Selasa, 8 November 2011

Utusan Online - Johor


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


TNB sangkal berlaku sabotaj

Posted:

TNB sangkal berlaku sabotaj

TNB sangkal berlaku sabotaj

Saudara pengarang,

TENAGA Nasional Berhad (TNB) Kluang menyangkal dakwaan berlakunya sabotaj dalam kejadian gangguan bekalan elektrik pada sambutan Deepavali di beberapa kawasan di daerah itu baru-baru ini.

Pengurus Kawasan, Bahagian Pembahagian Tenaga TNB KLuang, Ir. R. Selvaraja berkata, gangguan bekalan pada 26 Oktober lalu itu adalah disebabkan letupan yang menjadi punca pemutus litar hampagas di Pencawang Masuk Utama (PMU), Kluang New di sini, memutuskan litar untuk keselamatan.

"Punca letupan pada pukul 7 malam itu sedang disiasat dan saya menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan ia perbuatan sabotaj TNB. TNB sentiasa membuat penyelenggaraan namun kejadian letupan tersebut berlaku di luar jangkaan.

"TNB juga belum dapat menganggarkan jumlah kerugian sebenar kerana proses siasatan sedang dijalankan, antara yang mengalami kerosakan adalah komponen yang diimport dari Itali," katanya ketika ditemui dalam satu sesi penjernihan di sini, baru-baru ini.

Turut hadir pada sesi penjernihan tersebut adalah Jurutera Kendalian Selenggaraan TNB, Ekhwan Harith Zainudin; Pegawai Perhubungan Pelanggan TNB, Mohd. Faisal Wong Abdullah dan wakil pengguna yang juga Pengerusi Parti Progresif Rakyat (PPP) Sembrong, S. Raja Sagaram.

Pihak Bomba dan Penyelamat berjaya mengawal kebakaran dalam masa 10 minit dan beredar selepas tiga jam menjalankan pemeriksaan keselamatan.

Sementara itu, S. Raja Sagaram berkata, selaku pengguna dan juga pemimpin setempat, beliau banyak menerima rungutan dan aduan pengguna yang mahu mengetahui perkara sebenar.

"Penjelasan sudah diberikan dan kita kini tahu bahawa tuduhan yang timbul adalah tidak berasas. Mungkin dakwaan tersebut timbul akibat salah faham yang berlaku," katanya lagi.

Full content generated by Get Full RSS.

Lakukan sesuatu terhadap bangunan JB Waterfront City

Posted:

Lakukan sesuatu terhadap bangunan JB Waterfront City

Lakukan sesuatu terhadap bangunan JB Waterfront City

Saudara pengarang,


Bangunan JB Waterfront yang terbiar sejak sekian lama di pesisiran Selat Tebrau, Johor Bahru.


PERTUBUHAN Penyatuan Pembelaan Melayu Malaysia (PPPMM) menggesa kerajaan negeri supaya melakukan sesuatu terhadap bangunan JB Waterfront City di sini yang menjadi projek gajah putih sejak lebih 15 tahun lalu.

Presiden PPPMM, A. Rahman Mahadi berkata, bangunan di Jalan Persiaran Tun Sri Lanang itu mencemarkan pemandangan Selat Tebrau dan keadaan tersebut amat merugikan kerana kewujudannya tidak dapat dimanfaatkan.

"Kita minta kerajaan negeri melalui Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) supaya mengadap dan memohon perkenan Sultan Johor untuk melakukan sesuatu terhadap bangunan itu.

"PPPMM mencadangkan bangunan itu dijadikan pusat sehenti untuk orang awam, tempat rujukan untuk pelancong, bangunan kerajaan atau apa sahaja yang difikirkan sesuai," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

A. Rahman berkata, sekiranya bangunan berkenaan tidak dapat dimanfaatkan adalah lebih baik ia dirobohkan dan tapaknya dijadikan tempat untuk rekreasi.

Katanya, semua cerucuk berdekatan bangunan itu juga perlu dicabut bagi memastikan kawasan tersebut yang menghadap Singapura tidak menjejaskan imej bandar raya ini.

"Kami dukacita dengan kegagalan projek mega seperti ini yang melibatkan wang rakyat melalui pinjaman institusi kewangan, ini bererti setiap rakyat menanggung hutang," katanya.

Beliau berkata, dikhuatiri jika bangunan tersebut terus dibiarkan akan menjadi sarang penagih dadah atau tempat melakukan kegiatan sumbang.

Menurut beliau, sudah sampai masanya masalah tersebut diselesaikan kerana bangunan itu telah lama terbengkalai dan tiada siapa pun yang mempedulikannya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved