Ahad, 13 April 2014

Utusan Online - Mahkamah


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Suami isteri berhadapan hukuman gantung

Posted: 13 Apr 2014 11:41 AM PDT

PASIR MAS 13 April - Sepasang suami isteri berhadapan hukuman gantung sampai mati apabila dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan mengedar dadah iaitu pil kuda seberat 80 gram, bulan lalu.

Muhamad Hafizuddin Rosli, 21, dari Rantau Panjang dan isterinya yang merupakan warga Thailand, Miss Nor Aswa Cheloh, 26, hanya mengangguk faham terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Mohamad Redza Azhar Rezali.

Muhamad Hafizuddin turut mengangguk faham terhadap dua lagi tuduhan mengedar dadah jenis pil kuda seberat 60.8 gram dan 3.8 kilogram yang dihadapinya secara bersendirian.

Bagaimanapun tiada sebarang pengakuan direkodkan terhadap kesemua pertuduhan.

Mengikut pertuduhan, kedua-dua tertuduh didakwa bersama-sama mengedar pil kuda seberat 80 gram di dalam sebuah rumah di Kampung Gual Sitok, Rantau Panjang pada pukul 2.45 petang, 30 Mac lalu.

Muhamad Hafizuddin turut didakwa mengedar dadah jenis pil kuda seberat 60.8 gram di dalam kawasan semak di belakang sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Pasir Puteh Gual Sitok, Rantau Panjang pada jam 3.15 petang, 30 Mac lalu.

Pada tarikh dan waktu sama, dia didakwa mengedar dadah jenis methampetamine seberat 3.8 kilogram di dalam kawasan hutan di Kampung Pasir Puteh Gual Sitok, Rantau Panjang.

Kesemua pertuduhan itu didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Hajar Alias manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguambela Muhammad Hasif Hassan.

Mahkamah menetapkan 16 Jun depan untuk sebutan semula kes.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved