Isnin, 12 September 2011

Utusan Online - Utara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


Kawasan rendah mula dinaiki air

Posted:

Kawasan rendah mula dinaiki air

Kawasan rendah mula dinaiki air

Oleh MARZITA ABDULLAH
utusanperlis@utusan.com.my


Jiran-jiran cuba membantu mangsa yang kehilangan atap zink rumah akibat ribut dalam kejadian hujan lebat di Kampung Sungai Kedak, Matsirat Langkawi, semalam.
- Bernama


KANGAR 11 Sept. - Beberapa kawasan rendah di negeri ini mula dinaiki air berikutan hujan lebat yang berterusan sejak pagi semalam.

Kebanyakan kawasan yang terlibat ialah di daerah Padang Besar iaitu di Titi Tinggi Hilir, Wang Kelian, Batu 16 dekat Kaki Bukit dan Kampung Sahabat selain jalan utama di Beseri berdekatan Balai Baru.

Di Kangar, kawasan berhampiran Kampung Kota, Bintong turut dinaiki air, bagaimanapun paras air tidak membimbangkan.

Hujan lebat dan ribut juga melanda Pulau Langkawi di Kedah.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Perlis, Ir. Nishad Mohamed Mohd. Shaffy berkata, sebanyak empat pintu air di Empangan Timah Tasoh, Padang Besar telah dibuka berikutan keadaan cuaca yang tidak menentu sekarang.

"Dua pintu air telah dibuka semalam manakala dua pintu lagi dibuka pagi ini berikutan hujan yang semakin lebat," katanya ketika dihubungi di sini.

Menurut beliau, pada masa ini paras air di empangan tersebut berada pada tahap normal iaitu 29.16 meter manakala paras bahaya ialah pada 29.6 meter.

"Beberapa stesen hujan juga mencatat bacaan hujan yang tinggi iaitu di Wang Kelian sebanyak 148 milimeter (mm) dan 117 mm di Kaki Bukit," katanya.

Katanya, laporan yang diterima daripada Jabatan Meteorologi menyebut, hujan lebat akan berterusan di negeri ini sehingga pagi esok.

Sementara itu, sebanyak tujuh keluarga di Kampung Titi Tinggi, Padang Besar dipindahkan berikutan rumah masing-masing mula dinaiki air petang ini.

Menurut jurucakap bilik gerakan banjir Jabatan Kemajuan Masyarakat (JKM) negeri, kesemua mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara di Dewan Titi Tinggi Hilir.

Beliau berkata, bilik gerakan banjir kini dibuka di bangunan Dewan Undang Negeri (DUN).

MCA bidas pembangkang

Posted:

MCA bidas pembangkang

MCA bidas pembangkang

ALOR SETAR 11 Sept. - MCA negeri membidas tindakan pembangkang yang menjaja isu kononnya Kerajaan Pusat tidak membantu membina bangunan kelas baru sebuah sekolah jenis kebangsaan di sini yang menyebabkan beberapa guru sekolah itu menubuhkan tabung bagi mencari dana sendiri.

Ahli Parlimen Alor Setar, Datuk Chor Chee Heung berkata, dakwaan itu adalah tidak tepat kerana rekod membuktikan kerajaan sebelum ini telah beberapa kali mengeluarkan peruntukan membina bangunan baru di sekolah berkenaan.

"Dalam proses mencari dana itu, timbul dakwaan mengatakan MCA dan kerajaan tidak membantu langsung dan selepas itu pihak pembangkang mengambil kesempatan untuk bercakap mengenainya.

"Saya ingin memperbetulkan semula keadaan dan meminta pembangkang jika tidak tahu dan memahami selok belok sekolah berkenaan, jangan ambil kesempatan," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian bantuan khas kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) di kawasan Bakar Bata dan Kota Darul Aman di sini semalam.

Chee Heung yang juga Naib Presiden MCA berkata, pada 2002, kerajaan membelanjakan sebanyak RM1.8 juta untuk membina 16 bangunan tambahan bagi dijadikan kelas baru dan bangunan pengurusan.

Berikutan pembinaan itu, katanya, bangunan lama yang rosak akibat dimakan anai-anai perlu diruntuhkan untuk aspek keselamatan tetapi pihak sekolah tidak berbuat demikian.

Beliau yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata, kerajaan juga meluluskan peruntukan RM500,000 untuk membina empat kelas pasang siap di situ pada 2008.

''Saya nak orang ramai tahu bahawa kerajaan pernah memberi peruntukan mencukupi kepada sekolah ini. Dakwaan yang mengatakan kerajaan tidak membantu langsung adalah tidak tepat," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved