Isnin, 12 September 2011

Utusan Online - Dalam Negeri


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Veteran perang British turut raikan Hari Kemerdekaan

Posted:

Veteran perang British turut raikan Hari Kemerdekaan

Veteran perang British turut raikan Hari Kemerdekaan


MUHYIDDIN Yassin berbual dengan veteran tentera British di Malaysia, Grahame Bamford selepas merasmikan Karnival Merdeka 2011 di Tun Abdul Razak Research Centre, London, semalam. Turut hadir isterinya, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman (tiga dari kiri) dan Zakaria Sulong (kiri). - Bernama


LONDON 11 Sept. - Sambutan Karnival Merdeka 2011 di sini berlangsung dengan cukup bermakna apabila sekumpulan veteran perang daripada tentera British yang berada di Malaysia pada sekitar tahun 1960-an, turut memakai seragam dan beret hijau, datang ke lokasi sambutan seawal pagi untuk meraikan Hari Kemerdekaan di sini.

Sebahagian yang berkerusi roda atau bertongkat, ditemani keluarga, anak dan cucu masing-masing, ketika ditemui mahu kembali mengunjungi Malaysia untuk melihat pembangunan atau bertemu rakan-rakan lama yang masih segar dalam ingatan masing-masing.

Malah, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika berucap pada majlis perasmian turut menjemput kumpulan veteran itu datang ke Malaysia untuk melihat pembangunan yang pesat di sana sejak Malaysia mencapai kemerdekaan.

''Penting bagi kita mengingati dan memberi kesegaran baru pada majlis sambutan ini, pada masa-masa yang akan datang,' katanya ketika berucap merasmikan Karnival Merdeka 2011 di Tun Abdul Razak Research Centre (TARRC), Brickendonbury, di sini.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berada di London untuk lawatan kerja empat hari ke United Kingdom, bermula Khamis lalu.

Beliau ditemani isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman.

Turut hadir pada majlis itu, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke United Kingdom, Datuk Zakaria Sulong; Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Datuk Dr. Ong Hong Peng dan Ketua Pegawai Eksekutif TARRC, Dr. Kamarudin Malek dan Lord Lieutenant of Hertfordshire, Kolonel Kevin Fitzgerald.

Selain penuntut dan komuniti Malaysia di United Kingdom, sekumpulan veteran tentera British turut hadir meraikan sambutan Hari Kemerdekaan negara yang ke-54.

Ketika ditemui, Fitzgerald melahirkan rasa kagumnya dengan pembangunan pesat yang berlaku di Malaysia dan beberapa terminologi yang dilabel kepada Malaysia seperti negara dunia ketiga, dimansuhkan terus kerana sudah tidak sesuai.

Sewaktu berkunjung ke Malaysia baru-baru ini, beliau melihat sendiri perubahan tersebut yang sangat berbeza dengan Tanah Melayu yang dilihatnya pada suatu ketika dahulu.

Sementara itu, Muhyiddin Yassin dalam ucapannya sekali lagi menekankan tentang pendekatan wasatiyyah yang menitikberatkan kesederhanaan dalam hubungan antara kaum dan agama yang telah diterapkan selama ini di Malaysia.

''Pendekatan itu banyak membantu meletakkan Malaysia dan rakyatnya di landasan yang betul dalam mengekalkan keamanan dan mencapai status negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020," katanya.

Katanya, dengan adanya majlis seperti itu, warga Malaysia boleh mempamerkan kepada dunia betapa rakyat Malaysia yang berbilang agama dan kaum boleh hidup aman damai serta saling hormat-menghormati.

Karnival Merdeka 2011 berlangsung dengan meriah, melalui penyertaan beberapa korporat Malaysia seperti Proton, Universiti LimKokWing, syarikat pembuat kari berjenama Baba's serta gerai makanan yang menjual makanan seperti sate, nasi dagang, ketupat, cendol, air batu campur, rendang dan pelbagai lauk-pauk dan kuih-muih selera Malaysia. - UTUSAN

Berakhir Ramadan, anak yatim dilupakan?

Posted:

Berakhir Ramadan, anak yatim dilupakan?

Berakhir Ramadan, anak yatim dilupakan?


Haris Abd. Wahab



BULAN Ramadan dianggap sebagai bulan rezeki bagi anak-anak yatim kerana sepanjang bulan mulia ini jugalah banyak badan korporat mahupun agensi kerajaan meraikan dan menghulur sumbangan kepada mereka.

Malah, sudah termaktub di dalam al-Quran, umat Islam digalakkan bersedekah sempena Ramadan khususnya kepada anak-anak yatim kerana pahalanya yang berlipat kali ganda. Namun, yang menjadi persoalannya ialah apakah pula nasib mereka setelah Ramadan melabuhkan tirainya?

Hakikatnya, anak-anak yatim adalah golongan yang perlu dibantu dan dilindungi sepanjang masa. Malangnya sumbangan kewangan serta makanan kepada mereka pada bulan-bulan lain ada ketikanya tidak mampu meneruskan kelangsungan hidup golongan itu.

Wartawan Meja Khas Utusan Malaysia, NORAZRIN MARZUKI dan jurugambar, ZAINI HUSIN meninjau sejauh mana budaya menderma di kalangan rakyat Malaysia di bulan Ramadan mampu membantu meneruskan kehidupan golongan kurang bernasib baik tersebut.

Berita lanjut, sila rujuk edisi cetakan Utusan Malaysia atau langgani e-Paper di http://ebrowse.bluehyppo.com/utusan/index.asp

25,000 meriahkan Rumah Terbuka Malaysia

Posted:

25,000 meriahkan Rumah Terbuka Malaysia

25,000 meriahkan Rumah Terbuka Malaysia


NAJIB Tun Razak bersama Rais Yatim di sambut oleh ribuan penduduk setempat setibanya ke Majlis Rumah Terbuka Malaysia Aidilfitri-Merdeka di Padang Guar Perahu, Bukit Mertajam, Pulau Pinang, semalam.


BUKIT MERTAJAM 11 Sept. - Hujan sejak awal pagi ternyata tidak menghalang 25,000 orang mengunjungi Majlis Rumah Terbuka Malaysia Aidilfitri-Merdeka yang berlangsung di padang Sekolah Menengah Kebangsaan Guar Perahu, Kubang Semang di sini hari ini.

Kesukaran untuk meletakkan kenderaan sehingga terpaksa berjalan kaki sejauh tiga kilometer juga bukan rintangan buat mereka yang hadir sejak pukul 8 pagi lagi untuk menemui Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ketibaan Perdana Menteri di pekarangan sekolah berkenaan pada pukul 11.30 pagi dengan menaiki teksi disambut sorakan penduduk setempat yang beratur dari pintu masuk dan paluan gendang pelbagai kaum serta kibaran bendera daripada ratusan pelajar.

Ini menyebabkan Najib terpaksa mengambil masa hampir setengah jam untuk sampai ke pentas utama.

Pelbagai juadah disajikan kepada orang ramai pada majlis itu termasuk nasi beriani, ketupat palas, lemang, sate dan laksa utara di samping pelbagai jenis kuih tradisional seperti baulu, bangkit dan dodol.

Sambil menikmati hidangan yang disediakan, pengunjung turut dihiburkan dengan persembahan kebudayaan.

Pada majlis itu, Najib turut menyampaikan penghargaan kepada empat tokoh merdeka dari Pulau Pinang serta memberi sumbangan kepada golongan kurang berkemampuan .

Selain itu, beliau turut menyampaikan Netbook 1Malaysia kepada 10 pelajar cemerlang dari kawasan Permatang Pauh.

Perdana Menteri sebelum itu berkunjung ke rumah seorang penduduk kampung berdekatan, Nor Asmah Othman, 41, yang terpaksa menyara enam anak yang masih bersekolah akibat keuzuran suaminya, Azdly Ahmad Mustafa yang menghidapi penyakit kulit.

Hadir sama Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim; Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon; Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved