Rabu, 11 September 2013

Utusan Online - Dalam Negeri


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


PM akan umum dasar galak bumiputera dalam ekonomi

Posted: 11 Sep 2013 12:49 AM PDT

KUALA LUMPUR 11 Sept. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengumumkan dasar komprehensif untuk menggalakkan penglibatan Bumiputera dalam sektor ekonomi tidak lama lagi.

Beliau menyatakan demikian menerusi status terbaharu dalam akaun Twitter. Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata, pengumuman mengenai dasar-dasar itu akan dibuat Sabtu ini.

Menurutnya, antara perkara yang bakal disentuh Perdana Menteri ialah pembangunan modal insan, pemilikan ekuiti dan hartanah oleh Bumiputera.

Dalam satu lagi Tweet, Najib yang juga Menteri Kewangan berharap pelaburan untuk projek Taman Biopolimer Kertih (KBP) dapat membangunkan industri bioteknologi negara.

"Saya berharap KBP juga akan mengukuhkan ekonomi Malaysia," katanya.

Pihak berkuasa Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) menjangka KBP dapat menarik pelaburan bernilai RM7 bilion menjelang 2015.

KBP ialah kompleks bio-penurasan generasi kedua yang terbesar di Asia dan kewujudannya menjadikan Malaysia perintis dalam bidang bioteknologi. - BERNAMA

Raja Perlis terima menghadap Panglima 1 Divisyen

Posted: 11 Sep 2013 12:46 AM PDT

TUANKU Syed Sirajuddin Putra Jamalullail berkenan mendengar taklimat mengenai Projek Pembinaan Kem Markas Briged Sempadan dan 6 Skuadron RAJD pada majlis menerima menghadap di Istana Arau, Kangar hari ini. - BERNAMA

KANGAR 11 Sept. - Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail hari ini berkenan menerima menghadap Panglima 1 Divisyen Tentera Darat Malaysia (TDM), Leftenan Jeneral Datuk Mohd. Zaki Mokhtar di Istana Arau.

Mohd. Zaki yang juga Pengerusi Kor Renjer Diraja (RRD) diiringi Setiausaha RRD, Kolonel Md. Din Abu.

Majlis menghadap Tuanku Syed Sirajuddin selaku Kolonel Yang Dipertua Kor RRD itu antara lain bagi memaklumkan mengenai istiadat yang bakal dilaksanakan oleh regimen itu sempena sambutan jubli emas penubuhannya tidak lama lagi.

Antara kegiatan yang bakal dilaksanakan sempena sambutan yang membabitkan keberangkatan Raja Perlis dan Raja Muda Perlis termasuk istiadat penganugerahan panji-panji rejimen kepada Batalion ke-9 RRD dan istiadat mengarak panji-panji rejimen semua pasukan RRD pada 28 September ini di Dataran Panglima Tentera Darat, Kem Perdana Sungai Besi, Kuala Lumpur.

Selain itu, baginda berdua akan turut berangkat ke majlis santapan malam rejimental pada 29 September di Wisma Perwira Angkatan Tentera Malaysia, Kuala Lumpur selain menonton perlawanan akhir bola sepak Piala Syed Putra pada 27 September di stadium Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, Selangor. - BERNAMA

21 restoran tomyam di PP diarah tutup

Posted: 11 Sep 2013 12:42 AM PDT

PEGAWAI Jabatan Kesihatan Pulau Pinang mengutip lipas-lipas yang berkeliaran di sebuah restoran makanan tomyam dalam Operasi Tomyam di sebuah kedai di Jalan Bukit Gambier, Georgre Town malam tadi. - BERNAMA

GEORGE TOWN 11 Sept. - Jabatan Kesihatan Pulau Pinang mengarahkan 21 premis menjual tomyam dan makanan laut di negeri ini ditutup setelah gagal mematuhi peraturan kebersihan.

Timbalan Pengarah Kesihatan (Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan), Ku Nafishah Ku Ariffin berkata, 'Ops Tomyam' selama tujuh jam berakhir 1 pagi itu turut mendapati 70 peratus daripada pekerja premis berkenaan tidak memiliki sijil pengendali makanan.

"Setakat Ogos hanya 8,163 pengusaha makanan yang berdaftar dengan jabatan kita untuk mendapatkan sijil, sedangkan bilangan pekerja premis makanan di negeri ini melebihi jumlah itu.

"Antara kes lain yang dikesan adalah kehadiran tikus serta lipas dalam premis, bahan makanan diletakkan atas lantai serta penggunaan alatan memasak yang kotor," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved