Sabtu, 6 Ogos 2011

Utusan Online - Muka Hadapan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Muka Hadapan


MB Selangor arah Exco 'tutup mulut'

Posted:

MB Selangor arah Exco 'tutup mulut'

MB Selangor arah Exco 'tutup mulut'

Oleh HELMI MOHD. FOAD
pengarang@utusan.com.my


Dari kiri: Khalid Ibrahim, Hasan Mohd. Ali


SHAH ALAM 5 Ogos - Semua Exco Kerajaan Negeri Selangor diarahkan 'menutup mulut' daripada memberikan sebarang kenyataan berhubung isu pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas Gereja Methodist Damansara Utama, Petaling Jaya pada malam Selasa lalu.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mahu arahan itu diikuti sehingga kerajaan negeri menerima laporan penuh daripada JAIS dan kemudian mempersembahkannya kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi mendapat nasihat baginda dalam menyelesaikan isu tersebut.

''Kerajaan negeri peka dengan laporan media berkenaan serbuan oleh JAIS pada majlis makan malam muhibbah di Gereja Methodist Damansara Utama di Petaling Jaya pada malam 3 Ogos 2011.

''Sebaik menerima laporan JAIS, saya akan menghadap Tuanku Sultan untuk mendapat nasihat dalam menyelesaikan isu ini serta memastikan perkara sebegini tidak akan berlaku lagi," kata beliau dalam kenyataan dikeluarkan oleh Sekretariat Akhbar Pejabat Menteri Besar di sini, hari ini.

Semalam, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Istiadat Melayu dan Kemudahan Awam, Datuk Dr. Hasan Mohd. Ali dalam kenyataan akhbarnya menafikan pasukan penguat kuasa JAIS dan anggota polis melakukan serbuan ke atas gereja berkenaan, sebaliknya membuat pemeriksaan selain terdapat bukti penyebaran agama bukan Islam ke atas penganut Islam.

Ia dilakukan setelah mendapat maklumat terdapat kehadiran orang Islam dalam majlis berbuka puasa yang diadakan di gereja tersebut.

Kenyataan Hasan yang dilihat mempertahankan tugas penguatkuasaan JAIS didapati bercanggah dengan kenyataan Menteri Besar semalam yang kesal dengan insiden serbuan pasukan penguatkuasaan agensi agama itu dan mahu laporan penuh diberikan kepada beliau.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Mahasiswa Unisel desak rombak jawatankuasa senat

Posted:

Mahasiswa Unisel desak rombak jawatankuasa senat

Mahasiswa Unisel desak rombak jawatankuasa senat


SEBAHAGIAN pelajar Unisel mengadakan demonstrasi secara aman di hadapan universiti itu di Bestari Jaya, Kuala Selangor, semalam.– BERNAMA


KUALA SELANGOR 5 Ogos - Mahasiswa Universiti Selangor (Unisel) mendesak Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim merombak jawatankuasa senat universiti itu bagi memastikan pengurusan tertingginya bebas daripada pengaruh politik.

Desakan itu merupakan sebahagian daripada lima tuntutan Aksi Mahasiswa Peduli (Aksi) yang mewakili mahasiswa Unisel ekoran kemelut pentadbiran universiti itu yang mendapat tekanan politik sehingga membawa kepada peletakan jawatan Naib Canselornya, Datuk Dr. Rosti Saruwono pada 3 Ogos lalu.

Ketua Umum Aksi, Muhammed Shahimi Ariffin berkata, rombakan itu harus dilakukan Lembaga Pengarah Unisel termasuk Abdul Khalid selaku pengerusinya supaya tidak melanjutkan kontrak empat ahli jawatankuasa senat sebagai jalan penyelesaian kemelut pentadbiran universiti milik kerajaan negeri itu.

Empat yang dicadangkan itu ialah Timbalan Naib Canselor Akademik, Prof. Dr. Anuar Ahmad; Timbalan Naib Canselor Perancangan Strategik dan Pembangunan, Prof. Dr. Ir. Mohamad Daud dan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar, Prof. Madya Zainal Abidin Kidam yang kontrak masing-masing akan tamat pada Disember 2011.

Turut dicadang tidak dilanjutkan kontrak ialah Naib Presiden Perkhidmatan Pengurusan Unisel, Datuk Latifah Hassan yang tamat pada 1 Ogos lalu.

''Kami (mahasiswa Unisel) menempelak pihak pentadbiran yang tidak matang dan memalukan nama baik universiti dan seluruh warganya.

''Kami dapati kemelut ini telah bermula pada 2009 lagi iaitu ketika Dr. Rosti dilantik menjadi Naib Canselor Unisel, perbalahan dan kepincangan sudah pun berlaku.

''Kesannya menyebabkan kemasukan mahasiswa baru merudum, pentadbiran dan pengurusan yang lembap, pembangunan infrastruktur tidak terjaga, hal-hal akademik tidak diselia dengan baik, kebajikan mahasiswa tidak dijamin dan sebagainya," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perarakan membantah pentadbiran Unisel di sini, hari ini.

Muhammed Shahimi berkata, mahasiswa Unisel turut mendesak agar Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan negeri, Dr. Halimah Ali bertanggungjawab sepenuhnya ke atas kemelut yang berlaku ketika ini.

''Kami tuntut agar pelantikan jawatan kuasa senat universiti yang baru harus diputuskan oleh satu jawatankuasa khas yang tidak lagi melalui Exco berkaitan kerana dikhuatiri wujudnya kronisme selain calon yang terpilih tidak memenuhi kriteria tertentu," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Dr. Anuar pemangku Naib Canselor Unisel

Posted:

Dr. Anuar pemangku Naib Canselor Unisel

Dr. Anuar pemangku Naib Canselor Unisel

SHAH ALAM 5 Ogos - Universiti Selangor (Unisel) hari ini mengumumkan pelantikan Timbalan Naib Canselor (TNC) Akademik universiti itu, Prof. Dr. Anuar Ahmad sebagai pemangku Naib Canselor berkuat kuasa serta merta.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Menteri Besar di sini hari ini, keputusan tersebut dibuat pada mesyuarat Lembaga Pengarah Unisel hari ini.

Ekoran keputusan itu, Anuar akan menjalankan tugas-tugas Naib Canselor dengan dibantu jawatankuasa khas dalam melancarkan pentadbiran universiti serta mengukuhkan kewangan universiti.

Pada masa sama, Unisel turut menubuhkan satu jawatankuasa khas untuk membantu Ahli Lembaga Pengarah universiti mencari calon sesuai sebagai Naib Canselor yang baharu bagi menggantikan Datuk Dr. Rosti Saruwono yang meletakkan jawatan Selasa lalu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved