Isnin, 5 September 2011

Utusan Online - Selatan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


Bas sekolah haram berleluasa

Posted:

Bas sekolah haram berleluasa

Bas sekolah haram berleluasa

Oleh MOHAMMAD YASIR JAAFAR
utusanN9@utusan.com.my

SEREMBAN 4 Sept. - Lebih 2,000 pengusaha bas dan van sekolah di negeri ini dipercayai beroperasi tanpa menggunakan permit yang sah.

Pengerusi Persekutuan Bas-Bas Sekolah SeMalaysia (PBBSSM) negeri, Mohd. Rofik Mohd. Yusof berkata, senario tersebut semakin berleluasa apabila pengusaha yang menjalankan operasi itu didapati bertambah setiap tahun.

''Kebanyakan mereka terdiri daripada pengusaha yang menggunakan van dan Seremban mencatatkan angka tertinggi berbanding daerah lain di mana hampir 1,000 pengusaha van sekolah di sekitar daerah ini beroperasi tanpa permit.

''Masalah ini seperti tiada penghujungnya dan lebih membimbangkan, mereka bukan sahaja beroperasi secara haram, malah didapati tidak mengikut syarat dan garis panduan yang ditetapkan seperti membawa penumpang melebihi had," katanya di sini baru-baru ini.

Mohd. Rofik yang juga Timbalan Pengerusi PBBSSM Kebangsaan berkata, tindakan tidak bertanggungjawab pengusaha terbabit dilihat tidak adil kepada pengusaha yang menjalankan operasi mengikut lunas undang-undang.

''Beroperasi tanpa permit akan mendedahkan risiko kepada para pengusaha, murid-murid mahupun pelajar kerana jika berlaku kemalangan, mereka tidak dilindungi insurans.

''Saya berharap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan tegas bagi membendung masalah ini segera," tegasnya.

Dalam masa sama kata lagi, ibu bapa juga harus membantu mengekang masalah tersebut daripada berleluasa dengan tidak memilih perkhidmatan van sekolah yang tiada permit.

Tambah Mohd. Rofik, pihak PBBSSM bersedia membantu mana-mana pengusaha yang tidak mempunyai permit mendapatkan permit sah.

42 kakitangan SAMB terima bantuan Aidilfitri

Posted:

42 kakitangan SAMB terima bantuan Aidilfitri

42 kakitangan SAMB terima bantuan Aidilfitri


Mohd. Khalid Nasir (kiri) bersama pegawai-pegawai Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) melawat dan menyampaikan sumbangan kepada bekas pekerja syarikat tersebut sempena Hari Raya Aidilfitri di sekitar Melaka baru-baru ini.


MELAKA 4 Sept. - Seramai 42 kakitangan dan bekas pekerja Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) menerima sumbangan sempena Hari Raya Aidilfitri di sini baru-baru ini.

Ketua Pegawai Eksekutif SAMB, Ir. Mohd. Khalid Nasir berkata, sebahagian daripada penerima sumbangan itu telah berkhidmat sejak 1982.

Menurutnya, ia adalah sebagai tanda penghargaan selain kebajikan syarikat terhadap kakitangan yang telah berjaya menaikkan nama SAMB sebagai pembekal air utama di negeri ini.

"Sumbangan ini merupakan antara program turun padang syarikat bagi meringankan beban mereka yang selama ini menjadi tulang belakang dalam usaha mencapai misi dan visi syarikat.

"Program lawatan rumah ke rumah sebegini bukan sahaja dilakukan pada Aidilfitri tetapi pada semua musim perayaan Tahun Baru Cina dan Deepavali," katanya.

Turut hadir, Pengurus Kanan Bahagian Koprat dan Pentadbiran SAMB, Muhammad Tompang serta beberapa Pengurus Kanan SAMB.

Pengalaman ngeri dua sahabat terbabit kemalangan maut

Posted:

Pengalaman ngeri dua sahabat terbabit kemalangan maut

Pengalaman ngeri dua sahabat terbabit kemalangan maut

JEMPOL 4 Sept. - Pengalaman terlibat dalam kemalangan yang mengorbankan rakan mereka dalam kejadian pada 10 Mei lalu meninggalkan kesan yang mendalam kepada dua sahabat.

Bagi Mohd. Afiq Ghazali, 21, dan Mohd. Haidir Nordin, 20, yang cedera parah dalam kemalangan itu, Aidilfitri kali ini tidak lagi meriah kerana kehilangan rakan, Muhammad Izwan Noor Azman, 20.

Seorang lagi rakan mereka, Mohd. Faiz Mohd. Nasarudin, 20, lumpuh dari paras pinggang ke bawah akibat kemalangan itu.

Kemalangan ngeri membabitkan 10 buah kenderaan termasuk sebuah lori treler di Kilometer 1, Jalan Mahsan-Bahau dekat sini pada pukul 11.20 pagi mengorbankan tiga orang manakala lima lagi cedera parah.

Mohd. Afiq yang ditemui di rumahnya di Felda Bukit Rokan Barat Gemenceh baru-baru ini berkata, peristiwa tersebut ibarat mimpi ngeri dalam hidupnya.

"Saya mula sedar daripada kemalangan itu keesokan harinya. Ketika itu baru saya tahu Muhammad Izwan telah meninggal dunia. Sampai hari ini saya tidak ingat apa yang berlaku semasa kemalangan itu. Apabila sedar di hospital, saya tertanya-tanya kenapa saya berada di situ," katanya.

Menurutnya, kehidupannya kini tidak seperti dahulu apabila terpaksa menghabiskan masa mendapatkan rawatan dan duduk di rumah sahaja.

"Saya tidak boleh berjalan apabila mengalami kecederaan teruk di bahagian tapak kaki kiri. Tumit saya sudah tiada dan terpaksa dibuang dan ditampal dengan kulit baru," katanya.

Anak bongsu daripada empat beradik itu turut sedih apabila mengetahui Mohd. Faiz yang berasal dari Perak kini lumpuh dari paras pinggang ke bawah.

"Saya masih ingat lagi ketika itu saya menunggang motosikal Yamaha LC dan Mohd. Faiz membonceng. Sekelip mata kemalangan itu berlaku dan mengubah kehidupan kami," katanya.

Rakan baiknya, Mohd. Haidir pula bersyukur apabila masih diberi ruang untuk bernafas di muka bumi ini.

"Bagaikan tidak percaya saya masih ada lagi di dunia ini. Saya juga tidak sedar apa yang berlaku dan amat terkejut apabila melihat gambar saya di akhbar.

"Takut apabila melihat gambar tersebut. Saya terperosok di bawah treler dan muka serta badan dipenuhi darah," katanya.

Menurutnya, doktor memberitahu ibunya peluang untuknya hidup adalah 50/50 dan terpaksa bertarung nyawa di Hospital Serdang selama seminggu.

Selain patah tangan kiri, urat saraf Mohd. Haidir juga banyak yang putus manakala bahagian tepi mata kiri berlubang.

Dia yang menetap di Felda Bukit Rokan Barat, Gemenceh berkata, hari raya kali ini tidak bermakna apabila kehilangan rakan baik.

"Kami sudah tidak seperti dahulu. Saya kehilangan Muhammad Izwan, Mohd. Faiz pula lumpuh, saya dan Mohd. Afiq kini kerap menjadi 'tetamu' di hospital untuk mendapatkan rawatan.

Kedua-dua sahabat itu bercadang menziarahi kubur Muhammad Izwan di Kuala Lumpur serta melawat Mohd. Faiz di Perak jika keadaan kesihatan mengizinkan.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved