Isnin, 5 Disember 2011

Utusan Online - Dalam Negeri


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Huazong berperanan membantu

Posted:

Huazong berperanan membantu

Huazong berperanan membantu

Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA
mohdasron.mustapha@utusan.com.my

PETALING JAYA 4 Dis. - Tan Sri Muhyiddin Yassin percaya masyarakat Cina adalah kaum rasional yang sentiasa mahukan sebuah kerajaan dan negara yang stabil agar mereka dapat menjalani kehidupan serta perniagaan dalam suasana harmoni.

Sehubungan itu, Timbalan Perdana Menteri menyeru Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia (Huazong) supaya memain peranan membantu sebagai jambatan antara kerajaan dan masyarakat Tionghua, dengan menyampaikan maklumat tepat berkaitan dasar-dasar kerajaan.

Menurut beliau, ini kerana Barisan Nasional (BN) merupakan sebuah kerajaan yang responsif dan prihatin terhadap kebajikan serta kesejahteraan rakyat, selain sentiasa bersedia mendengar rintihan orang ramai tanpa mengira kaum dan agama.

"Kerajaan BN bertekad untuk meneruskan rekod baik dalam memelihara keamanan dan kestabilan negara melalui kerjasama antara kaum dalam pelbagai bidang. Sebagai sebuah kaum yang rasional sudah tentu masyarakat Cina mahu keadaan ini kekal.

"Ini termasuklah dari segi perkongsian kuasa politik serta kerjasama dalam bidang ekonomi yang menyumbang kepada keamanan, kestabilan dan kemakmuran selama ini," katanya semasa berucap pada Majlis Makan Malam Ulang Tahun Ke-20 Huazong, di sini malam ini.

Hadir sama Presiden Huazong, Tan Sri Pheng Yin Huah serta Pengerusi Jawatankuasa Kerja Majlis Makan Malam dan Sambutan Ulang Tahun ke-20 Huazong, Tan Sri Koo Yuen Kim.

Dalam pada itu, menyentuh mengenai Huazong, Muhyiddin berkata, kerajaan mengiktiraf sumbangan pertubuhan itu dalam menyuarakan pandangan masyarakat Tionghua khususnya dalam aspek budaya, pendidikan, sosial, perniagaan mahu pun kebajikan.

Katanya, sebagai mata dan telinga kepada suara masyarakat Cina pertubuhan itu tidak perlu sesekali merasa segan silu untuk menyuarakan pandangan kerana kerjaan BN yang ada pada hari ini sentiasa terbukti mendengar denyut nadi rakyat.

"Saya berharap Huazong dan pertubuhan bukan kerajaan lain dapat bersama-sama kerajaan memberi sumbangan kepada usaha untuk memperkaya kemajmukan kita, demi membina sebuah masyarakat Malaysia yang lebih maju," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Hudud timbulkan salah faham

Posted:

Hudud timbulkan salah faham

Hudud timbulkan salah faham

Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD
pengarang@utusan.com.my


FATHUL Bari Mat Jahaya (kiri) memberi penjelasan berkaitan isu hudud di Wisma MCA, Kuala Lumpur, semalam. Turut serta, Presiden Majlis Peguam Malaysia, Lim Chee Wee (tiga dari kanan). - UTUSAN/MOHD. AZIM ABD. RAHMAN


KUALA LUMPUR 4 Dis. - Hukum hudud yang mahu dilaksanakan di Kelantan mempunyai pelbagai kesalahan dan akibat daripada itu timbul salah faham masyarakat bukan Islam terhadap hukuman tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja, Himpunan Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya justeru berkata, setiap kesalahan itu perlu kepada pembetulan dan selagi ia tidak diperbetulkan hudud tidak sesuai dilaksanakan di negeri berkenaan.

Beliau berkata, satu lagi perkara perlu diberikan perhatian hudud tidak boleh didatangkan dalam bentuk versi kerana ia merupakan hukum yang telah ditetapkan oleh Allah.

''Penjelasan mengenai takzir dan qisas yang juga merupakan cabang dalam hukum jenayah Islam juga perlu diperluaskan dan masyarakat bukan Islam wajar diberi penerangan mengenai hukum Islam secara keseluruhan berperingkat-peringkat,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya punca berlakunya salah faham masyarakat bukan Islam terhadap hukum hudud.

Dalam pada itu ketika menjadi ahli panel dalam Forum Awam: Hudud dan implikasi terhadap orang bukan Islam di Wisma MCA, di sini hari ini

Fathul Bari berkata, hukum di dalam Islam bukan setakat hukum hudud sahaja malah ia membabitkan tiga hukum paling utama iaitu akidah, syariah dan akhlak.

''UMNO tidak pernah menolak hudud kerana ini adalah hukum Allah tetapi doktrin yang ditanam oleh Pas telah menyebabkan masyarakat awam termasuk orang bukan Islam sering mengaitkan hukum Islam dengan perlaksanaan hukum hudud sedangkan ia turut mengandungi hukum takzir dan qisas.

''Masyarakat juga gagal diberi pemahaman bahawa hudud bertujuan untuk mencegah satu-satu perbuatan jenayah itu daripada berlaku dan satu lagi hukuman berkaitan hudud ini bukan mudah untuk dijatuhkan kerana ia tertakluk kepada syarat-syarat yang begitu ketat,'' katanya.

Forum tersebut dirasmikan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek.

Fathul Bari berkata, walaupun Malaysia tidak melaksanakan hudud itu tidak bermakna negara ini dikatakan gagal melaksanakan hukum Islam kerana takzir juga merupakan salah satu cabang dalam sistem perundangan Islam.

''Inilah masalahnya. Sebut sahaja hukum Islam kita menjurus kepada hudud. Persepsi ini timbul disebabkan doktrin Pas yang sengaja menyempitkan pengertiannya. Di Malaysia hukuman yang dikuatkuasakan termasuk di dalam takzir.

''Sebagai contoh hukuman penjara, denda dan rotan yang dikenakan ke atas kesalahan jenayah yang dilakukan sama ada di mahkamah sivil mahupun syariah dikategorikan hukuman dalam bentuk takzir,'' katanya.

Beliau berjaya menarik perhatian hadirin apabila menjelaskan di dalam Islam mereka yang gagal disabitkan di bawah peruntukan hudud akan dihukum berdasarkan hukuman secara takzir.

''Saya juga ingin berkongsi bagaimana sukarnya hukum hudud ini hendak dijatuhkan. Sebagai contoh pada zaman Saidina Umar al-Khattab telah berlaku kemarau panjang dan berikutan daripada itu berlaku satu kecurian.

''Akhirnya si pencuri telah ditangkap dan dihadapkan ke muka pengadilan. Bagaimanapun atas alasan kemarau panjang sipencuri itu telah dimaafkan.,'' katanya.

Beliau mengambil satu contoh lagi apabila sebuah BMW X6 yang ditinggalkan di luar rumah dan kemudian telah dicuri.

''Menurut hukum hudud pencuri ini akan dikenakan potong tangan sekiranya sabit kesalahan tetapi disebabkan harta curian berada di luar rumah maka pencuri terbabit tidak dikenakan hukum hudud sebaliknya berpindah kepada takzir,'' katanya lagi.

Full content generated by Get Full RSS.

Yayasan Golf Amal TSM sumbang RM50,000 kepada Tabung Bencana Banjir

Posted:

Yayasan Golf Amal TSM sumbang RM50,000 kepada Tabung Bencana Banjir

Yayasan Golf Amal TSM sumbang RM50,000 kepada Tabung Bencana Banjir


MUHYIDDIN Yassin menyampaikan piala Pusingan Golf Amal Tan Sri Muhyiddin kepada Low Khai Jei yang muncul Juara kategori lelaki sambil diperhatikan Razali Ibrahim (kiri) dan Megat Najmuddin Megat Khas (kanan) di Kelab Golf Glenmarie Shah Alam, Selangor, semalam.


SHAH ALAM 4 Dis. – Tabung Bencana Banjir Islamic Aid Malaysia (IAM)-Kumpulan Utusan menerima sumbangan RM50,000 daripada Yayasan Golf Amal Tan Sri Muhyiddin (TSM) di Kelab Golf Glenmarie di sini, hari ini.

Sumbangan tersebut disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang merupakan penaung serta pengasas yayasan itu kepada Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Othman Mohamad. Hadir sama Presiden IAM, Zawahir Abdullah, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim serta Presiden TSMCG, Tan Sri Megat Najmuddin Megat Khas.

Terdahulu, Muhyiddin hadir menyaksikan Cabaran Golf TSM 2011 dan menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Sementara itu, Zawahir berkata, IAM amat berbesar hati dengan sumbangan tersebut dan ia merupakan yang pertama diterima daripada yayasan amal sejak tabung berkenaan dilancarkan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) 29 November lalu iaitu semasa berlangsung Perhimpunan Agung UMNO 2011.

Menurutnya, sumbangan itu diharap akan menjadi 'pembuka pintu' kepada pihak lain termasuk badan korporat untuk sama-sama menyumbang bagi membantu mangsa banjir yang memerlukan di seluruh negara.

''Kita gembira kerana sambutan yang diterima di PWTC amat menggalakkan dan kita terharu kerana Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak dan semua pemimpin serta ahli UMNO menyokong usaha murni IAM dan Kumpulan Utusan dengan memberikan sumbangan.

''Jumlah sumbangan yang diterima sejak 29 November lalu hingga hari ini akan diumumkan esok kerana kiraan masih dilakukan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tambah beliau, kesemua sumbangan yang disalurkan kepada Tabung Bencana IAM-Kumpulan Utusan akan disalurkan kepada mangsa banjir yang memerlukan di seluruh negara dan akan dimulakan di Kelantan.

Tabung Bencana Banjir IAM-Utusan dilancarkan bagi membantu mangsa banjir di seluruh negara.

Ketika ini, terdapat kira-kira 700 sukarelawan berdaftar yang menggerakkan tabung bencana berkenaan di seluruh negara dan beberapa cawangan telah ditubuhkan di Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak dan Kedah untuk memudahkan misi bantuan banjir.

Orang ramai yang prihatin dengan nasib mangsa banjir boleh menghubungi 03-89485939 untuk pertanyaan lanjut atau melayari laman sesawang www.iam.org.my.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved