Isnin, 28 Oktober 2013

Utusan Online - Luar Negara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Tiga anggota skuad bom Thailand terbunuh

Posted: 28 Oct 2013 01:23 PM PDT

BANGKOK 29 Okt. - Tiga anggota skuad penghapusan bom Thailand terbunuh semalam, ketika cuba menanggalkan fius bom yang ditanam berhampiran sebatang jalan di selatan negara tersebut.

Mereka bergegas ke tempat kejadian selepas diberitahu bahawa terdapat bom yang tertanam di bawah jalan di daerah Bacho, wilayah Narathiwat.

Seorang pegawai polis berkata, bom berkenaan tiba-tiba meletup dan membunuh mereka serta-merta.

``Kesemua mereka merupakan anggota yang berpengalaman dalam penghapusan bom dan sudah bekerja untuk jangka masa yang lama di sini, kata pegawai tersebut. - AFP

Kesatuan Eropah salur dana kemanusiaan kepada Syria.

Posted: 28 Oct 2013 11:18 AM PDT

BRUSSELS 29 Okt. - Kesatuan Eropah (EU) akan menyalurkan dana sebanyak 85 juta euro (RM369.19 juta) sebagai bantuan kemanusiaan kepada penduduk di Syria.

Dana tersebut sebahagian daripada peruntukan 400 juta euro (RM1.7 billion) yang diluluskan selepas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) membuat rayuan kepada pertubuhan tersebut pada Jun lalu, di mana dana itu sukar untuk dibiayai ketika EU mengalami masalah kewangan.

Sebahagian daripada dana berkenaan iaitu 40 juta euro (RM173.74 juta) akan diberikan untuk program kesihatan dan pendidikan UNICEF di Syria, selain 40 juta euro (RM173.74 juta) lagi akan diperuntukan untuk membantu kira-kira 500,000 pelarian di Jordan. - AFP

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved