Rabu, 2 Oktober 2013

Utusan Online - Feminin


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Feminin


Sentuhan G.65

Posted: 01 Oct 2013 11:56 PM PDT

Oleh MERAN ABU BAKAR
Gambar AIZZUL A. MAJID

Menarik dipakai ke majlis formal, baju hijau sepasang bersama pareo ini mudah menarik perhatian.

MENYARUNGKAN fesyen pakaian yang direka cantik, nampak mewah dan eksklusif ke badan membuatkan jiwa berasa gembira dan seronok. Bayangkan diri umpama ratu dan memukau pandangan setiap orang yang melihat diri dibaluti fesyen yang anggun lagi menawan.

Menyedari keinginan setiap wanita yang memang tidak boleh disangkal iaitu ingin sentiasa nampak cantik dengan busana yang indah, Butik G.65 menampilkan pelbagai rekaan yang memenuhi keinginan wanita yang gemar bergaya anggun.

Setiap rekaan yang ditampilkan adalah eksklusif kerana pilihan fabrik untuk sesuatu rekaan itu adalah berbeza.

Menggunakan fabrik yang diimport seperti baldu lembut, broked, renda, satin, sutera dan satin sutera, setiap pakaian hanya dibuat satu warna sahaja.

Justeru itu, tidak ramai yang akan memakainya dan usah bimbang jika ke majlis, pakaian anda tidak akan sama dengan orang lain.

Dres potongan puteri menjadi rekaan utama G.65 kerana potongan yang cantik, selesa, longgar dan boleh dipakai ke setiap majlis. Bahagian tangan yang dibuat besar dan bergetah di bawah menghalang tangan daripada terdedah apabila tangan terangkat.

Selain menggunakan fabrik polos yang berkilat seperti satin dan satin sutera, rekaan ini turut boleh diperolehi dalam bentuk fabrik bercorak terpilih.

Selendang turut disediakan bersama dres yang dibeli bagi memudahkan si pemakai menggayakannya sama ada sebagai selendang, skarf atau hanya dililit pada leher.

Tidak perlu rekaan yang berlebihan, G.65 percaya sesuatu rekaan itu pasti nampak cantik jika fabrik yang digunakan itu cantik, berkualiti dan mahal.

Selain dres, turut terdapat pilihan kurung moden, dres ala abaya, baju potongan ekor ikan dan blaus longgar.

Bagi menampakkan rekaan lebih menarik, manik berkilat dan manik mutiara dijahit pada bahagian hujung lengan atau leher baju.

Mainan warna CarloRino

Posted: 01 Oct 2013 11:56 PM PDT

Oleh NORAZLINA ISMAIL

Koleksi Make Waves dengan corak menarik.

KOLEKSI beg tangan dan kasut CarloRino bakal membangkitkan mood wanita yang gemar bergaya dengan pengenalan koleksi terbaharunya baru-baru ini.

Kali ini jenama tersebut semakin berani bermain dengan warna apabila hampir kesemua koleksi baharunya menggunakan warna-warna terang seperti merah, jingga, biru dan kuning.

Antara yang pasti menambat hati wanita ialah koleksi Make Waves yang didatangkan lengkap dengan beg galas, tas tangan, dompet, dan sepatu warna senada.

Uniknya, koleksi ini menggunakan latar belakang putih, dan corak gabungan warna hitam, merah dan kuning yang kelihatan sangat sofistikated.

Wanita yang ingin kelihatan anggun pula sesuai sekali menggunakan koleksi Beautiful Braids yang turut menonjolkan gaya mewah kepada si pemakai.

Seperti koleksi terdahulu, kali ini CarloRino juga menampilkan aksesori rantai warna emas pada beg tangan Beautiful Braids.

Koleksi In Living Color pula amat cocok sekali untuk gadis yang ingin sentiasa tampil ranggi dan berani bermain dengan warna.

Kasut warna ceria seperti hijau muda, merah jambu, biru muda, jingga dan kuning pasti membuatkan si gadis kelihatan ceria dan santai dalam bergaya.

CarloRino juga tidak ketinggalan menyediakan pilihan gaya untuk mereka yang sukakan aktiviti sukan atau untuk bergaya santai.

Koleksi Athletic Pursuit itu didatangkan dengan sneakers yang sangat unik dengan hiasan perincian berbentuk bintang memang menepati cita rasa si gadis.

Selain itu, CarloRino turut memperkenalkan beberapa lagi koleksi lain seperti Gadget Girl, Heart Ties, Leather To Love, Stunning Studs, Go Bright, Sew-in Sophistication dan Feminine Finish.

Kesemua koleksi tersebut juga masih menggunakan warna terang untuk menyerlahkan gaya si pemakai.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved