Sabtu, 6 Ogos 2011

Utusan Online - Utara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


Hanya 22 hotel ada sijil halal

Posted:

Hanya 22 hotel ada sijil halal

Hanya 22 hotel ada sijil halal

Oleh MALINDA ABDUL MALIK
utusanpenang@utusan.com.my

PULAU PINANG 5 Ogos - Hanya 22 buah hotel termasuk di negeri ini yang menyajikan bufet Ramadan mempunyai sijil halal yang diperakui oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHAEAIPP).

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Halal JHEAIPP, Faizal Ibrahim berkata, statistik itu diperoleh semasa pemeriksaan pihaknya ke atas 50 hotel di negeri ini.

Menurutnya, kesemua hotel tersebut yang terletak di pusat bandar, Bayan Baru, Batu Feringghi dan Seberang Perai menepati standard prosedur penyediaan bahan-bahan makanan mengikut syariah.

"Pengesahan sijil halal ini khusus bagi hotel-hotel yang menyajikan bufet Ramadan pada tahun ini, manakala tinggal 28 hotel lagi masih dalam proses pemantauan.

"Kita juga tidak akan berkompromi dengan mana-mana pengusaha hotel yang bertindak mengubah senarai pembekal ramuan masakan setelah lulus pemeriksaan halal," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, semalam.

Bagi kesalahan tersebut, JHEAIPP boleh menggantung pengesahan sijil halal selama dua minggu manakala penalti enam bulan akan dikenakan sekiranya terdapat bahan-bahan terlarang digunakan seperti cuka wain atau asid deoksiribonukleik (DNA) babi dalam hidangan.

Jelas Faizal lagi, pihaknya dengan kerjasama Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) negeri akan melakukan pemantauan berkala ke atas hotel yang menggunakan nama bufet Ramadan sebagai promosi berbuka puasa.

Bagaimanapun, kata beliau, pihaknya tidak boleh mengambil tindakan terhadap premis berkenaan kerana JHEAIPP hanya membuat pengesahan persijilan halal serta pemeriksaan ke atas bahagian dapur selain menasihati pihak pengurusan hotel agar memohon sijil tersebut.

"Namun, tindakan saman akan dikeluarkan oleh pihak PPNDKK negeri mengikut peraturan-peraturan berkaitan jabatan tersebut," ujarnya.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan pihak hotel agar memainkan tanggungjawab memastikan hidangan yang disediakan memiliki sijil halal.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Amaran pamer tanda harga jualan

Posted:

Amaran pamer tanda harga jualan

Amaran pamer tanda harga jualan


ARIF Shah (dua dari kanan) bersama Mohd. Salleh Ma'mor (kanan) menunjukkan arahan pamer tanda harga kepada peniaga di Seberang Jaya, baru-baru ini.


BUKIT MERTAJAM 5 Ogos - Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Pulau Pinang memberi amaran kepada peniaga bazar Ramadan agar mempamerkan tanda harga pada barangan jualan mereka.

Pengarahnya, Mohd. Salleh Ma'mor berkata, pihaknya akan membuat pemantauan dari semasa ke semasa bagi memastikan semua peniaga mempamerkan tanda harga.

Menurutnya, ia penting agar pengguna dapat membandingkan harga sebelum membeli makanan dan barangan di bazar Ramadan yang dikunjungi mereka.

"Mereka yang ingkar, bakal berdepan dengan tindakan undang-undang termasuk denda dan penjara di bawah Perintah Kawalan Harga (Penandaan Harga Oleh Penjual Runcit) 1993.

"Mengikut perintah itu adalah menjadi kesalahan bagi peniaga sekiranya tidak meletak atau melekatkan label, tag atau tanda harga pada barang-barang yang dipamer bertujuan untuk diperdagangkan," katanya ketika mengadakan lawatan ke bazar Ramadan Seberang Jaya di sini, kelmarin.

Lawatan itu turut disertai Ketua Pegawai Penguat Kuasa PPDNKK negeri, M. Guna Selan dan Ahli Dewan Undangan Negeri Seberang Jaya, Datuk Arif Shah Omar Shah.

Jelas Salleh, peniaga yang melakukan kesalahan itu boleh didenda tidak melebihi RM15,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Katanya, anggota penguat kuasa akan sentiasa memantau bazar-bazar Ramadan di seluruh negeri dan terus mengambil tindakan terhadap mereka yang melakukan kesalahan.

Ditanya mengenai bekalan barangan seperti kelapa, Salleh berkata, sebanyak tiga juta biji kelapa dibawa masuk dari Indonesia untuk kegunaan pada musim perayaan ini dan ia dijamin mencukupi.

"Di Pulau Pinang, kegunaan kelapa adalah sebanyak 10 peratus atau 300,000 biji dan bekalan dijamin tiada masalah menjelang hari raya serta harganya juga masih kekal seperti tahun lalu," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Polis sasar 2,300 serbuan Ops Dadu

Posted:

Polis sasar 2,300 serbuan Ops Dadu

Polis sasar 2,300 serbuan Ops Dadu

PULAU PINANG 5 Ogos - Polis mensasarkan 2,300 serbuan dalam Ops Dadu sepanjang tahun ini bagi membanteras kegiatan perjudian dan pertaruhan haram di negeri ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang, Asisten Komisioner Zahruddin Abdullah berkata, sehingga Jun lalu, pihaknya menjalankan 1,150 serbuan ke atas premis-premis yang menjalankan kegiatan haram tersebut.

Jelasnya, daripada jumlah itu, seramai 440 orang ditangkap manakala 4,440 lesen perniagaan dirampas.

"Pihak polis kini giat menggandakan operasi berbanding dengan 1,045 serbuan dilakukan pada 2009 dan 1,339 serbuan pada 2010.

"Kita akan terus menjalankan Ops Dadu dengan kerap sekali dan dijangka lebih 8,000 lesen peniaga dirampas serta 1,000 sindiket dapat ditahan," katanya pada sidang akhbar di IPK Pulau Pinang di sini, semalam.

Dalam pada itu, Zahruddin memberitahu, Pulau Pinang merupakan antara wilayah yang mempunyai jumlah aktiviti perjudian dan pertaruhan haram tertinggi di negara ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved