Isnin, 5 September 2011

Utusan Online - Timur


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Timur


Jalan sesak setiap hari raya

Posted:

Jalan sesak setiap hari raya

Jalan sesak setiap hari raya

Oleh AZRAN FITRI RAHIM
azran.rahim@utusan.com.my

KOTA BHARU 4 Sept. _ Kelemahan Kerajaan Pas Kelantan untuk merancang pembangunan bandar di negeri ini menjadi punca kepada berlaku kesesakan lalu lintas yang teruk pada setiap kali musim perayaan.

Pengerusi Parti Progresif Penduduk (PPP) Kelantan, Datuk Nik Sapeia Nik Yusoff (gambar) berkata, perkara tersebut telah berlaku selama 20 tahun lalu sejak Pas memerintah negeri ini dan ia dapat dilihat dengan jelas di ibu negeri ini.

Beliau berkata, masalah tersebut akan bertambah teruk sekiranya dibiarkan begitu sahaja dan hanya Barisan Nasional (BN) sahaja yang mampu untuk menyelesaikannya.

"Lihat semua jalan terpaksa melalui pusat bandar dan tidak ada alternatif lain. Sebagai contoh, sekiranya anda dari Pasir Puteh, Machang atau mana-mana jajahan lain kecuali Pasir Mas yang mahu ke Tumpat, anda terpaksa masuk ke dalam bandar Kota Bharu.

"Begitu juga dengan pembinaan bangunan, ia tidak dikawal sama sekali, malah bangunan boleh dibina sehingga begitu hampir dengan jalan raya. Sudahlah jalan itu sempit, ia bertambah sempit lagi disebabkan bangunan baharu ini," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Kesesakan lalu lintas di Kelantan bertambah teruk pada setiap tahun terutama ketika menjelang musim perayaan.

Sebagai contoh, ketika cuti umum Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini, tempoh perjalanan yang sepatutnya mengambil masa antara satu jam sehingga 90 minit dari Tanah Merah ke Kota Bharu meningkat sehingga empat jam kerana kesesakan yang teruk.

Justeru, Nik Sapeia berkata, PPP menyokong penuh cadangan Pengerusi BN Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed untuk memasukkan masalah kesesakan lalu lintas ke dalam manifesto pilihan raya umum akan datang.

"Kita melihat masalah ini semakin berlarutan kerana kelemahan perancangan bandar. Rakyat sudah semakin rimas kerana sepatutnya pada hari mulia itu mereka keluar menziarahi ahli keluarga tidak dapat dilakukan disebabkan kesesakan lalu lintas.

"Jadi, PPP menyokong supaya masalah kesesakan lalu lintas dimasukkan ke dalam manifesto BN kerana kita yakin berdasarkan pengalaman dan kepakaran yang kita miliki masalah tersebut akan dapat diselesaikan," katanya.

Tambahnya, rakyat juga perlu menyokong BN pada pilihan raya umum akan datang sekiranya mahu perubahan tersebut dapat dilaksanakan secara total.

Bekalan darah di HRPZ II kritikal pada musim perayaan

Posted:

Bekalan darah di HRPZ II kritikal pada musim perayaan

Bekalan darah di HRPZ II kritikal pada musim perayaan

KOTA BHARU 4 Sept. - Tahap bekalan darah di Pusat Darah Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) kini kritikal ekoran peningkatan penggunaan bekalan darah pada musim perayaan Aidilfitri.

Pegawai Perubatan, Unit Penderma Darah Jabatan Patologi, Dr. Ahmad Fadzil Hassan berkata, bekalan darah di pusat itu banyak digunakan pada cuti perayaan ini bagi kegunaan dalam kes kemalangan, pembedahan dan wanita bersalin.

"Kebiasaannya untuk operasi, keperluan minimum untuk HRPZ II adalah lebih 150 pain dan bekalan darah selepas hari raya kini hanya tinggal 180 pain sahaja.

"Namun begitu, jika banyak kes-kes kecemasan berterusan berlaku pada cuti Aidilfitri yang masih panjang ini, bekalan sebanyak 180 pain itu tidak akan dapat menampung keperluan semasa," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Ahmad berkata pusat itu sedang berusaha untuk mendapatkan sekurang-kurangnya 100 pain darah lagi bagi membolehkan bekalan darah dapat dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), hospital swasta dan hospital-hospital daerah.

Antara usaha pihak hospital termasuklah membuka kaunter derma darah di unit itu pada malam raya dan hari raya pertama bagi membolehkan bekalan darah diperoleh, katanya.

Selain itu, katanya, HRPZ II akan membuka kaunter derma darah di Politeknik

Kota Bharu di Kok Lanas pada 13 September bermula jam 8.30 pagi hingga 5 petang.

Katanya, HRPZ II mengalu-alukan penderma darah terutama darah jenis A dan O untuk tampil bagi menampung kekurangan bekalan itu.

"Penderma baharu amat dialu-alukan dan mereka tidak perlu takutkan jarum kerana ia tidak sakit dan selamat apabila penderma diberi ubat pelali, malahan selepas menderma, ia membolehkan derma darah berulang dilakukan tiga bulan sekali," katanya. - BERNAMA

Perkim Kelantan terima zakat PMBK Sawit

Posted:

Perkim Kelantan terima zakat PMBK Sawit

Perkim Kelantan terima zakat PMBK Sawit

KOTA BHARU 4 Sept. _ Anak syarikat Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) iaitu PMBK Sawit Sdn. Bhd. menyerahkan bantuan zakat dan hari raya RM25,000 kepada Pertubuhan Kebajikan Islam Malaydia (Perkim) Kelantan di sini, baru-baru ini.

Bantuan berupa kutipan zakat kakitangan PMBK Sawit RM15,000 telah diserahkan kepada 75 saudara baru manakala baki RM10,000 lagi adalah sumbangan badan korporat itu kepada Perkim negeri.

Setiap penerima zakat itu mendapat RM200 yang telah disampaikan dalam satu majlis ringkas di pejabat pertubuhan itu di sini.

Menurut Ahli Jawatankuasa Perkim negeri, Abdullah Abdul Razak, pihaknya pada tahun ini telah menerima sumbangan zakat lebih RM30,000 daripada 16 individu prihatin yang digunakan untuk kebajikan saudara baru.

Salah seorang saudara baru yang ditemui, Siti Zulaikha Loh Abdullah, 37, dari Kampung Jambu dekat sini berkata, bantuan yang diterima akan digunakan untuk menampung perbelanjaan seharian keluarganya.

Siti Zulaikha yang tidak bekerja dan dua orang anaknya bergantung kepada pendapatan suaminya yang hanya bekerja sebagai tukang rumah.

"Pendapatan kami tidak tetap, kalau suami dipanggil untuk bekerja sebagai pembuat rumah maka adalah pendapatan untuk kami bulan itu, kami terpaksa berdikit untuk menyara keluarga.

"Bagaimanapun saya tidak menyesal masuk Islam dan akhirnya bertemu jodoh dengan orang Melayu dan hidup serba sederhana begini kerana hidayah Allah yang saya dapat sejak 10 tahun dahulu adalah sangat bernilai," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved