Isnin, 5 September 2011

Utusan Online - Kota


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Laluan ke jejantas lubuk ragut

Posted:

Laluan ke jejantas lubuk ragut

Laluan ke jejantas lubuk ragut

Oleh ROSLAH OTHMAN
kota@utusan.com.my


JEJANTAS yang menjadi kemudahan penduduk PPR Raya Permai dan Pangsapuri Permai di Sungai Besi, Kuala Lumpur kini ibarat perangkap bahaya buat mereka kerana sering berlaku kejadian ragut di situ.


KUALA LUMPUR 4 Sept. - Masih terus bergadai nyawa. Itulah yang boleh disimpulkan kepada nasib kira-kira 10,000 penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR) Raya Permai dan Pangsapuri Permai, Sungai Besi di sini.

Jika sebelum ini mereka terpaksa mendedahkan diri kepada bahaya setiap hari berikutan tidak ada jejantas pejalan kaki menyeberangi Lebuh Raya Sungai Besi, kini lain pula ceritanya selepas jejantas dibina.

Penduduk mendakwa sejak jejantas dibuka, kejadian ragut banyak berlaku berhampiran kawasan jejantas itu.

Keadaan itu mengundang rasa bimbang dan berbelah bagi kalangan penduduk terutama yang perlu menggunakan kemudahan itu untuk ke pekan Sungai Besi, stesen transit aliran ringan (LRT) Sungai Besi mahupun untuk menunggu bas.

Seorang penduduk, Chin Chen Choy, 61, berkata ketiadaan lampu di laluan menghala ke jejantas telah diambil kesempatan oleh penjenayah untuk meragut mangsa.

Katanya, mereka yang sering terdedah kepada kejadian itu ialah golongan yang keluar bekerja pada awal pagi dan mereka yang pulang pada lewat malam.

"Apa yang kami harapkan ialah pihak bertanggungjawab dapat memasang lampu di sepanjang laluan ini bagi mengurangkan kejadian jenayah daripada terus berlaku," ujarnya ketika ditemui semasa sesi lawatan Pengerusi MCA Bandar Tun Razak, Chiew Lian Keng ke lokasi itu di sini baru-baru ini.

Bagi Yati Mokti, 36, pula, dia sering mendengar tentang kejadian ragut di kawasan itu dan berikutan itu, akan cuba mengelakkan pulang lewat malam.

Sementara itu, Lian Keng berkata, pihaknya turun padang setelah menerima banyak aduan daripada penduduk berkaitan kejadian ragut yang dikatakan semakin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini.

Katanya, perkara itu akan dipanjangkan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) agar dapat dipertimbangkan pemasangan lampu dan pihak polis juga diharap dapat melakukan rondaan yang lebih kerap di kawasan itu bagi meningkatkan keyakinan orang ramai.

"Saya turut dimaklumkan, sejak jejantas itu dibuka, lampu jejantas juga masih belum berfungsi. Keadaan ini tentunya menyulitkan pengguna,'' ujarnya.

Turut dibangkitkan penduduk di situ, katanya, ialah ketiadaan pondok bas menyebabkan pengguna terpaksa berteduh di bawah pokok di tepi jalan bagi menunggu bas.

Katanya, pembinaan pondok bas yang lebih selesa amat penting kerana ia keperluan penduduk di situ yang sebahagian besar menggunakan pengangkutan awam berkenaan.

Penjaga parkir haram berleluasa

Posted:

Penjaga parkir haram berleluasa

Penjaga parkir haram berleluasa

KUALA LUMPUR 4 Sept. - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) digesa mengambil tindakan segera membanteras kegiatan penjaga parkir haram yang berleluasa di lokasi-lokasi tumpuan orang ramai.

Ketika membuat pendedahan itu, Exco Pemuda UMNO, Datuk Sohaimi Shahadan berkata, kegiatan penjaga parkir haram itu semakin menjadi-jadi berhampiran pusat membeli-belah Semua House, Jalan Bonus, Jalan Masjid India dan Jalan Tunku Abdul Rahman terutama ketika orang ramai sibuk membeli-belah sebelum Hari Raya Aidilfitri lalu.

"Kehadiran kelompok berkenaan telah menyusah dan membebankan orang ramai kerana mereka mengenakan caj sesuka hati,'' katanya dalam satu kenyataan di sini.

Beliau berkata, penjaga parkir haram di kawasan itu mengenakan caj sehingga RM10 untuk sekali parkir walaupun kenderaan diletakkan di kawasan yang tidak diwartakan atau di bahu-bahu jalan dalam tempoh beberapa minit sahaja.

"Apa yang membimbangkan ialah penjaga parkir haram ini akan bertindak agresif sehingga ke peringkat mengugut orang ramai jika mereka enggan membayar caj yang dikenakan,'' katanya.

Selain itu, kata beliau, penjaga parkir haram mendakwa caj yang dikenakan turut meliputi 'kos' untuk pihak tertentu bagi mengelakkan kegiatan mereka diganggu.

"Oleh itu, saya menggesa DBKL dan polis memandangkan serius perbuatan ini serta mengambil tindakan drastik menghapuskan kegiatan tersebut kerana ia benar-benar menyusahkan orang ramai,'' katanya.

Sohaimi berkata, pemantauan yang lebih aktif perlu dilakukan oleh pihak DBKL memandangkan penjaga parkir haram tersebut turut mengaitkan nama pihak berkuasa tempatan itu dalam kegiatan mereka.

"Pemuda UMNO tidak akan teragak-agak menghantar memorandum kepada Menteri Wilayah Persekutuan dan Kemajuan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin jika tiada tindakan diambil oleh DBKL,'' katanya.

Peniaga rayu pasar terbuka Desa Setapak tidak ditutup

Posted:

Peniaga rayu pasar terbuka Desa Setapak tidak ditutup

Peniaga rayu pasar terbuka Desa Setapak tidak ditutup

KUALA LUMPUR 4 Sept. - Peniaga di pasar terbuka Taman Desa Setapak merayu agar mereka dibenarkan untuk berniaga di pasar tersebut seperti biasa dan tidak perlu berpindah seperti yang diarahkan.

Pengerusi MCA Bahagian Wangsa Maju, Datuk Yew Teong Look berkata, beliau menerima aduan daripada peniaga yang telah menerima surat notis daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) supaya berpindah secepat mungkin.

Menurutnya, pasar yang sudah wujud sejak 22 tahun itu diarahkan tutup kerana orang ramai mengadu pasar itu sebagai antara punca kawasan itu menjadi kotor.

"Saya berharap DBKL dapat menangguhkan arahan itu supaya penyusunan semula pasar ini dapat dibuat untuk menjadikannya lebih baik.

"Selain itu, saya juga akan menghantar surat ke Jabatan Penjaja DBKL untuk memohon agar tidak diambil tindakan dengan tidak membenarkan peniaga berniaga di pasar itu," katanya selepas melawat pasar berkenaan di sini baru-baru ini.

Turut hadir, wakil DBKL, Mohd. Fahmy Salleh.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved