Sabtu, 25 Januari 2014

Utusan Online - Dalam Negeri


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Talian Nur 15999 selamatkan 2 nyawa

Posted: 25 Jan 2014 01:04 AM PST

SRI AMAN 25 Jan. - Panggilan kecemasan yang dibuat menerusi Talian Nur 15999 baru-baru ini berjaya menyelamatkan dua nyawa iaitu seorang isteri yang menjadi mangsa dera suami dan seorang bayi yang didera ahli keluarga.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, meskipun talian kecemasan itu telah berjaya membantu banyak mangsa namun masih ramai masyarakat tidak memanfaatkan talian tersebut untuk tujuan kebaikan bersama.

Katanya, beliau kesal apabila orang ramai masih tidak mengetahui setiap panggilan yang mereka buat akan dijawab oleh petugas terlatih malah mampu memberi kaunseling. - UTUSAN ONLINE

Penubuhan Unit Polis Syarie dimuktamadkan minggu depan

Posted: 25 Jan 2014 12:59 AM PST

Oleh SHARIZA ABDULLAH

KUALA LUMPUR 25 Jan. - Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Othman Mustapha berkata, penubuhan Unit Polis Syarie hanya akan dimuktamadkan selepas perbincangan lanjut mengenainya diadakan minggu depan. - UTUSAN ONLINE

Haron Din stabil di IJN

Posted: 25 Jan 2014 12:35 AM PST

Oleh MOHD. SHARIZA ABDULLAH

GAMBAR yang disiarkan dalam Facebook Kelab Che Det ini menunjukkan TUN Dr. Mahathir Mohamad adalah antara yang melawat Dr. Haron Din di IJN, Kuala Lumpur pagi ini. - IHSAN PEMBACA

KUALA LUMPUR 25 Jan. - Keadaan kesihatan Timbalan Musyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din yang menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) sejak semalam dilaporkan stabil.

Satu sumber memberitahu, beliau berada dalam stabil dan sedarkan diri dan bukannya kritikal seperti digembar-gemburkan sesetengah pihak.

Dalam pada itu, menurut status yang dimuat naik di laman facebook 'Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din (Official)' 22 jam lalu, keadaan beliau beransur pulih tetapi masih mendapatkan rawatan kerana kesihatan yang sedikit terganggu.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Amiruddin Hamzah ketika dihubungi berkata, perkembangan terkini mengenai keadaan Haron belum diketahui dengan pihak keluarga Haron meminta kerjasama semua pihak supaya memberi ruang kepadanya untuk berehat.

Sementara itu, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad adalah antara pemimpin yang melawat Haron di IJN hari ini. - UTUSAN ONLINE

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved