Isnin, 5 September 2011

Utusan Online - Johor


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


JAIJ agih RM1.28j zakat fitrah

Posted:

JAIJ agih RM1.28j zakat fitrah

JAIJ agih RM1.28j zakat fitrah

Oleh MOHAMAD FIKRI ROSLY
utusanjohor@utusan.com.my


Elias Hasran (tengah) menyampaikan zakat fitrah asnaf mualaf kepada kadi setiap kawasan di Johor pada majlis Saudara Kita Peringkat Negeri Johor di Johor Bahru, baru-baru ini.


JOHOR BAHRU 4 Sept. – Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) mengagih wang zakat fitrah sebanyak RM1.28 juta kepada asnaf mualaf di kesemua 10 daerah di negeri ini dalam satu majlis berbuka puasa meraikan saudara baru, di sini baru-baru ini.

Penyerahan disampaikan oleh Pengarahnya, Elias Hasran dalam Majlis Iftar Ramadan Saudara Kita Peringkat Negeri Johor kepada pengerusi-pengerusi pertubuhan bukan kerajaan Badan Kebajikan Saudara Kita (BKSK) yang memantau hal ehwal saudara baru di setiap daerah.

Katanya, ia merupakan peluang untuk mengenali lebih dekat kesemua 450 orang saudara-saudara kita yang datang dari seluruh negeri dari pelbagai bangsa dan budaya dalam majlis tersebut.

"Pada majlis ini kita berkumpul atas kepercayaan dan iktikad yang sama, bersandarkan kalimah syahadah yang satu di satu tempat, satu agenda dan satu matlamat iaitu mencari keredaan Allah. Pelbagai program disusun atur di peringkat daerah dan negeri bagi memantapkan kefahaman dan penghayatan Islam di kalangan saudara kita.

"Saya harap BKSK sentiasa peka dalam usaha melahirkan generasi saudara kita yang lebih berkualiti di samping mengeluarkan mereka dari 'belenggu' kebergantungan yang terlalu tinggi dengan orang lain dan majlis agama Islam sendiri, iaitu aset penyumbang dan bukan lagi penerima," katanya dalam ucapan perasmian majlis tersebut.

Turut hadir Mufti Johor, Datuk Tahrir Samsuddin dan Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Nooh Gadut; Timbalan Pengarah Operasi JAIJ, Ramly Jusoh dan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Dakwah JAIJ, Burhanuddin Tibek.

Majlis diserikan dengan bacaan Al-Quran dan tazkirah Ramadan oleh penceramah Ustaz Ayub Abdul Rahman yang merupakan seorang paderi besar Kristian sebelum memeluk Islam.

Bagi Tuafik Lim Abdullah, 40, yang baru memeluk Islam pada Disember lalu, terpancarnya hidayah kepada dirinya selepas berkenalan dengan bapa angkatnya yang banyak memberi tunjuk ajar tentang kehidupan dan puasa kali ini agak mencabar baginya.

"Keluarga tidak menentang pilihan saya dan Islam tidak memutuskan tali kekeluargaan. Tahun ini kalau boleh saya mahu puasa penuh tetapi terpaksa tidak menjalani ibadat itu selama seminggu kerana kecederaan pada kaki yang memerlukan saya memakan ubat," katanya yang bekerja di sebuah kilang pakaian di Muar.

Muhammad Jamsyir Abdullah, 31, pula berkata, keinginan untuk menganut Islam sudah dirasai sejak bekerja di Kuala Lumpur pada tahun 2001 namun hasrat itu dilaksanakan pada Mac lalu selepas mengkaji dengan mendalam tentang agama ini.

Kini menetap di Pontian dan bekerja sebagai pemandu lori, dia seisi keluarga memeluk Islam dengan rela hati tanpa mengharapkan bantuan sesiapa.

"Sahur juga tidak menjadi masalah bagi saya, kerana syif bekerja habis pada awal pagi dan saya mengejutkan keluarga untuk sama-sama bersiap sedia untuk berpuasa," katanya yang berasal dari Sabah.

Komuniti aktif bantu indahkan JB

Posted:

Komuniti aktif bantu indahkan JB

Komuniti aktif bantu indahkan JB

JOHOR BAHRU 5 Sept. _ Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) bercadang menganjurkan Pertandingan Komuniti Aktif sebagai menghargai usaha kumpulan berkenaan menjadikan bandar raya ini sebuah bandar yang bersih dan indah.

Datuk Bandarnya, Burhan Amin berkata, pertandingan itu sebagai wadah penggalak untuk mewujudkan lebih banyak komuniti aktif yang sentiasa berusaha membantu mencantikkan kawasan persekitaran mereka, sekali gus bandar raya Johor Bahru.

"Ia sebagai hadiah kepada mereka atas usaha menjalankan aktiviti seperti gotong-royong, penanaman pokok, mengecat premis dan sebagainya.

"Segala kerja yang mereka lakukan ternyata membantu pihak berkuasa tempatan (PBT) menjadikan sesebuah kawasan itu bersih dan indah," katanya pada Program Tanam Pokok di Taman Kolam Air di sini baru-baru ini.

Pada majlis itu, MBJB menanam 40 batang pokok sebagai simbolik sambutan bulan kemerdekaan selain mewujudkan suasana hijau di kawasan kediaman.

Burhan menjelaskan, dalam usaha menjadikan JB sebagai bandar raya dalam taman yang bersih, kerjasama pelbagai pihak termasuk komuniti aktif sangat diperlukan.

Ini kerana, tambah beliau, penduduk tidak harus menyerahkan tanggungjawab menjaga kebersihan dan keindahan bandar raya kepada pihak PBT semata-mata, tetapi harus bekerjasama menjayakannya.

"Saya amat hargai usaha dan kerjasama yang dilakukan oleh semua pihak. Saya juga berharap lebih banyak komuniti aktif wujud di kawasan bandar raya ini sekali gus menjadikan Johor Bahru sentiasa cantik, indah serta kondusif," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved