Isnin, 5 Disember 2011

Utusan Online - Jenayah


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Tiga penculik ditembak mati

Posted:

Tiga penculik ditembak mati

Tiga penculik ditembak mati

Oleh AMIZUL TUNIZAR AHMAD TERMIZI
pengarang@utusan.com.my


DUA penduduk tempatan menunjukkan Ladang Kamuning yang merupakan lokasi tiga penculik dipercayai warga asing ditembak mati dalam kejadian tembak-menembak Sabtu lalu.


SUNGAI SIPUT 4 Dis. - Tiga penjenayah yang dipercayai menculik seorang anak ahli perniagaan di Kedah ditembak mati selepas berbalas tembakan dengan polis di sebuah kawasan ladang kelapa sawit di pinggir pekan di sini, petang semalam.

Identiti ketiga-tiga suspek belum dikenal pasti namun mereka dipercayai penjenayah warga asing.

Dalam kejadian yang berlaku pukul 7.30 petang, dua daripada penjenayah mati di tempat kejadian manakala seorang lagi mati ketika dibawa ke Hospital Sungai Siput setelah mengalami cedera parah.

Menurut sumber polis, kumpulan penjenayah itu dikatakan menculik anak lelaki seorang ahli perniagaan di Kedah baru-baru ini dan mangsa telah dibebaskan setelah keluarganya membayar wang tebusan.

Katanya, bertindak atas laporan dibuat keluarga mangsa, sepasukan anggota dan pegawai dari Ibu Pejabat Polis Bukit Aman dengan kerjasama Polis Kontinjen Perak berjaya menjejaki penjenayah terbabit di pekan Sungai Siput, petang semalam.

"Suspek yang menaiki sebuah kereta dipercayai melarikan diri ke kawasan estet berhampiran pekan Sungai Siput selepas menyedari kenderaan mereka diekori polis.

"Polis terpaksa melepaskan beberapa das tembakan untuk mempertahankan diri selepas ketiga-tiga penjenayah terbabit cuba bertindak agresif ketika mereka diminta menyerah diri," kata sumber itu lagi.

Sementara itu, Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Shukri Dahlan ketika dihubungi enggan mengulas lanjut dan memberitahu akan mengadakan sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak esok berhubung kejayaan polis tersebut.

Full content generated by Get Full RSS.

Geram melihat punggung membawa padah

Posted:

Geram melihat punggung membawa padah

Geram melihat punggung membawa padah

MIRI 4 Dis. - Polis menahan seorang pengawal keselamatan sebuah bank di sini kerana dipercayai mencabul kehormatan dengan meraba punggung dan pinggang seorang wanita dengan alasan geram melihat punggung wanita terbabit.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 8 pagi semalam ketika mangsa yang berusia 23 tahun mengeluarkan wang menerusi mesin pengeluaran tunai (ATM) di bank di sini dan ketika kejadian, hanya terdapat mangsa dan suspek dalam bank tersebut.

Menurut sumber polis, sebaik sahaja selesai mengeluarkan wang, pengawal keselamatan itu berdiri di tepi pintu sambil membuka pintu kepada mangsa untuk keluar dari bank.

Bagaimanapun, ketika mangsa lalu di hadapan pintu, suspek dikatakan sempat meraba bahagian punggung dan pinggang mangsa.

Terkejut dengan tindakan pengawal keselamatan terbabit, mangsa bertanyakan kenapa suspek bertindak sedemikian.

"Suspek pula menjawab dengan selamba memberitahu sengaja mahu pegang kerana geram," katanya.

Tidak puas hati dengan tindakan pengawal keselamatan itu, mangsa kemudian menelefon abangnya sebelum menghubungi pihak polis untuk tindakan lanjut.

Bertindak daripada panggilan tersebut, pihak polis bergegas ke tempat kejadian dan menahan suspek untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved