Isnin, 5 September 2011

Utusan Online - Utara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


YPEIM pulangkan RM15 juta

Posted:

YPEIM pulangkan RM15 juta

YPEIM pulangkan RM15 juta

Oleh ABD RAZAK OSMAN
utusanpenang@utusan.com.my

TASEK GELUGOR 4 Sept. – Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YPEIM) memulangkan RM15 juta kepada para peminjam setelah mereka gagal menebus kembali barangan emas di kedai pajak gadai Islam Skim Ar-Rahnu sejak ia beroperasi pada 2004.

Timbalan Ketua Pengarahnya, Mokhtar Abd. Razak berkata, berbeza jika mereka memajak barang tersebut di kedai emas lain, wang hasil lelongan setelah gagal ditebus kembali pasti lupus.

"Bagaimanapun, menerusi Skim Ar-Rahnu, mereka tidak akan menerima nasib seperti itu," katanya ketika berucap pada majlis penyerahan sumbangan Hari Raya Aidilfitri kepada 300 petugas am di sini, baru-baru ini.

Program tersebut dianjurkan bersama oleh YPEIM dan Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Berangan.

Hadir sama ADUN Permatang Berangan, Shabudin Yahya.

Menurut Mokhtar, skim pajak gadai Islam sekiranya diperluaskan mampu memberi manfaat kepada umat Islam.

Sehubungan itu katanya, YPEIM merancang membuka 400 kedai berkonsepkan pajak gadai Islam di seluruh negara.

Mangsa rumah dirempuh kereta gembira dibantu JKM

Posted:

Mangsa rumah dirempuh kereta gembira dibantu JKM

Mangsa rumah dirempuh kereta gembira dibantu JKM

KULIM 4 Sept. - Walaupun rumahnya hampir roboh dirempuh oleh kereta baru-baru ini, namun seorang warga emas, Mariam Din dari Kampung Sungai Seluang Bawah, Lunas dekat sini, tetap tersenyum ketika menyambut kedatangan pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Bagi Mariam, 83, dia bersyukur kerana nasib malang yang menimpanya mendapat perhatian agensi kerajaan terlibat.

Katanya, kejadian tersebut berlaku kira-kira 9.30 pagi semasa dia dan cucunya, Mohd. Hasnul Alif Mohd. Nasir, 14, mengunjungi rumah jiran.

"Semasa sedang berbual-bual dengan jiran, saya terdengar bunyi dentuman kuat dari arah rumah.

"Saya bergegas pulang dan setelah sampai sungguh terperanjat apabila nampak sebuah kereta pacuan empat roda terbabas ke dalam rumah," katanya ketika ditemui pemberita selepas dikunjungi oleh Pegawai JKM Daerah Kulim, Rohana Mohd. Yusof di sini, baru-baru ini.

Mariam memberitahu, akibat kejadian itu, bahagian depan rumahnya roboh sementara kereta milik anaknya turut rosak.

"Namun begitu, saya tetap bersyukur kerana tiada kemalangan jiwa berlaku. Pemandu kereta juga hanya cedera ringan dan dia meminta maaf serta berjanji membayar ganti rugi," katanya yang menetap di situ bersama dua anak, seorang menantu serta seorang cucu.

Suami setia jaga isteri yang lumpuh

Posted:

Suami setia jaga isteri yang lumpuh

Suami setia jaga isteri yang lumpuh


WAN Zawiyah Wan Halim (kiri) membantu memakaikan baju kepada Mah @ Halimah Abdullah (tengah) sambil dibantu oleh Hasan Abdullah (kanan) di Kampung Jeragan, Temin, Changlun, baru-baru ini. - BERNAMA


KUBANG PASU 4 Sept. - Seorang warga emas yang tinggal di Kampung Jeragan, Changlun di sini tabah menjaga isterinya yang lumpuh sejak 10 tahun lalu biarpun kudratnya semakin lemah kerana dimamah usia.

Hasan Abdullah, 82, berkata, isterinya, Mah @ Halimah Abdullah, 81, tidak mampu menguruskan diri sendiri kerana lumpuh dan hanya terlantar di rumah.

"Isteri saya tidak boleh berjalan dan dia tidak mampu melakukan sebarang kerja. Jadi, urusan di rumah termasuk memasak saya sediakan.

"Saya menyayangi isteri sepenuh hati dan kami telah bernikah di Thailand lebih 50 tahun lalu kerana isteri saya berasal dari sana," katanya ketika ditemui pemberita semasa menerima kunjungan Pergerakan Puteri UMNO Kubang Pasu yang diketuai Wan Zawiyah Wan Halim.

Menurutnya, ketika berusia awal 20-an dia berhijrah ke Thailand bekerja menoreh getah dan memelihara seekor gajah yang digunakan sebagai pengangkutan pada ketika itu.

Katanya, setelah menikahi Mah, dia pulang ke negara ini sekitar 1976 dan menetap di kampung tersebut.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved