Sabtu, 13 April 2013

Utusan Online - Rekreasi


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rekreasi


Azrul takluk benua Antartika

Posted: 12 Apr 2013 02:26 PM PDT

ZULKEFLI Yaakub (kiri) menunjukkan tanda bagus ketika Azrul menerima pengiktirafan daripada Malaysia Book Of Records di Buenos Aires, Argentina.

ELEPAS kejayaan menakluk Gunung Kalapathar di banjaran Himalaya pada Mei 2011, Muhamad Nur Azrul Che Zabani (Azrul) sekali lagi mengharumkan nama negara di pentas dunia. Kali ini, dia berjaya merealisasikan Ekspedisi Solo Malaysia - Antarctica 2012 (ESMA 2012) yang diadakan pada akhir tahun lalu.

Catatan sejarah itu dilakukan pada 14 Disember 2012, tepat pukul 11.45 pagi (10 malam waktu Malaysia).

Bergerak secara solo dengan memikul beg berisi 5,000 Jalur Gemilang sambil meredah ais sehingga paras paha di Pulau Cuvervilla, Antartika bukanlah satu perkara mudah.

Kesemua bendera Malaysia itu direntang dengan penuh semangat yang mana ketika melakukannya, cabaran tiupan angin yang kuat dan salji tebal tidak dipedulikan demi mencapai sasaran yang telah ditetapkan. Suhu ketika itu pula mencecah -40 darjah celsius.

Namun semangat untuk tidak mudah mengaku kalah sebelum berjuang dan maruah negara yang dipikul di bahu menjadi amanah buat Azrul untuk mengharungi cabaran getir tersebut.

Alhamdulillah, selama 45 minit bertarung seorang diri di dalam salji tebal, suhu yang ekstrem dan tiupan angin kencang, akhirnya sebanyak 5,000 Jalur Gemilang berjaya direntangkan di Pulau Cuverville, Antartika.

Selaku anak kelahiran negeri Perak yang kini bertugas sebagai Pegawai Tadbir di Majlis Sukan Negara, apa yang dilakukan itu diharap dapat menjadi contoh kepada anak muda lain untuk mengikut jejak tersebut.

Bertindak sebagai pengarah program dan ketua ekspedisi, kejayaan merentang 5,000 Jalur Gemilang di benua Antartika adalah sesuatu yang cukup membanggakan sepanjang Azrul menceburi bidang sukan dan rekreasi.

Mengingati semula aktiviti tersebut, semasa merentang Jalur Gemilang, Azrul langsung tidak memikirkan soal sejuk yang melampau. Untuk 'melupakan' kesejukan itu, dia berzikir dan menyanyikan lagu Negaraku berulang kali.

Selain itu, Azrul ditemani ratusan penguin yang menjadi saksi terhadap kesungguhan dan keazaman seorang belia Malaysia dalam usaha mengibarkan 5,000 Jalur Gemilang secara solo.

"Sebaik sahaja selesai merentang 5,000 Jalur Gemilang, saya terus melaungkan azan dan melakukan solat syukur kepada Yang Maha Esa di atas keizinan-Nya untuk menjayakan misi ini," katanya kepada .com.

Tujuan utama ekspedisi adalah untuk mengutip derma bagi pesakit-pesakit jantung terutamanya kanak-kanak yang mengalami masalah kompilasi jantung. Hasil tajaan sempena projek itu disumbangkan sebahagiannya kepada pesakit-pesakit ini melalui Institut Jantung Negara.

Sepanjang berada di benua Antartika, banyak yang dapat Azrul pelajari, antaranya melihat sendiri keindahan ciptaan Allah SWT, selain kesempatan melawat tempat-tempat kajian ilmiah dari negara seperti Argentina, Chile, Ukrain, British dan New Zealand.

Melihat kewujudan pusat penyelidikan milik negara lain, tergerak di dalam hati Azrul bahawa Malaysia juga perlu mempunyai sebuah pusat penyelidikan di benua Antartika.

"Dengan ini, barulah ramai penyelidik tempatan akan melakukan kajian di benua tersejuk di muka bumi ini, sekali gus hasil kajian akan memberi manfaat kepada rakyat Malaysia dan masyarakat dunia," katanya.

Walaupun menghadapi masalah penajaan kerana beberapa syarikat swasta yang setuju memberikan tajaan tidak menunaikan janji, Azrul tetap membulatkan hati untuk meneruskan ekspedisi itu.

"Semua ini tidak memberi masalah kerana akhirnya saya berjaya melakukan apa yang saya mahu di benua Antartika demi negara tercinta," tambahnya.

Agak mengharukan semasa Azrul berada di atas kapal untuk pulang selepas mencatat kejayaan ini apabila dia menerima tepukan gemuruh daripada pengembara dari negara lain.

Malah, ada yang menggelarkannya Tiger of The Snow. Ini kerana sepanjang berada di atas kapal, dia hanya memakai jaket Harimau Malaya.

Berikutan kejayaan itu, Azrul ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Kementerian Belia dan Sukan yang menjadi penaja utama, Wisma Putra, Duta Besar Malaysia di Buenos Aires, Argentina, Datuk Zulkefli Yaakub, keluarga dan sahabat handai.

"Sokongan mereka yang tidak henti-henti menguatkan semangat saya untuk menjayakan ekspedisi ini," ujarnya.

Kejayaannya itu turut mendapat pengiktirafan daripada Malaysia Book Of Records dalam kategori Most Number of Jalur Gemilang Displayed on Antarctica 2012.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved