Ahad, 13 April 2014

Utusan Online - Kota


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Bukan Syabas lanjut catuan

Posted: 12 Apr 2014 11:46 AM PDT

KUALA LUMPUR 12 April - Keputusan untuk melanjutkan tempoh pelan catuan bekalan air di Selangor bukan dibuat oleh Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) sebaliknya oleh kerajaan negeri.

Penolong Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syabas, Priscilla Alfred berkata, masih ramai pengguna yang keliru dengan peranan Syabas dalam pelaksanaan pelan catuan air itu.

Pelan catuan bekalan air ini dilaksanakan atas keputusan kerajaan negeri setelah mendapat kelulusan daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan pihak Syabas hanya diarahkan untuk melaksanakan pelan catuan," katanya dalam kenyataan akhbar di laman web syarikat itu di www.syabas.com.my. semalam.

Dalam kenyataan itu, Priscilla berkata, pelan catuan bekalan air peringkat pertama, ketiga dan keempat masih diteruskan oleh Syabas mengikut jadual sehingga mendapat arahan selanjutnya daripada Kerajaan Negeri Selangor.

Kerajaan Negeri Selangor memutuskan untuk melaksanakan pelan catuan air ini bagi menghadapi kekurangan bekalan air mentah disebabkan pencemaran ammonia di dalam Sungai Langat sehingga menyebabkan Loji Rawatan Air (LRA) Cheras Batu 11 dan LRA Bukit Tampoi ditutup.

Pelan catuan bekalan air ini juga dilaksanakan ekoran paras simpanan air mentah di empangan Sungai Selangor dan empangan Klang Gates telah menurun ke paras yang kritikal," katanya.

Beliau juga meminta pengguna supaya mendapatkan maklumat berhubung kawasan terlibat dan jadual catuan menerusi laman web Syabas sekiranya tidak dapat menembusi talian Pusat Pelanggan Syabas (Puspel).

Rais Yatim Tokoh Budaya Terulung Negara

Posted: 12 Apr 2014 11:46 AM PDT

Dr. Rais Yatim (kanan) menerima memorandum daripada Omardin Mauju pada Himpunan Perjuangan Sosio Budaya Seni Mempertahankan Diri Nasional di Kuala Lumpur, semalam. - MINGGUAN/Wahidin Salim

KUALA LUMPUR 12 April - Penasihat Sosio Budaya kepada Kerajaan Malaysia, Tan Sri Dr. Rais Yatim hari ini menerima Anugerah Tokoh Budaya Terulung daripada Majlis Pendekar Malaysia (MPM) atas sumbangannya memperjuangkan budaya dan seni mempertahankan diri negara.

Anugerah yang pertama kali itu disampaikan kepada Rais dalam majlis Himpunan Perjuangan Sosio Budaya Seni Mempertahankan Diri Nasional 500 Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) bersama Pendekar Negara yang diadakan di sini.

Beliau menerima anugerah tersebut daripada presiden MPM, Tan Sri Omardin Mauju sebagai menghargai sumbangan beliau selama 40 tahun dalam memperjuangkan budaya dan seni mempertahankan diri.

Rais selepas menerima anugerah tersebut menyifatkan beliau berbesar hati dengan pengiktirafan itu dan akan meneruskan perjuangan bagi menaikkan martabat seni mempertahankan diri tempatan.

Saya menerima anugerah ini dan berikrar akan berjuang sebagaimana nenek moyang dahulu," katanya sebelum merasmikan perhimpunan itu di Kompleks Silat Lincah Mahaguru Omardin, Batu Caves di sini.

Wan Fakhrul, Normalina ungguli Tilawah Al-Quran W.P

Posted: 12 Apr 2014 11:46 AM PDT

Mohd. Fakrul Razi Wan Mohamad dan Normalina Alias bersama piala di Dewan Serbaguna Wilayah Persekutuan, malam tadi. - BERNAMA

KUALA LUMPUR 12 April - Pensyarah Pendidikan Islam, Kolej Universiti Islam Antarabangsa (KUIS) , Wan Fakhrul Razi Wan Mohamad, 40 dan Pensyarah Politik, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), 32, Normalina Alias muncul johan qari dan qariah Tilawah Al-Quran Peringkat Wilayah Persekutuan yang berakhir malam tadi.

Dengan kemenangan itu, masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000, piala pusingan, pakej umrah, senaskhah Al-Quran dan hadiah iringan serta sijil penyertaan.

Wan Fakhrul Razi yang pernah menyertai pertandingan tilawah Al-Quran peringkat antarabangsa di Iran sebelum ini mendapat markah sebanyak 87.5 peratus manakala Noramalina yang juga penyandang johan qariah Tilawah Al-Quran Peringkat Wilayah Persekutuan tahun lepas mendapat 88.5 peratus.

Hadiah disampaikan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam (Jakim), Datuk Othman Mustafa.

Wan Fakrul Razi ketika ditemui pemberita berkata, beliau berasa amat gembira dan bersyukur dengan kemenangannya.

InsyaAllah untuk peringkat kebangsaan nanti saya akan berikan pembacaan terbaik dengan memperbaiki taranum, tajwid dan kawalan suara, katanya.

Sementara itu, Normalina pula mengharapkan ilmu yang dimiliki dalam bidang pendidikan Al-Quran dapat dimanfaatkan bukan sahaja kepada dirinya malah kepada semua masyarakat.

Mereka berdua mewakili Wilayah Persekutuan ke Pertandingan Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan di Kuantan pada 13 sehingga 17 Mei ini.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved