Sabtu, 13 April 2013

Utusan Online - Dalam Negeri


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Lahad Datu: Ops Daulat ditamatkan beberapa hari lagi - PM

Posted: 13 Apr 2013 02:30 AM PDT

LAHAD DATU 13 April - Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan Ops Daulat yang dimulakan sejak lebih sebulan lalu akan ditamatkan dalam tempoh beberapa hari lagi.

Begitupun langkah-langkah keselamatan yang sedang berjalan akan diteruskan di bawah kawal selia Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM). - UTUSAN ONLINE

Paip pecah, jangan mudah salahkan Syabas - Peter Chin

Posted: 13 Apr 2013 02:09 AM PDT

SEBUAH kain rentang yang dipasang oleh pihak-pihak tertentu bertujuan mempolitikkan isu bekalan air terputus di Jalan Kuari, Cheras, Kuala Lumpur hari ini. Kain rentang sama didapati turut dipasang di beberapa lokasi lain dalam kawasan Parlimen Pandan. - UTUSAN

KUALA LUMPUR 13 April - Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin Fah Kui hari ini meminta orang ramai tidak sewenang-wenangnya menyalahkan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dalam masalah gangguan bekalan air melibatkan hampir 500,000 penduduk sekitar ibu kota dan Gombak.

Beliau berkata, masalah itu adalah satu insiden yang tidak diingini dan tidak dapat dielak ekoran kejadian paip pecah berhampiran tebing sungai di Kampung Melayu Batu Caves, Gombak, sehingga menjejaskan masalah bekalan air di 28 kawasan Kuala Lumpur dan 55 kawasan Gombak, sejak Rabu lepas.

"Kita perlu berlaku adil kepada Syabas. Paip itu pecah kerana tebing sungai terhakis ekoran hujan lebat sejak beberapa hari lalu. Jika benar ia disebabkan kecuaian Syabas, saya adalah orang pertama yang akan menegur mereka kerana ia di bawah tanggungjawab saya," katanya semasa dihubungi Bernama, hari ini.

Justeru, Chin meminta orang ramai bersabar kerana Syabas sedang berusaha menyelesaikan masalah itu secepat mungkin.

Sementara itu, Syabas dalam kenyataannya, berkata kerja pembaikan mengalami sedikit kelewatan disebabkan lokasi paip dan kerja-kerja pembaikan yang terpaksa ditangguh akibat hujan lebat.

Syabas juga berkata pihaknya akan terus menggerakkan 42 lori tangki dan meletakkan 525 tangki air statik di lokasi strategik bagi membekalkan air kepada pengguna selain turut membuka pusat khidmat setempat.

Syabas juga menasihatkan orang ramai untuk menggunakan air secara berhemah dan pelanggan yang memerlukan bantuan bekalan air melalui lori tangki atau ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi talian bebas tol 1-800-88-5252 atau melayari laman web www.syabas.com.my. - BERNAMA

Kerajaan lulus 48 jawatan untuk Esscom - Najib

Posted: 13 Apr 2013 01:52 AM PDT

LAHAD DATU 13 April - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan sebanyak 48 jawatan untuk Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) telah diluluskan oleh kerajaan.

Beliau berkata, keputusan yang dibuat sebulan selepas penubuhan Esscom pada 6 Mac itu hanya melibatkan masa kurang daripada 24 jam dan keputusan terpantas itu dibuat demi memastikan operasi Esscom dapat dilaksanakan dengan segera.

Kata beliau, jawatan yang diwujudkan itu melibatkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan orang awam yang menjawat Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA) C.

"Sebanyak 36 jawatan untuk operasi Esscom telah diisi dan selebihnya akan dilantik dalam masa terdekat," katanya dalam sidang akhbar selepas melancarkan ibu pejabat Esscom di Markas Operasi Marin Lahad Datu, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved