov. - Universiti Teknologi Mara (UiTM) Melaka muncul cawangan yang mencatat kemasukan penuntut baru paling ramai apabila 1,600 orang mendaftar untuk kemasukan sesi 2011/2012 minggu lalu.

Rektornya, Prof. Madya Datuk Dr. Mizan Hitam berkata, jumlah tersebut adalah yang tertinggi berbanding cawangan-cawangan UiTM lain di seluruh negara yang turut menerima kemasukan penuntut baru.

Menurutnya, kemasukan penuntut baru di cawangan tersebut sepatutnya 1,200 orang, tetapi atas permintaan ia dibuka kepada tambahan 400 lagi penuntut.

"Ini adalah penghargaan tertinggi buat UiTM Cawangan Melaka kerana permintaan tinggi selain kita mampu menampung penuntut baru yang meningkat tahun ini.

"Ia memberi gambaran betapa UiTM yang teras kewujudannya sebagai institusi pendidikan awam bagi membangunkan anak bangsa kini berada pada tahap unggul," katanya ketika dihubungi di sini.

Menurutnya, daripada jumlah tersebut sebanyak 90 peratus penuntut baru itu adalah di bawah program Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB).

Mizan berkata, mereka yang mengikuti MDAB diserap masuk ke dalam pelbagai program yang ditawarkan universiti itu.

Dari segi penginapan pula katanya, kesemua penuntut baru itu ditawarkan tempat tinggal di beberapa kolej kediaman di kampus itu.

Beliau berkata, jumlah penuntut yang mengikuti 15 pengajian di peringkat diploma adalah seramai 9,000 orang.

Menurutnya, UiTM cawangan Melaka menawarkan 15 program diploma antaranya Diploma Pengurusan Perniagaan, Perakaunan, Pentadbiran Awam, Seni Lukis dan Seni Reka, Pelancongan dan Komunikasi Pengajian Media.

Full content generated by Get Full RSS.

35 penuntut USIM sertai bengkel penyiaran media

Posted:

35 penuntut USIM sertai bengkel penyiaran media

35 penuntut USIM sertai bengkel penyiaran media

SEREMBAN 22 Nov. - Seramai 35 penuntut Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menerima pendedahan dalam bidang penulisan media cetak dan elektronik menerusi penganjuran Bengkel Penyiaran Media Lanjutan 2011 yang diadakan di kampus universiti berkenaan, di Nilai, dekat sini baru-baru ini.

Bengkel dua hari anjuran Unit Kebudayaan Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) Usim itu turut mendapat kerjasama Utusan Malaysia dan TV3.

Ketua BHEP USIM, Nasrul Hakim Ahmad berkata, pelaksanaan program tersebut berupaya melatih, mengasah bakat selain mengilap potensi peserta ke arah menghasilkan hasil penulisan berkualiti agar dapat disalurkan kepada media cetak mahupun elektronik.

''Langkah progresif ini secara tidak langsung membantu BHEP menyiarkan laporan atau berita berhubung sebarang promosi atau aktiviti menarik mahasiswa yang berlangsung di dalam dan luar kampus.

''Kita memerlukan promosi dan publisiti meluas dalam usaha membina imej yang sihat dan baik bagi universiti khususnya membabitkan penuntut," katanya di sini baru-baru ini.

Jelasnya, penganjuran bengkel tersebut juga seiring dengan hasrat universiti bagi memberi peluang kepada penuntut menceburi bidang luar sekali gus menjadi nilai tambah terhadap pembelajaran sedia ada.

''Antara pengisian yang diketengahkan sepanjang bengkel ini berlangsung adalah slot penyiaran media elektronik termasuk teknik wawancara, penulisan berita dan rencana dan juga pengurusan media.

''Melalui slot Latihan Dalam Kumpulan (LDK) pula, para peserta ditugaskan membuat tugasan kerja lapangan. Para peserta diberi tempoh masa tertentu untuk membuat liputan berita di luar kawasan kampus sebelum sesi pembentangan kerja kumpulan diadakan," ujarnya.

Sementara itu, menurut Pegawai Kebudayaan USIM, Ismail Ahmed, 20 peserta bengkel tersebut akan terpilih menyertai kumpulan Ejen Berita USIM.

''Mereka ini berperanan untuk menyediakan bahan penulisan, melengkapkan peralatan perhubungan media termasuk menyelaras bahan siaran bagi media cetak atau media elektronik," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved