Selasa, 14 Mei 2013

Utusan Online - Utara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


Sesuai jadi lokasi utama berbasikal

Posted: 13 May 2013 12:22 PM PDT

KANGAR 13 Mei - Negeri Perlis berpotensi menjadi lokasi utama kegiatan berbasikal lasak dan santai yang boleh disenaraikan sebagai produk pelancongan, titah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Titah baginda, keindahan semula jadi yang terdapat di Perlis termasuk Banjaran Nakawan, bukit bukau, perkampungan tradisional, sawah padi, ladang jati dan pesisiran pantai melengkapi produk pelancongan berbasikal.

Bertitah merasmikan program kayuhan basikal lasak Perlis International Green Ride 2 sempena sambutan hari ulang tahun keputeraan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail ke-70 di Kompleks Basikal Lasak Bukit Ayer dekat sini semalam, baginda yakin kegiatan itu boleh menggamit pelancong.

Sebanyak 350 peserta termasuk 30 dari Thailand menyertai program berbasikal melibatkan perjalanan sejauh 66 kilometer bermula di kompleks itu ke Gua Kelam, salah sebuah lokasi pelancongan di Perlis.

Tuanku Syed Faizuddin bertitah, lokasi ekopelancongan yang terletak dalam radius yang boleh dilawati dari trek yang diselusuri walaupun dengan hanya menggunakan basikal sudah pasti membawa pengalaman menarik bagi para penggemar sukan basikal lasak.

Baginda yang juga penggemar kegiatan berbasikal mencadangkan kerajaan negeri membanyakkan trek laluan berbasikal di samping tandas awam yang terjaga di sepanjang laluan.

Baginda juga berharap kegiatan berbasikal diintegrasi dalam pakej pelancongan oleh hotel dan pengusaha inap desa di negeri ini.

Tidak mustahil suatu hari kelak akan wujud sebagai perkampungan basikal di Perlis jika kegiatan itu diperkasakan, tegas baginda. - BERNAMA

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved