Isnin, 12 September 2011

Utusan Online - Muka Hadapan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Muka Hadapan


Jangan cuba ubah sejarah negara

Posted:

Jangan cuba ubah sejarah negara

Jangan cuba ubah sejarah negara

Oleh ZABRY MOHAMAD, ABDUL MUIN SAPIDIN dan ROKIAH ABDULLAH
utusanpulaupinang@utusan.com.my


NOR Asmah Othman (kanan) melayan Najib Tun Razak semasa menerima kunjungan pemimpin nombor satu negara itu di rumahnya sebelum menghadiri Majlis Rumah Terbuka Malaysia Aidilfitri-Merdeka di Guar Perahu, Bukit Mertajam, Pulau Pinang, semalam. - UTusan/Sazali Che Din


BUKIT MERTAJAM 11 Sept. - Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan semua pihak supaya tidak sesekali cuba mengubah fakta sejarah dengan mengagung-agungkan kezaliman pengganas komunis pada era zaman darurat.

Perdana Menteri berkata, rakyat pada era tersebut bangkit menentang perjuangan komunis yang cuba menguasai negara dengan ideologi yang tidak boleh diterima termasuk antiagama dan antituhan, malah, sanggup melakukan pembunuhan kejam.

Beliau menegaskan, komunis pada zaman tersebut tidak boleh disamakan dengan negara komunis masa kini kerana kedua-duanya berbeza dari segi ideologi perjuangan.

"Komunis zaman dahulu dan komunis zaman sekarang tidak sama. Komunis zaman darurat tidak memberi hak kebebasan kepada kita, mereka antiagama dan antituhan. Mereka zalim dan membunuh orang dengan kejam.

"Sebab itulah jangan sesiapa yang hendak mengubah sejarah negara kita, jangan ada sesiapa cuba mengagungkan orang yang sebenarnya kejam dan mengkhianati bumi bertuah ini," katanya ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Malaysia Aidilfitri-Merdeka di Sekolah Menengah Kebangsaan Guar Perahu di sini hari ini.

Perdana Menteri berkata, komunis zaman dahulu tidak memberi kebebasan kepada rakyat termasuk menghalang pemilikan kekayaan peribadi.

Malah, kata beliau, perjuangan komunis pada zaman tersebut juga tidak akan memberi demokrasi yang membolehkan rakyat berbilang kaum di negara ini mengecapi keamanan dan keharmonian seperti hari ini.

Najib menarik perhatian, kerajaan mempunyai hubungan baik dengan negara komunis yang ada pada hari ini kerana sudah meninggalkan ideologi lama mereka.

"Mereka (negara komunis) berbuat baik kepada kita (maka) kita juga buat baik dengan mereka. Mereka hormati negara kita dan kita juga hormati negara mereka. Perjuangan mereka tidak sama seperti komunis zaman dahulu," jelasnya.

Beliau turut mengajak rakyat supaya menghargai kebijaksanaan pemimpin terdahulu yang mewujudkan pemuafakatan antara kaum dan memilih jalan rundingan bagi mencapai kemerdekaan daripada penjajah.

Menurutnya, proses rundingan ketika itu tidak bermakna pemimpin negara sehaluan dengan penjajah sebaliknya, ia adalah jalan penyelesaian terbaik sehingga membolehkan rakyat mentadbir sendiri negara ini.

"Kita telah tunjuk kepada British, kita semua berdiri atas satu tekad, punyai satu niat serta tujuan kerana kita tidak rela negara dijajah lagi pada masa itu. Kuasa besar dunia akhirnya tunduk dan beri kemerdekaan kepada negara," katanya.

Negeri pembangkang tidak dipinggir - Najib

Posted:

Negeri pembangkang tidak dipinggir - Najib

Negeri pembangkang tidak dipinggir - Najib

BUKIT MERTAJAM 11 Sept. - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan komited untuk memastikan proses pembangunan negara dilakukan secara adil dan saksama, tanpa meminggirkan negeri yang dikuasai pakatan pembangkang.

Perdana Menteri berkata, komitmen itu adalah selaras dengan prinsip kerajaan Barisan Nasional (BN) yang sentiasa menghormati suara rakyat dan tidak akan meminggirkan mana-mana negeri atas faktor perbezaan politik.

Sehubungan itu, beliau mengulangi komitmen untuk memastikan rakyat Pulau Pinang yang kini diterajui pembangkang terus mengecapi kemajuan dan kemakmuran ekonomi.

''Kita mungkin mempunyai perbezaan politik tetapi dari segi kepentingan rakyat Pulau Pinang, kita akan teruskan (pembangunan) tanpa dipengaruhi fahaman politik.

''Lapangan terbang sedang kita bangunkan, Jambatan Kedua Pulau Pinang juga sedang kita bina dan pembinaan Empangan Mengkuang juga insya-Allah akan menjadi kenyataan. Semua ini hasil usaha kerajaan Pusat dan kita akan teruskan," katanya.

Beliau berucap pada Majlis Rumah Terbuka Malaysia Aidilfitri-Merdeka di Sekolah Menengah Kebangsaan Guar Perahu yang turut dihadiri Ketua Menteri, Lim Guan Eng serta barisan Exco kerajaan negeri di sini hari ini.

Najib berkata, banyak kejayaan yang dikecapi di Pulau Pinang adalah hasil usaha kerajaan Pusat yang sentiasa mahu memastikan ekonomi negeri itu terus berkembang.

''Kita mahu kemajuan ini dilaksanakan secara adil, di mana kerajaan negeri boleh sokong, maka kerajaan Pusat akan hargai. Inilah komitmen kita untuk sentiasa mendengar suara rakyat," jelasnya.

Islam perlu kuasai media antarabangsa - Mahathir

Posted:

Islam perlu kuasai media antarabangsa - Mahathir

Islam perlu kuasai media antarabangsa - Mahathir


TUANKU Abdul Halim Mu'adzam Shah (dua dari kiri) bertanya kepada arkitek, Datuk Syed Tajul Arif Syed Baharoon (kiri) semasa melihat model Dewan Centennial KSAH di Alor Setar, semalam, manakala Presiden Persatuan Bekas Pelajar Kolej Sultan Abdul Hamid (Sahoca), Datuk Syed Unan Mashri (tengah) memberi penerangan kepada Dr. Mahathir Mohamad serta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Chor Chee Heung (kanan).


ALOR SETAR 11 Sept. - Pemimpin negara Islam perlu menguasai media antarabangsa untuk mengubah persepsi negatif terhadap imej Islam yang agak tergugat selepas peristiwa serangan 11 September 2001 ke atas Pusat Dagangan Dunia (WTC) di New York, Amerika Syarikat (AS).

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, pemimpin Islam pada masa ini lemah kerana negara Barat atau kuasa-kuasa besar menguasai media antarabangsa sehingga menyukarkan usaha memberi pemahaman mengenai Islam.

"Dengan keadaan itu, pandangan daripada sudut orang Islam tak dapat didengar atau dibaca oleh pihak lain.

"Al-Jazeera walaupun ia dimiliki orang Arab, tetapi pemberitanya terdiri daripada orang lain," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis pecah tanah projek pembinaan Dewan Centennial, Kolej Sultan Abdul Hamid (KSAH) yang disempurnakan oleh Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di kolej berkenaan di sini hari ini.

Ditanya apakah Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan Liga Arab sudah hilang taring dalam memperjuangkan kepentingan umat Islam, Dr. Mahathir berkata, kedua-dua organisasi itu perlu lebih berani bersuara dan bertindak.

"OIC dan Liga Arab tak pernah ada taring, macam mana nak hilang (taring)," ujar beliau.

Mengenai tindakan AS melabel umat Islam sebagai pengganas sejak tragedi serangan ke atas WTC sedekad lalu, bekas Perdana Menteri itu berkata, ia tidak sepatutnya dilakukan oleh negara yang menggangap diri mereka sebagai demokratik.

Kata beliau, negara berkenaan yang melakukan diskriminasi apabila menuduh pengganas Islam terlibat dalam serangan tersebut.

Dr. Mahathir turut mengulangi pendirian bahawa beliau tidak yakin serangan berkenaan dilakukan oleh pengganas Islam seperti yang didakwa.

"Wujud sedikit keraguan, ramai orang Amerika Syarikat sendiri melakukan siasatan yang mereka fikir ia bukan dilakukan oleh pengganas Islam. Ia dilakukan sebagai alasan terakhir untuk menyerang Iraq," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved