Sabtu, 6 Ogos 2011

Utusan Online - Politik


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Politik


NGO bidas Anwar burukkan negara

Posted:

NGO bidas Anwar burukkan negara

NGO bidas Anwar burukkan negara

Oleh FAIZAH IZZANI ZAKARIA
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 6 Ogos - Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membidas sikap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berterusan cuba memburukkan imej Malaysia di luar negara termasuk kenyataannya kepada sebuah akhbar di Filipina baru-baru ini bahawa demokrasi di negara ini kian terhakis.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, Anwar seperti orang yang sudah hilang pedoman dan mempunyai masalah apabila bertindak sedemikian.

"Anwar sendiri bebas di dalam dan luar negara, jadi apa alasannya mengatakan demokrasi di Malaysia kian terhakis? Kes liwatnya dibawa ke ceramah-ceramah. Semua ini menghina mahkamah tetapi tiada tindakan diambil.

"Malah pembangkang sendiri menang beberapa negeri ketika pilihan raya umum. Apakah itu tanda demokrasi terhakis? Mungkin pada Anwar demokrasi akan wujud hanya bila kes liwatnya itu digugurkan," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas tindakan terbaru Anwar itu yang turut mendakwa rakyat Malaysia tidak mendapat pilihan raya yang bebas ketika Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berada di Filipina baru-baru ini.

Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Mohamed Maliki Mohamed Rapiee yang turut mengecam tindakan Anwar itu berkata, tindakan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu merupakan pengkhianatan kepada negara.

"Beliau sendiri menikmati kedudukan tinggi di dalam politik hasil sistem demokrasi yang diamalkan Malaysia. Amat tidak wajar seorang pemimpin sepertinya berkata demikian," katanya.

Katanya, tindakan Anwar itu telah menyebabkan rakyat Malaysia di luar negara mungkin sukar mencari rezeki kerana imej Malaysia yang telah buruk.

Presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak), Datuk Seri Abdul Aziz Rahman berkata, tindakan Anwar itu menunjukkan beliau semakin terdesak kerana menyedari kedudukannya di dalam pakatan pembangkang yang sudah tidak selamat.

"Anwar cuba mengalih pandangan umum terhadap isu-isu peribadi yang dihadapinya. Namun rakyat Malaysia sedar bahawa apa yang dicapainya pada hari ini adalah kerana demokrasi yang diamalkan Malaysia," katanya.

Beliau berkata, kerajaan perlu bertegas terhadap sesiapa juga yang memburukkan atau menjatuhkan imej Malaysia di luar negara termasuk menyiasat sumber kewangan yang digunakan untuk melakukan aktiviti di luar negara.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Ketua Pembangkang dinasihat lupakan impian jadi PM

Posted:

Ketua Pembangkang dinasihat lupakan impian jadi PM

Ketua Pembangkang dinasihat lupakan impian jadi PM

KUALA LUMPUR 6 Ogos - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dinasihat supaya melupakan sahaja impian untuk menjadi Perdana Menteri kerana rakyat sudah bosan dengan tingkah laku beliau.

Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Syed Ali Alhabshee berkata, rakyat sememangnya sudah menolak Anwar dan semakin meluat dengan cerita dongeng yang dijaja oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu terutama dalam usahanya 'membersihkan diri' daripada pelbagai isu.

Menurutnya, adalah terlalu hina bagi sebuah negara bertamadun apatah lagi Malaysia, sebuah negara Islam memilih seorang pemimpin yang pernah dikaitkan dengan penyalahgunaan kuasa dan berdepan dengan kes liwat.

"Anwar sewajarnya memberikan perhatian kepada keluarganya setelah beliau selama ini bergelumang dengan masalah moral yang menjijikkan.

"Anwar juga patut rasa malu untuk berdepan dengan masyarakat yang sudah tidak dapat lagi menerima beberapa siri pembohongan dan sandiwara politiknya,'' kata Syed Ali menerusi blognya, http://umnobahagiancheras.blogspot.com.

Syed Ali berkata, Anwar perlu insaf bahawa orang Melayu menolak kehadiran beliau dalam politik setelah bertanggungjawab memecah belah perpaduan rakyat.

Anwar juga, ujar beliau, adalah orang yang bertanggungjawab mempelopori budaya politik kebencian dan dendam sebaik sahaja disingkirkan daripada UMNO dan kerajaan.

"Bermula daripada itu, Anwar mula membuat percaturan supaya orang Melayu berpecah dan menyokong bukan Melayu bersikap biadab mempertikaikan hak ketuanan Melayu dan institusi raja-raja Melayu,'' katanya.

Lagipun, kata Syed Ali, Anwar merupakan petualang yang tergamak memburuk-burukkan imej Malaysia di luar terutama di Barat dalam usaha beliau mengemis simpati masyarakat antarabangsa.

"Di luar negara, beliau berkomplot dengan media asing termasuk dalam kalangan Yahudi untuk merosakkan kestabilan ekonomi, budaya dan politik negara ini.

"Seorang pemimpin yang mempunyai harga diri dan sayangkan bangsanya tidak akan sanggup menghina bangsa dan tanah air sendiri.

"Namun, perbuatan khianat dan memburuk-burukkan Malaysia di luar sudah menjadi darah daging Anwar sehinggalah cita-cita 'Mat Jenin' beliau untuk menjadi Perdana Menteri tercapai," tegasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved