Sabtu, 27 Ogos 2011

Utusan Online - Keluarga


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Fahry anugerah teristimewa

Posted:

Fahry anugerah teristimewa

Fahry anugerah teristimewa

Oleh BINTU RASYADA A. RAHMAN
bintu.rahman@utusan.com.my
Foto Koleksi Siti Nurazlina


SITI nurazlina dan suami tidak pernah membezakan layanan antara fahry dan anak-anak yang lain.


MELIHAT anak kecil ini bermain, pasti siapa pun tidak menyangka bahawa dia dilahirkan dengan keadaan yang cukup istimewa.

Dia pantas berlari ke sana sini, melompat, memanjat, terjatuh dan bangun semula. Itulah warna-warni kehidupan seharian Fahry Al-Hazim, yang berusia hampir tiga tahun ini.

Bagi ibunya, Siti Nurazlina Noh, 29, Fahry adalah anugerah teristimewa pernah dimilikinya. Tidak pernah rasa kesal atau terbeban dengan kelahiran anak keduanya itu, dia dan suami, Zainul Anuar reda dengan takdir yang ditentukan Ilahi.

"Fahry dilahirkan tidak cukup bulan iaitu pada usia 28 minggu. Ketika itu saya berkerja di Miri dan sering berulang-alik ke Kuala Lumpur bertemu suami dan anak sulung. Mungkin kerana kesibukan kerja menyebabkan Fahry dilahirkan tidak cukup bulan," kata ibu muda tabah itu.

Menurutnya, dia tidak mengalami sebarang komplikasi ketika mengandung malah doktor juga mengesahkan janin yang dikandungkannya sihat dan membesar sempurna.

Namun kuasa Tuhan siapa yang mampu menghalang. Ketika kali pertama diberitahu anak yang dilahirkan tidak normal, Siti Nurazlina seakan sukar mempercayai. Hanya Allah yang tahu perasaan sedih ketika itu. Walaubagaimanapun, tatkala terpandang wajah comel Fahry, hati Siti Nurazlina terus terpikat. Pada pandangannya, anak kecil itu sempurna sifat dan di saat itu dia bertekad ingin melihat Fahry membesar seperti juga abangnya, Hafiy Al-Fateh.

Luar biasa

Menurut doktor, Fahry mengalami sindrom bebenang amniotik (ABS) di mana kaki kanannya tidak dapat membentuk sempurna menyebabkan terdapat lebihan daging terkulai sehingga menampakkan bahagian tulang. Selain itu anak kecil itu juga mengalami masalah pada bahagian jari kirinya yang tidak terbentuk sempurna.

"Ketika dilahirkan, beratnya cuma 1.2 kilogram. Memang terlalu kecil, namun saya dapat lihat kekuatan anak kecil ini luar biasa sekali. Setiap hari berat badannya bertambah dan dia menunjukkan perkembangan positif hingga menyebabkan dia boleh pulang awal ke rumah," katanya.

Pada mulanya kata Siti Nurazlina, doktor ingin melakukan pembedahan bagi membuang lebihan daging pada kaki Fahry namun ditangguhkan kerana dia terlalu kecil. Namun dengan takdir-Nya, kaki itu tertanggal sendiri.

Sejak itu, Siti Nurazlina dan suami tidak berputus asa membesarkan Fahry sama seperti abang sulungnya yang berusia lima tahun.

Menurutnya, Fahry dilayan sama rata dan mereka tidak memberi perhatian yang berlebihan kepada anak itu. Malah Fahry lebih berdikari, aktif dan lasak jika dibandingkan dengan abangnya. Pada usia enam bulan dia sudah boleh duduk walaupun kadangkala sukar mengimbangi tubuhnya. Malah pada usia lapan bulan dia mampu merangkak.

Bagi membantu pergerakan anak kecil itu, mereka menempah kaki palsu khas Fahri ketika dia berusia sembilan bulan. Sejak itu, pergerakan Fahry semakin laju dan tidak hairan ada yang tidak sedar anak comel itu sebenarnya seorang anak istimewa.

Fahry, kata Siti Nurazlina menjadi semakin matang dengan kelahiran adiknya, Danny Al-Firash lima bulan lalu. Guru-guru di taska turut mengakui Fahry mendahului rakan-rakan seusianya dalam banyak hal.

Walaupun sering terlintas di fikiran dengan nasib anak itu bila dewasa kelak, namun Siti Nurazlina dan suami tetap yakin dengan kemampuan Fahry yang selama ini langsung tidak pernah menimbulkan sebarang masalah.

"Sekurang-kurangnya dengan kelahiran Fahry, kami dapat merasa bagaimana membesarkan anak istimewa. Apalah sangat yang dialami oleh anak ini jika dibandingkan dengan mereka yang diuji lebih teruk lagi, ini menambahkan lagi ketakwaan kami kepada Allah SWT," katanya.

Dengan kelahiran anak comel itu juga katanya memberi semangat kepada insan lain yang sering merasa rendah diri walaupun mereka dilahirkan sempurna sifat.

"Ada kawan-kawan saya yang rasa risau bila anak mereka lambat berjalan atau bercakap. Tapi bila mereka lihat Fahry yang dilahirkan istimewa namun mampu melakukan apa yang orang lain lakukan, mereka terus rasa bersyukur," katanya sambil tersenyum.

Selain itu kata Siti Nurazlina, kelahiran Fahry juga menjadikan dia dan suami lebih berusaha mencari rezeki lagi bagi menampung keperluan perubatan anak comel itu.

Kulit berseri di Aidilfitri

Posted:

Kulit berseri di Aidilfitri

Kulit berseri di Aidilfitri

Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH
adawiyah.koh@utusan.com.my


Norazira Mohd. Noor menunjukkan produk Liveus.


BERCERITA mengenai Hari Raya Aidilfitri cukup menghiburkan. Banyak yang mahu diceritakan dan semua kenangan mudah diimbas kembali. Bagi Norazira Mohd. Noor dan Azlina Alias mempunyai cerita sendiri di hari raya.

Jika orang lain sibuk memilih pakaian dan aksesori baru, kedua mereka takut wajah menjadi kusam, berat badan semakin bertambah dan badan semakin lesu.

Justeru itu, sejak awal Ramadan lagi, mereka sudah mencuba kolagen formula dari Jepun, Liveus.

Seperti kolagen-kolagen yang ada di pasaran, ia merupakan komponen utama dan tisu yang paling penting dalam kehidupan, Asid amino dalam kolagen membaik pulih tidur setiap hari dan berkesan untuk kulit yang kuat dan tegang, mengurangkan kedutan, menguatkan saluran darah dan membantu kornea mata supaya mata bersinar dan bercahaya.

Keistimewaan Liveus mengandungi fasa dua yang membantu mengurangkan berat badan tanpa perlu mengamalkan diet keterlaluan,

Fasa dua ini tidak menghalang pengambilan nasi, roti, mee dan lain-lain.

Tidak ketinggalan Liveus turut mengandungi makanan tambahan, L-Carnitine. Ia menukarkan asid lemak kepada tenaga dan dibakar untuk tenaga yang diperlukan oleh tubuh badan.

Apabila kita kekurangan L-Carnitine, asid lemak bertukar menjadi sel dan kemudiannya kepada toksik. Badan akan merasa kekurangan tenaga, lemah, sakit otot, perjalanan darah menjadi kurang lancar dan obesiti.

Jadi dengan pengambilan makanan tambahan ini, ia mampu membuatkan kulit menjadi anjal serta membentuk tubuh badan yang menarik.

"Selepas mencuba kolagen , saya berasa yakin pada diri sendiri. Tanpa kesan sampingan berpanjangan, ia membantu saya mendapatkan bentuk badan seperti yang diidamkan wanita lain. Malah, orang-orang sekeliling saya kini telah memuji perubahan yang saya alami," ujar Azlina Alias.

Bagi Norazira pula, kesihatan dan kecantikan tidak boleh dipisahkan di mana untuk nampak cantik, seseorang itu harus sihat. Tambahnya, ada pendapat apabila seseorang wanita sudah berkahwin kecantikannya turut luntur.

Sebaliknya, seseorang itu mesti yakin bahawa dirinya cantik kerana dia saja sahaja yang tahu di mana letak nilai kecantikannya.

Sebab itulah, dia mengambil keputusan mengambil suplemen pada umur yang masih muda. Sebagai stokis Liveus, dia tidak ketinggalan mencuba kolagen tersebut.

Norazira boleh dihubungi di talian 016-2564948/013-3253934 dan 010-6335859.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved