Isnin, 15 April 2013

Utusan Online - Dalam Negeri


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Deklarasi Orang Asli tolak projek Ladang Rakyat

Posted: 15 Apr 2013 02:20 AM PDT

Oleh RODELIO JUNJUN TAUCAN

GUA MUSANG 15 April - Jaringan Kampung Orang Asli Kelantan (Jaringan), sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mendakwa mewakili 18,000 Orang Asli dari 18 pos di Hulu Kelantan, membuat deklarasi bahawa projek Ladang Rakyat kerajaan Pas Kelantan telah gagal sehingga menjejaskan kehidupan mereka.

Deklarasi tersebut dikeluarkan dalam mesyuarat dihadiri oleh 18 Ketua Pos Orang Asli bersama kira-kira 300 Orang Asli di Dewan Adat Kampung Angkek, Pos Kuala Betis di sini hari ini.

Dalam mesyuarat tersebut, mereka turut mendakwa ditipu oleh kerajaan Pas

Kelantan yang dikatakan berjanji mahu meningkatkan ekonomi Orang Asli melalui Ladang Rakyat, namun yang berlaku adalah sebaliknya, tanah adat digondolkan untuk pembalakan sehingga menyebabkan berlaku pencemaran.

Pengerusi Jaringan, Azmi Badol, 38, berkata, keputusan sebulat suara itu juga

dibuat bagi menafikan kenyataan kerajaan Pas Kelantan melalui Timbalan Menteri

Besar, Datuk Ahmad Yakob yang disiarkan sebuah akhbar baru-baru ini mengatakan kononnya Ladang Rakyat tidak melibatkan kawasan Orang Asli, malah tiada tanah mereka yang dirampas.

"Bagi kami, kenyataan itu adalah sangat bersifat politik dan lari daripada isu

sebenar iaitu Orang Asli sudah terjejas. Justeru hari ini kami bermesyuarat dan

membuat keputusan bahawa Ladang Rakyat ini telah menjadi punca tanah adat Orang Asli digondolkan dan menjejaskan kehidupan kami.

"Kami masyarakat Orang Asli Kelantan hari ini bangun menentang kerajaan Pas

Kelantan atas kezaliman mereka dan meminta timbalan menteri besar supaya menarik balik kenyataan yang dibuatnya itu melalui surat khabar," katanya ketika ditemui selepas mesyuarat itu di sini hari ini.

Menurut Azmi, mesyuarat itu diwakili oleh masyarakat Orang Asli dari Pos Kuala

Betis, Pos Pulat, Pos Jedip, Pos Tohoi, Pos Pasik, Pos Bohai, Pos Belatop, Pos

Brook, Pos Gob, Pos Simpo, Pos Hau, Pos Ber, Pos Tuel, Pos Rual, Pos Aring, Pos Kuala Lah dan Pos Wok. - UTUSAN ONLINE

Tun Dr. Mahathir hadiri upacara pengkebumian Thatcher

Posted: 15 Apr 2013 12:45 AM PDT

PUTRAJAYA 15 April - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad akan mewakili kerajaan Malaysia pada upacara pengkebumian bekas Perdana Menteri Britain, Baroness Margaret Thatcher, Rabu ini.

Wisma Putra dalam satu kenyataan hari ini berkata, Dr. Mahathir akan diiringi isterinya Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali ke upacara pengkebumian di St Pauls Cathedral, London, United Kingdom, atas jemputan kerajaan Britain.

Pemilihan Dr. Mahathir dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Kedua-dua tokoh itu akan menyertai personaliti terkemuka antarabangsa yang lain bagi memberi penghormatan terakhir kepada Perdana Menteri wanita pertama Britain, yang memegang jawatan itu dari 1979 hingga 1990," katanya.

Dr. Mahathir yang juga berkhidmat sebagai perdana menteri ketika itu, mempunyai hubungan yang erat dengan Thatcher, yang sekali gus memperkukuh hubungan dua hala antara Malaysia dan United Kingdom. - BERNAMA

Insentif RM2 juta untuk penulis hasilkan karya bermutu

Posted: 14 Apr 2013 07:45 PM PDT

Oleh HUSSAINI AMRAN

KUALA LUMPUR 15 April - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan peruntukan khas sebanyak RM2 juta sebagai insentif kerajaan bagi menggalakkan usaha menghasilkan karya-karya bermutu dalam bahasa Melayu.

Beliau berkata, peruntukan tersebut akan disalurkan menerusi Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) untuk diagihkan kepada persatuan-persatuan penulis dan karyawan yang layak.

Jelas beliau, setiap persatuan penulis akan menerima RM10,000 manakala penulis yang menerbitkan sendiri dan memasarkan buku layak menerima insentif sebanyak RM5,000.

"Penulis yang terpilih juga berpeluang mengikuti latihan di luar negara dan kosnya ditanggung kerajaan.

"Sebanyak RM500,000 daripada peruntukan itu bakal digunakan untuk membeli buku-buku sastera yang seterusnya dibekalkan kepada sekolah-sekolah dan Institut Pendidikan Guru Malaysia," katanya ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra Penulis di sini hari ini.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran turut mengumumkan program Hadiah Sastera Perdana Malaysia sebagai acara tahunan mulai tahun ini berbanding dwi-tahunan sebelumnya. - UTUSAN ONLINE

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved