Isnin, 24 Mac 2014

Utusan Online - Selatan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


SWM proaktif jaga kebersihan PD

Posted: 23 Mar 2014 11:17 AM PDT

Oleh Khairul Najib Asarulah khan
utusanN9@utusan.com.my

Seorang pekerja SWM mengendalikan jentera Beach Comber di Pantai Saujana, Batu 4, Port Dickson, Negeri Sembilan, semalam. - UTUSAN/Khairul Najib

TELOK KEMANG 23 Mac - Syarikat konsesi SWM Environment Sdn. Bhd (SWM) terus mengambil langkah proaktif untuk menambah baik perkhidmatan pembersihan kawasan pantai di sekitar Port Dickson.

Pengurus Besar Kumpulan SWM, Adnan Ibrahim berkata, inisiatif itu bertujuan memastikan pantai peranginan negara ini sentiasa bersih terutama sempena Tahun Melawat Malaysia 2014 ini.

Jelasnya, antara usaha yang diambil termasuklah membuat pembelian jentera pembersihan pantai iaitu Beach Comber sebanyak dua unit untuk digunakan di pantai seliaan pihak berkuasa tempatan (PBT) daerah itu.

Jentera tersebut bertindak membersihkan sampah sehingga kedalaman enam inci ke dasar pasir pantai dengan membersihkan kaca pecah, plastik, puntung rokok, tin minuman, daun, rumpai laut, ranting kayu dan sebagainya.

Mesin tersebut mempunyai keupayaan untuk melakukan pembersihan selama satu jam dengan keluasan maksimum sehingga 3.2 hektar kawasan pantai," ujarnya.

Menurutnya, hanya tiga pantai menggunakan kemudahan jentera Beach Comber ini.

Antara pantai yang menggunakannya Pantai Saujana (1.4km), Pantai Bagan Pinang (1.5km) dan Pantai Batu 5 (1km).

Pembersihan ini dijalankan sebanyak tiga kali seminggu iaitu pada hari Isnin, Rabu dan Khamis," jelasnya.

Tambahnya, SWM juga telah menempatkan tong sampah beroda di sepanjang pantai peranginan Port Dickson bagi memudahkan pengunjung membuang sampah.

Selain itu, jadual kutipan sampah juga ditambah baik pada hari cuti am dan cuti khas bagi memastikan tiada limpahan sampah berlaku pada waktu puncak.

Lori kompaktor juga dijadualkan untuk membuat kutipan sampah pada hari cuti am dan khas bermula pukul 7.30 pagi sehingga 11.00 malam manakala pada hari biasa pula bermula pukul 7.30 pagi hingga 4.00 petang sahaja memandangkan pada hari biasa pengunjung pantai adalah kurang," katanya.

Dalam pada itu, Adnan memberitahu, sejajar dengan status Port Dickson sebagai Bandar Tentera Darat, pihaknya turut melaksanakan jadual mengutip sampah kecil sepanjang Kompleks Pentadbiran Port Dickson hingga ke Bandar Tentera Darat.

102 pelajar SMK Bandar Baru Serting sertai program dekati polis

Posted: 23 Mar 2014 11:17 AM PDT

Mude Saefi (tengah beruniform) bersama warga IPD Jempol SMKBBS ketika menyertai program kemasyarakatan dekat IPD Jempol, Negeri Sembilan baru-baru ini.

JEMPOL 23 Mac - Seramai 102 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Serting (SMKBBS) dekat sini menyertai program berhubung fungsi dan peranan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol, baru-baru ini.

Program itu bertujuan mendedahkan pelajar mengenai kerjaya polis, kesedaran berhubung jenayah serta menjayakan gotong-royong.

Penyelaras program, Inspektor Mude Saefi berkata, program tersebut diadakan bagi memberikan pendedahan kepada pelajar mengenai kerjaya dan cabaran dalam perkhidmatan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Kadangkala mereka minat berkhidmat dalam pasukan beruniform, namun keliru berhubung peranan pihak polis dalam membanteras jenayah. Lihat sahaja pada masa kini ada pihak yang cuba memburukkan nama pasukan polis dalam media sosial.

Kesan daripada itu pelajar mula keliru sehingga tidak mampu untuk menilai kebenaran, malah tidak dinafikan ada yang mula mempunyai tanggapan negatif terhadap PDRM apabila melihat dan membaca beberapa pendedahan di laman sesawang tanpa mengetahui kesahihan maklumat tersebut," katanya di sini baru-baru ini.

Melaka akan bina rumah adat Temenggung di Sungai Rambai

Posted: 23 Mar 2014 11:17 AM PDT

Hasan Rahman bersalaman dengan sebahagian ahli persatuan Sidang pada Mesyuarat Agung Tahunan Ke-48 persatuan itu di Banda Hilir, Melaka, kelamrin. - UTUSAN/Gaie Uchel

MELAKA 23 Mac - Kerajaan negeri akan membina sebuah rumah adat sebagai mercu tanda adat Temenggung sejajar dengan pengiktirafan Melaka sebagai Bandaraya Warisan Dunia.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Pembangunan Usahawan negeri, Datuk Hasan Rahman berkata, sebidang tanah di Sungai Rambai telah dikenal pasti sebagai tapak untuk membina rumah adat seperti dipohon Persatuan Ketua-Ketua Kampung (Sidang) negeri pada 18 November 2012.

Menurutnya, perkara tersebut akan dibawa dalam mesyuarat kerajaan negeri tidak lama bagi.

Pembinaan rumah adat ini amat penting kerana masih ramai rakyat yang tidak memahami adat Temenggung yang diamalkan sehingga kini.

Adat Temenggung sebelum ini mengungguli sosiobudaya sebilangan besar masyarakat Melayu di negeri ini yang mempunyai keistimewaan kerana adat ini bukan sebarang adat.

Saya bimbang adat ini akan lenyap sedikit demi sedikit dan lebih membimbangkan apabila generasi muda tidak didedahkan dengan adat Temenggung yang menjadi warisan turun-temurun di negeri ini," katanya selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Ke-48 Sidang di sini semalam.

Mengulas lanjut Hasan berkata, kini ramai berpandangan bahawa adat Temenggung sudah tidak mendapat kedudukan yang sepatutnya memandangkan penghayatan dan amalan dalam kalangan ahli masyarakat semakin luntur.

Katanya, rumah adat yang akan dibina nanti bakal menghimpunkan pelbagai khazanah adat berkenaan mengenai sejarah silam.

Adat istiadat pertunangan dan majlis perkahwinan mengikut adat Temenggung daripada segi pakaian serta barangan akan dipamerkan di galeri yang akan dibina," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved