Isnin, 28 Oktober 2013

Utusan Online - Megabait


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Megabait


Kamera luar biasa

Posted: 27 Oct 2013 11:04 PM PDT

Nokia baru-baru ini tampil dengan siri baru Rangkaian Lumia yang dinamakan menggunakan nama Lumia 1020, telefon pintar yang menandakan penanda aras dalam pengimejan.

Teknologi PureView menjadikan Lumia 1020 lebih istimewa dengan imej yang lebih jelas seperti kamera digital dengan sensor 41 megapiksel generasi kedua optik Zeiss dan enam lensa serta penstabil imej.

Teknologi tersebut membantu pengguna merakamkan, menyunting dan berkongsi gambar serta video berkualiti tinggi.

Menggunakan antara aplikasi istimewa model ini, Nokia Pro Camera, dengan kaedah zum semula pengguna boleh merakamkan gambar dan kemudian baharulah melakukan pemfokusan semula atau zum,

Antara mukanya juga agak istimewa yang menampakkan bagaimana kualiti hasil gambar atau video yang dirakam

Menjelaskan lebih lanjut Ketua Pemasaran Pan Asia Nokia, Gary Chan berkata, pengguna sepatutnya menggunakan kecanggihan telefon pintar ini untuk merasai pengalaman merakam dan berkongsi gambar

''Kami mahu mereka merasai sendiri pengalaman merakam dan berkongsi gambar ini. Nokia Lumia 1020 memberi seribu makna kepada mereka dan mengukuhkan lagi keunggulannya dalam teknolgi pengimejan,'' ujarnya.

Keunikan teknologi kamera Nokia Lumia 1020 boleh dianggap paling versatil dalam pasaran hari ini

Ciri-ciri dwirakaman serentak dengan resolusi imej 38 megapiksel dan suntingan akhir imej tanpa had serta janaan gambar lima piksel memudahkan perkongsian dalam media sosial dengan Windows Phone 8.

Dengan hasilan gambar jelas dalam suasana gelap Lumia 1020 juga mampu merakam video bebas kabur dengan bunyi stereo dalam suasana konsert sekalipun dengan sokongan Nokia Rich Recording yang berkeupayaan mengendalikan tekanan bunyi sehingga tahap enam kali ganda lebih kuat berbanding mikrofon pada telefon pintar lain.

Dengan lebih 175,000 aplikasi, Windows Phone menjadikan Lumia 1020 platform sempurna.

Imej hidup pada skrin Start dengan kemampuan berkongsi gambar media sosial serta mudah akses fail menerusi SkyDrive.

Lumia 1020 juga mempunyai ciri-ciri perkhidmatan Nokia seperti HERE yang yang menyokong kemudahan perkhidmatan lokasi bersepadu HERE Maps dan ciri ciri LiveSight, unutk pencarian tempat untuk rakaman gambar dengan mudah dan pantas

Nokia Camera Grip binaan dalam pula memastikan rakaman lebih mudah dengan bateri pengecasan semula berkemampuan untuk rakaman tidak kurang 285 gambar

Mereka yang belum memilikinya boleh berkunjung ke kedai Nokia bermula September lalu di kawasan Lembah Klang manakala kawasan lain pada Oktober dengan harga RM2,499.

Rangkaian tablet Galaxy

Posted: 27 Oct 2013 11:04 PM PDT

Oleh MASZUREEN HADZMAN

GalAxy Tab 10.1 menawarkan spesifikasi diperlukan dan mampu menambat pengguna.

SAMSUNG Malaysia Electronics Sdn Bhd memperkenal barisan Galaxy Tab 3 terbarunya dalam tiga saiz iaitu 7.0 inci, 8.0 inci dan 10.1 inci untuk pasaran tempatan.

Siri Galaxy tab 3 itu menawarkan kepada pelanggan pelbagai bentuk untuk melihat, mendengar, mencipta dan berkongsi acara yang bermakna dan kandungan istimewa dengan insan penting dalam hidup mereka.

Sementara itu, pengguna sama ada boleh melayari laman web di rumah atau membaca sewaktu mengembara, setiap peranti dilengkapi dengan kandungan bermutu tinggi.

Reka bentuk ini sangat sesuai digunakan bagi menonton atau berkongsi kandungan dengan kawan dan keluarga serta merakamkan detik spontan dalam kehidupan.

Bagi model Galaxy Tab 3 7.0 inci dan 8.0 inci, kedua-duanya kini boleh didapati di rangkaian kedai runcit elektronik seluruh negara termasuk , model 10.1 inci.

Galaxy Tab 3 7.0 inci ditawarkan pada harga RM1,099, sementara bagi saiz 8.0 untuk model WiFi dan LTE masing-masing ditawarkan pada harga RM1,099 dan RM1,499 seunit.

Model ini didatangkan dengan reka bentuk senipis 9.9 milimeter dan seberat 306 gram sekali gus menjadikannya mudah dan selesa untuk dipegang.

Ia turut dijana dengan prosesor Dwi Teras 1.2 GHz yang menawarkan pengalaman penggunaan lancar kepada pengguna, berserta akses kepada kandungan premium di Samsung Hub dan WatchON, ia menjanjikan hab hiburan mudah alih yang berkuasa.

Sementara itu, bagi Galaxy Tab 8.0 inci pula, ia direka supaya selesa dipegang menggunakan satu tangan dan sesuai untuk digunakan bagi menonton video, bermain permainan dan membaca e-buku di mana-mana dan pada bila-bila masa.

Peranti itu juga sesuai untuk kegunaan pelancong menerusi aplikasi S Translator yang membolehkan terjemahan segera menerusi pengenalan suara dan juga teks sama ada di e-mel, mesej teks dan ChatON.

Untuk maklumat yang lebih terperinci mengenai Samsung Galaxy Tab 3 sila layari www.samsung.com/my.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved