Isnin, 5 Disember 2011

Utusan Online - Selatan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


100 terima bantuan MyKasih

Posted:

100 terima bantuan MyKasih

100 terima bantuan MyKasih

Oleh RIZANIZAM ABDUL HAMID
utusanmelaka@utusan.com.my

MELAKA 4 Dis. - Seramai 100 keluarga miskin dan kurang berkemampuan di negeri ini dipilih menerima bantuan kewangan mingguan daripada Yayasan MyKasih Kumpulan AmBank Berhad (AmBank).

Keluarga yang mempunyai pendapatan isi rumah di bawah RM1,000 itu menerima bantuan pembelian barangan makanan harian seperti beras, gula, tepung, susu dan minyak masak.

Pengagihan bantuan bernilai RM20 setiap minggu untuk tempoh setahun itu dilaksanakan melalui penggunaan MyKad ketua keluarga terlibat bagi pembayaran barangan keperluan yang dibeli di pasar raya Mydin Ayer Keroh, di sini.

Pengerusi AmBank, Tan Sri Azman Hashim berkata, ini merupakan program kali kesembilan diadakan di seluruh negara melibatkan pengagihan bernilai RM104,000 kepada 100 keluarga tersebut.

"Projek ini memberi Kumpulan Ambank peluang untuk menyertai program komuniti yang berkekalan di mana akan sampai kepada golongan yang memerlukan.

"Penerima akan menerima manfaat utama tanpa perantara. Dengan ini, mereka dapat menikmati sumbangan dalam satu proses yang terus terang," katanya pada majlis pelancaran Program Komuniti AmBank-MyKasih di pasar raya Mydin Ayer Keroh di sini, semalam.

Turut hadir, Pengarah Yayasan MyKasih, Tan Sri Megat Najmuddin Megat Khas dan Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin), Datuk Ameer Ali Mydin.

Selain bantuan pembelian barangan makanan, keluarga terbabit juga akan menghadiri sesi celik kewangan bagi membantu mereka mengurus kewangan dan meningkatkan kemahiran berbelanja.

Sementara itu, Megat Najmuddin berkata, pihaknya berharap lebih banyak syarikat akan didorong oleh Ambank dan menjadi sebahagian daripada program MyKasih.

Katanya, sehingga kini, lebih 825 keluarga di Bayan Baru, Pulau Pinang; Kuching, Sarawak; Kota Bharu, Kelantan; Kota Kinabalu dan Sandakan, Sabah; Subang Jaya, Selangor dan Lembah Klang mendapat manfaat daripada program itu.

Ambank memperuntukkan RM1 juta setiap tahun bagi program tersebut yang mula dilancarkan pada November 2009 di Sentul, Kuala Lumpur.

Full content generated by Get Full RSS.

Warga emas terima ugutan bunuh

Posted:

Warga emas terima ugutan bunuh

Warga emas terima ugutan bunuh


Chin Tam Yu menunjukkan rantai yang digunakan kumpulan peminjam wang tanpa lesen bagi mengunci pagar rumahnya di Taman Ria, Port Dickson, kelmarin.


TELOK KEMANG 4 Dis. – Sebuah keluarga kini sering dibayangi ketakutan ekoran kerap menerima ugutan dan diganggu kumpulan peminjam wang tanpa lesen atau ah long sejak beberapa bulan lalu.

Chin Tam Yu, 75, berkata, dia sekeluarga kini hidup dalam keadaan tertekan kerana hampir setiap hari berdepan dengan pelbagai ugutan termasuk ugutan bunuh daripada kumpulan tersebut.

Menurutnya, semua itu bermula apabila anak perempuannya yang berusia 30-an meminjam wang berjumlah lebih RM30,000 daripada kumpulan terbabit.

''Saya sebenarnya tidak tahu bila anak saya meminjam wang berkenaan dan tujuan dia berbuat demikian kerana sudah beberapa bulan tidak pulang ke rumah serta jarang menghubungi saya.

''Namun, dia sebelum ini pernah memberitahu saya bahawa dia sudah melunaskan hutang berkenaan termasuk bunganya sekali berjumlah RM50,000 pada Ogos lalu," katanya ketika ditemui di kediamannya di Taman Ria, Port Dickson di sini, semalam.

Sungguhpun begitu, Tam Yu mendakwa, dia sekeluarga masih diganggu kumpulan ah long berkenaan dengan alasan anaknya masih lagi mempunyai hutang tertunggak berjumlah RM3,000.

''Sejak itu saya sering menerima pelbagai ugutan dan mereka juga pernah mengugut untuk membunuh kami sekeluarga jika gagal melunaskan hutang berkenaan.

''Baru-baru ini kumpulan berkenaan juga bertindak mengunci pintu pagar saya dengan rantai dan saya bimbang sekiranya mereka bertindak dengan lebih kejam lagi," jelasnya.

Menurut warga emas itu, gara-gara tertekan dengan gangguan tersebut dia membuat laporan polis demi keselamatan anggota keluarganya yang lain.

Full content generated by Get Full RSS.

946 manfaat pusat sehenti kesihatan di IPD Melaka Tengah

Posted:

946 manfaat pusat sehenti kesihatan di IPD Melaka Tengah

946 manfaat pusat sehenti kesihatan di IPD Melaka Tengah

MELAKA 4 Dis. - Seramai 946 anggota dan pegawai polis daerah ini disaran memanfaatkan pusat sehenti kesihatan yang baru dibuka di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah di sini semalam.

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Salehhudin Abd. Rahman berkata, pembukaan pusat tersebut membolehkan anggota polis menjalani pemeriksaan awal tanpa perlu ke klinik kesihatan.

Menurutnya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa prihatin terhadap tugas kakitangannya yang tidak menentu sehingga kadang kala menyukarkan mereka untuk melakukan pemeriksaan kesihatan.

"Ia sejajar dengan hasrat kerajaan dan PDRM supaya setiap anggotanya sihat dari segi fizikal dan mental seterusnya memastikan dapat melaksanakan tugas dengan cemerlang," katanya ketika ditemui selepas majlis pelancaran pusat sehenti itu di IPD Melaka Tengah di sini, kelmarin.

Sementara itu, Pegawai Perubatan Unit Penyakit Tidak Berjangkit, Pejabat Kesihatan Daerah Melaka Tengah, Dr. Normawati Ahmad, berkata, ketika ini, terdapat 30 pusat sehenti seumpama itu di seluruh negeri.

"Di pusat ini, kami menyediakan perkhidmatan ujian gula untuk mengesan penyakit diabetis yang dilakukan sendiri oleh pegawai atau anggota polis sambil dibantu petugas kesihatan," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved